Islam (الإسلام) adalah agama yang satu yang mentauhidkan Allah dan telah lama wujud sebermula dengan Nabi Adam a.s. sehingga Nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Cuma yang membezakan (antara nabi-nabi) ialah dari segi syariat sahaja. Nama Agama Kristian dan Yahudi adalah merujuk kepada kaum atau rasul pada masa tersebut. Sedangkan Agama (syariat asal) Kristian dan Yahudi adalah Islam. Lebih 1.8 bilion Muslim (Islam adalah agama kedua terbesar di dunia), percaya Islam diturunkan oleh Allah kepada kesemua rasul-rasulnya, termasuk Nabi Adam A.S., Nabi Noh A.S., Nabi Ibrahim A.S., Nabi Musa A.S., Nabi Isa A.S. dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w., dimana syariat-syariat asal Kristian dan Yahudi adalah terbatal dengan turunnya al-Quran. Mereka yang menerima dan mengamal ajaran agama Islam digelar Muslim. *Nota :(Semua makhluk yang berada di alam ciptaan Allah ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, binatang, angin, air, bumi, bulan, matahari dan segalanya adalah patuh dan tunduk kepada ketentuan yang ditetapkan oleh Allah swt.Semua makhluk tersebut dan termasuklah para Malaikat dan sebahagian manusia dan Jin yang patuh adalah Islam kecuali Iblis dan Jin yang engkar tunduk dan patuh kepada Allah swt).
Muslim percaya rasul dan nabi diutus oleh Allah, dengan al-Quran sebagai wahyu terakhir daripadaNya. Tidak seperti Yahudi dan Kristian, Islam tidak pernah mengalami reformasi besar-besaran. Islam terbahagi kepada beberapa kumpulan kepercayaan dengan dua kumpulan utama iaitu ahli Sunnah wal jamaah (Sunni) dan Syiah. Sesetengah menganggap Sufisme sebagai salah satu mazhab dalam Islam.
Dalam Islam, ada tiga konsep yang penting iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Secara ringkasnya Iman adalah berkaitan dengan kepercayaan (aqidah) seorang Muslim. Kepercayaan ini bersandarkan kepada enam perkara yang disebut Rukun Iman. Islam pula berkait rapat dengan tanggungjawab seseorang Muslim yang perlu dilakukan. Manakala Ihsan menyentuh adab adab seorang Muslim.
Masjidil haram. لا إله إلا الله محمد رسول الله Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad ialah pesuruh Allah
Seseorang yang ingin memeluk Islam hanya perlu menyebut kalimah syahadah untuk bergelar Muslim. Namun dari segi undang-undang, kebanyakan negara seperti Malaysia dan Brunei mewajibkan mualaf (nama yang diberikan kepada orang yang baru menukarkan agamanya kepada Islam) untuk mendaftarkan pertukaran agamanya ke pejabat pendaftaran, atau pejabat agama Islam. Ini bertujuan bagi memudahkan pengurusan jenazah setelah kematian akibat kemungkinannya timbul perbalahan akibat jenazah mungkin dituntut oleh keluarga yang ingin menyempurnakan jenazah menurut agama asal.
Konsep Islam
Pengertian Islam dari segi bahasa
Perkataan Islam berasal dari bahasa Arab (الإسلام)
Pengertian Islam dari segi istilah (terminologi)
Islam ialah agama yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengatur hubungan manusia dengan Al-Khaliq (pencipta), manusia dengan manusia dan manusia dengan dirinya sendiri.
Rukun Islam
Para ulamak menetapkan setiap umat Islam mestilah mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara:-
Mengucap Bismillah, pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
Mengucap Alhamdulillah, pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
Mengucap Astagfirullah, jika lidah terselit perkataan yang tidak patut diungkapkan.
Mengucap Insya Allah, jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
Mengucap La haula wala kuwwata illa billah ,jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun, jika menghadapi dan menerima musibah.
Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah, sepanjang siang & malam sehingga tak terpisah dari lidahnya,mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat, mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi kebiasaan.
adakah kita sudah sempurna sebagai seorang islam....???renungkan..
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."