Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Ramai warga Perth peluk Islam


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:
Ramai warga Perth peluk Islam


Ramai warga Perth peluk Islam

CANBERRA: Beratus-ratus penduduk Australia, khususnya warga kulit
putih sekitar Perth di barat negara itu kini memilih untuk memeluk
Islam berbanding agama lain, menjadikan bilangan penduduk Islam di
negara itu meningkat lebih 40 peratus sejak 1996.

Akhbar The Sunday Times melaporkan semalam, ramai mualaf menganggap
Islam mampu menjawab pelbagai persoalan berhubung aspek kerohanian
selain menitik beratkan soal kemasyarakatan dan peraturan yang mudah
diikuti.

Sekurang-kurangnya 200 warga Perth menjadi mualaf dan tinggal di
antara warga Muslim di Australia Barat yang berasal dari 70 negara
di Asia Barat, Afrika, Asia dan timur Eropah.

Biro Statistik Australia menyatakan, secara keseluruhan bilangan
penduduk Islam negara itu meningkat lebih 40 peratus bagi tempoh
1996-2001.

"Agama Islam menetapkan peraturan bagi setiap aspek kehidupan. Ia
mempunyai garis panduan untuk umatnya berkelakuan baik, termasuk
kepada mereka di sekeliling. Kitab Injil ada menyatakannya, tetapi
kerana terlalu banyak terjemahan, isinya seakan lari.

"Namun paling penting, dalam Islam tidak wujud sebarang perbezaan
atau soal hierarki atau mereka yang lebih tinggi daripada saya.

"Semua umat itu sama. Memang Islam ada imam dan pegawai agama lain,
tetapi soal kehidupan seharian adalah antara umat Islam dengan
Allah," kata mualaf, Axel Cremer, 50.

Malah Cremer atau nama Islamnya Mohammed, sebelum ini sering
mengejutkan jemaah di Masjid Rivervale, apabila melintasi dengan
bunyi bising motosikal Harley Davidson miliknya.

Tetapi kini, jaket kulit dan imej `ganas' yang dipamerkannya sebelum
ini sudah lenyap, sehinggakan ada jemaah yang terkejut melihatnya
berubah dan menjadi sebahagian daripada jemaah masjid itu.

"Mereka juga tidak lagi mendengar deruman bising motosikal saya.
Saya pun berasa lebih tenteram berbanding sebelumnya," kata Pengarah
Urusan sebuah firma ini. – Agensi

Cremer adalah antara beratus-ratus warga Australia Barat yang
memilih memeluk Islam biarpun agama itu dan umatnya dikelilingi
pelbagai tanggapan negatif selepas kejadian 11 September, 2001. –
Agensi

Islam juga katanya adalah satu cara hidup dan bukannya sekadar hidup
pada setiap hujung minggu.

"Namun, apa yang paling menarik adalah konsep zakat membantu
golongan miskin dengan sepenuh keikhlasan," kata bapa empat anak
yang berkahwin dengan seorang wanita Indonesia, tujuh tahun lalu.

Tetapi, dia mengakui mendalami Islam sebelum berkahwin - iaitu
bertahun-tahun selepas mengkaji pelbagai persoalan dalam agama lain.

Nicole Banks, 36, pula masih bergelar Muslim biarpun selepas
berpisah dengan suaminya, seorang rakyat Mesir.

"Saya tertarik dengan Islam kerana nilai murninya bukan kerana
perkahwinan. Kini, saya masih berbangga dapat mempertahankan agama
ini biarpun berpisah dengan suami," katanya yang memeluk Islam pada
1999. - Agensi


__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 42
Date:

Alhamdulillahhhh...




__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 26
Date:

syukur alhamdulillah...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

syukur alhamdulillah...

__________________
alllang


Senior

Status: Offline
Posts: 149
Date:

ALHAMDULILLAH... tambah lagi 60% lagu cun!! ehehe

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard