semalam nenek saudara saya telah di ragut rantai emasnya ketika berada di rumah kedainya. pada waktu itu beliau bersama cucu perempuannya telah didatangi 2 orang lelaki MELAYU!!! yang berpura-pura ingin membeli barang. kemudian mereka telah meragut rantai leher nenek saudara saya sehingga mendatangkan kecederaaan pada lehernya dan terus memecut motor melarikan diri. peragut tersebut menaiki motor dengan nombor pendaftaran PDC 1129. Jika sesiapa yang dapat maklumat mengenai peragut ini, tolong hubungi saya: KHIR 013-4078938
Petang semalam hampir terjadi lagi cubaan mencuri di tempat saya. Dan ini terjadi kepada saya sendiri. Kereta saya hampir dicuri oleh 4 orang lelaki yang menyamar sebagai rakan saya. Nasib baik jiran saya yang juga adik beradik terlihat kelibat mereka yang mencurigakan. Salah seorang daripada mereka memakai kemeja dan bertali leher dan yang lain memakai t-shirt biasa. Pada waktu tersebut, saya dan keluarga tiada dirumah kerana bekerja. Mereka mengelilingi rumah saya bagi memastikan tiada orang. Jiran saya menanyakan apa tujuan mereka datang dan mereka menjawab saya yang menyuruh mereka ambil kereta tersebut untuk diberikan kepada saya. Jiran saya menanyakan kepada mereka apa nama saya dan mereka tidak dapat menjawab lalu jiran saya terus menelefon polis. Dan mereka terus melarikan diri. mereka cuba untuk buat di tempat lain tetapi gagal kerana owner kereta tersebut berada di rumah lalu mengeluarkan parang mengejar mereka. saya ingin berpesan kepada semua adik beradik dan juga ahli forum supaya berhati-hati dengan tipu helah orang seperti mereka ini.