Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Hidup - 3 hari 2 Nafas


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:
Hidup - 3 hari 2 Nafas



"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan ALlah.
Hidup dalam kemurkaan ALlah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang ALlah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya ALlah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada ALlah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan ALlah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat ALlah s.w.t.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

sesak rasa dada bila membaca artikel ni..............

__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 483
Date:

semakin insaf  hamba,
semakin dekat diri dengan Allah SWT,


__________________
yusof


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

insyallah

__________________
alllang


Senior

Status: Offline
Posts: 408
Date:

insyaallah..kita akn bersama dalam membaiki kesilapan diri///



__________________
MOHD RASHIDI AHMAD "SIMPANG/// SEREMBAN"


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

bersama kita saling ingat-mengingati.....................insyaAllah

__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

GOOD MAN DIE YOUNG.


ujian manusia. tuhan akan ambil apa yg paling kita sayangi, kerana tuhan itu lebih menyanyangi, sesungguhnya allah maha mengetahui segala2nya.



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 171
Date:

slm...TERSENTUH sggh HANBA bc ARTIKEL ne...SMG ia DPT jd PEDOMAN pd SMUA...jihad FI sabilillah...

__________________
HONEYBEE


Veteran

Status: Offline
Posts: 85
Date:

ish..sedih je baca bende nie..sama2 la kita baiki diri..

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 46
Date:




astaghfirullah....



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard