Berita yang menggemparkan Pekida... Keluar kat TV3 buletin jam 8. Awal awal lagi dah keluar berita Tok Ki di tangkap, di gari dan di tuduh atas kes curi kereta. Esuk tentu jadi hiasan di dada akhbar... Huhhhh... fenin...
Dalam pada itu dia di kaitkan mengepalai sebuah Kongsi Gelap berpusat di Cheras. Semua orang tahu dia ni menggelar diri sebagai ayahanda. Yang jelas dia tu adalah abang Long Pekida, semua orang tahu dan itu sudah cukup menggambarkan imej pemimpin kita.
Awie punya kes baru jer selesai kat mahkamah... dah tambah lak satu lagi... Tsunami lagi lah jawabnya Pekida ni.
muga muga semua amik pelajaran... jagalah nama Agama, Bangsa dan tanah air kita... betul lah berita tu... ini yg saya dapat dari berita online...
masyaallah...
Penyanyi terkenal diberkas dipercayai ketua kongsi gelap
KUALA LUMPUR 17 Jan. - Siapa sangka penyanyi dan komposer lagu terkenal sekitar 90-an - dengan nada Irama Malaysia - ini dipercayai seorang ketua kongsi gelap yang bertapak di Cheras, di sini.
Polis menahannya petang ini untuk membantu siasatan dalam kes mencuri kereta dan kongsi gelap di Taman Sri Gombak, di sini.
Penahanan artis berusia 39 tahun itu, yang namanya masih belum boleh disiarkan, adalah ekoran laporan kehilangan sebuah kereta Proton Wira di Kenanga Point, di sini Julai tahun lalu.
Timbalan Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Zulkarnain Zakaria berkata, suspek ditahan ketika sedang menunggu teksi di Taman Sri Gombak pada pukul 2 petang.
``Ini adalah susulan laporan kehilangan sebuah kereta seorang pemilik berusia 42 tahun pada Julai tahun lalu.
``Selain itu, suspek juga dipercayai terlibat dalam kegiatan kongsi gelap di ibu negara,'' katanya di sini hari ini.
Menurut Zulkarnain, dalam laporan tersebut, kereta Proton Wira terbabit dilaporkan hilang ketika diletakkan di Kenanga Point, di sini.
``Suspek ditahan di bawah Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri kenderaan.
``Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk direman esok,'' kata beliau.
Sementara itu, beliau memberitahu, suspek lebih dikenali sebagai artis yang memperjuangkan lagu-lagu tradisional.
``Lagunya pernah memasuki peringkat akhir pertandingan Juara Lagu 1990-an,'' katanya.
yang penting kita tunggu siasatan lanjut drpd PDRM...
|l| MASYALLAH, WALLAHUALAM |l|
...p/s malu kat kedua2 org tua, dah la meka dua2 reja kat bkt aman. pegawai tertinggi laie, camna la hamba nak menjawap ngan depa nanti ni... wallahualam ///
Chack30 wrote: yang penting kita tunggu siasatan lanjut drpd PDRM... |l| MASYALLAH, WALLAHUALAM |l| ...p/s malu kat kedua2 org tua, dah la meka dua2 reja kat bkt aman. pegawai tertinggi laie, camna la hamba nak menjawap ngan depa nanti ni... wallahualam ///
assalamualaikum chack30..org tua awk kerja kt bkt aman ke?? bahagian mana?? bapa mertua saya dulu bekas timbalan pengarah caw khas (SB) bkt aman.. mana tau kot2 kenal ke..
Moga-moga janganlah disalahkan PEKIDA ni di atas kesalahan individu tertentu. kepada diri sendiri dan jemaah2 yang lain....ingat2kanlah apa yang dijunjung......Assalamualaikum
semoga dijadikan iktibar ///AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR///
dh kluar paper psl to'ki hari ni...kenyataan balasnye...try la cari.......berbaloi ke die mengaku ketua bahagian Kebudayaan dan Kesenian Pekida Cheras?...ape kesannye nanti.....Wallahualam....harap2 ini semua hanya slh phm....jgn berulang bende yg same....
jangan diserkap sebarangan dahulu...kita lihat hasil siasatan polis...tak elok juga kita saling tuding menuding...sebab kita seharusnya tolong menolong...
Pekida atau tidak...kalau benar tetap benar dan kalau salah tetap salah...jangan kita dok sedap mengata sekarang...nanti kalau salah mengata muka kena letak kaki pulak...
Maaf kiranya kata2 menyinggung sesiapa...
Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri...
__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
Surah Al-Anfaal. Ayat 2
KAJANG: Permohonan tuntutan fasakh isteri kepada penyanyi dan komposer, To’ki, yang mendakwa dipukul oleh penyanyi itu, akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, pada 27 Februari ini.
Hakim Atras Mohd Zin menetapkan tarikh itu apabila menangguhkan perbicaraan semalam selepas To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansor, 39, tidak hadir ketika kes berkenaan disebut.
Bagaimanapun, To’ki muncul di mahkamah selepas kes itu selesai disebut.
Tuntutan fasakh itu difailkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini oleh isteri penyanyi itu, Roziah Atan, 39.
Sebelum itu, mahkamah memerintahkan plaintif mendapatkan alamat terkini To’ki berikutan pihak mahkamah gagal menyerahkan saman dikeluarkan.
Mahkamah juga menasihati Roziah supaya mencari peguam syarie bagi mewakili dirinya pada perbicaraan akan datang.
Roziah yang hadir di mahkamah dengan ditemani kakaknya, Norhayati Atan, 43, dan anak saudaranya, Nor Izwani Iswan, 21, kelihatan memasuki perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi.
Bagaimanapun, kira-kira 10 minit selepas hakim menangguhkan kes berkenaan, To’ki tiba di mahkamah kira-kira jam 10.30 pagi.
klu da terkene kepada artis, ade je yg nak backup.... mcm kes jeslina, maya karin, yg terkini kes saiful apek , alasanye manusia biasa, xlepas dari nafsu... geng, salah tetap salah, hukuman tetap hukuman, klu tak salah, kite tak perlu takut, ALLAH maha KUASA, kebenaran akan terbukti...
Bila baik semua orang puji, tapi bila jahat semua orang keji. Memang lumrah manusia ... jadi, lakukanlah kebaikan semoga kita dihormati masyarakat. Ikutlah jalan yg benar, yg. salah kita tinggalkan. Jangan ikut2kan pengaruh negatif, sesungguhnya kelak yg. menyesal.
Bila baik semua orang puji, tapi bila jahat semua orang keji. Memang lumrah manusia ... jadi, lakukanlah kebaikan semoga kita dihormati masyarakat. Ikutlah jalan yg benar, yg. salah kita tinggalkan. Jangan ikut2kan pengaruh negatif, sesungguhnya kelak yg. menyesal.
Assalamualikum.....
mmm....betul la tuh.Tapi kepada semua hgn la cepat melatah,belum tentu sahihnya.Skang ni plak abg to'ki bukan ditangkap atau digari,cuma dijemput untuk bantu siasatan.Berdoalah mudah2mudahan Abg kita ni x terlibat...Insyaallah
rasenye dah taukan toki tu salah ke tak? pasal curi keta tu dah terangkan dia memang tak salah, pasal ketua kongsi gelap 30 tu dia pun tak salah sebab ade org petik nama dia,pepahal kepala la jwb dulu,tu yg dia kena tu,tu semua org2 yg memang tak bertanggungjawab petik nama dia,!!!
assalamualaikum, rasenye dah taukan toki tu salah ke tak?pasal curi keta tu dah terangkan dia memang tak salah,pasal ketua kongsi gelap 30 tu dia pun tak salah sebab ade orgpetik nama dia,pepahal kepala la jwb dulu,tu yg dia kena tu,tu semuaorg2 yg memang tak bertanggungjawab petik nama dia,!!!
gurlz wrote: kan to ki dah ckp dio hnye bg kerjasame je ngan phk polis... ape2 pun kite tak elok mnduh bkn2... dah terbukti ke kekande tue bersalah??? siasat dolu... media hanye pndai menokok tmbh cito jo...
Ingatlah pepatah ni balik...Kalau takde angin takkan pokok begoyang (Tak tau lak kalu ada jin lak goyang2 pokok tu)
mazwan wrote: gurlz wrote: kan to ki dah ckp dio hnye bg kerjasame je ngan phk polis... ape2 pun kite tak elok mnduh bkn2... dah terbukti ke kekande tue bersalah??? siasat dolu... media hanye pndai menokok tmbh cito jo...
Ingatlah pepatah ni balik...Kalau takde angin takkan pokok begoyang (Tak tau lak kalu ada jin lak goyang2 pokok tu)
btull tuu broo takkan sj2 org nak pi petik kot hahahhaa...