Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 6236 BUKAN 6666!!!!


Senior

Status: Offline
Posts: 241
Date:
6236 BUKAN 6666!!!!


6236 BUKAN 6666!!!!


AYAT AL –QURAN


..TLG BETULKAN SALAH FAHAM..



 RAMAI ADIK BERADIK YG SALAH FAHAM TENTANG PERKARA NI…


Sering terdengar sesetengah orang Melayu menyatakan bahawa jumlah ayat di dalam al-Qur'an adalah enam ribu, enam ratus, dan enam puluh enam (6,666). Angka itu manis disebut, senang diingat, dan sedap didengar.


Namun begitu, bukan semua yang sedap didengar dan senang diingat yang dikeluarkan daripada mulut yang manis itu benar. Haruslah diperiksa dahulu sebelum menerimanya bulat-bulat. Apatah lagi kalau ia mengenai agama kerana syaitan juga boleh berbuat demikian - "syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu" (6:112).


Untuk mengetahui sama ada jumlah 6,666 itu benar atau tidak adalah tidak susah. Cuma ambil sebuah calculator dan sebuah kitab al-Qur'an. Mula dari surah Fatihah yang diakhiri dengan nombor 7. Itu adalah jumlah ayat bagi surah tersebut. Kemudian pergi ke hujung surah 2 (al-Baqarah) dan bertemu pula dengan angka 286. Teruskanlah, surah demi surah, hingga ke hujung surah terakhir, iaitu surah yang ke-114. Campurkan kesemua angka itu, dan jumlah yang didapati adalah jumlah ayat-ayat al-Qur'an yang sebenar.


Pengiraan tersebut disenangkan di sini. Disediakan di bawah ini satu senarai yang mengandungi surah-surah (menurut nombornya sahaja), jumlah ayat-ayatnya, dan jumlah kesemua ayat di dalam surah-surah itu, atau jumlah kesemua ayat kitab al-Qur'an yang sebenar:


Surah:


    1-5     ( 7 + 286 + 200 + 176 + 120 )   = 789 ayat


    6-10   ( 165 + 206 + 75 + 129 + 109 ) = 684


  11-15   ( 123 + 111 + 43 + 52 + 99 )     = 428


  16-20   ( 128 + 111 + 110 + 98 + 135 ) = 582


  21-25   ( 112 + 78 + 118 + 64 + 77 )     = 449


  26-30   ( 227 + 93 + 88 + 69 + 60 )       = 537


  31-35   ( 34 + 30 + 73 + 54 + 45 )         = 236


  36-40   ( 83 + 182 + 88 + 75 + 85 )       = 513


  41-45   ( 54 + 53 + 89 + 59 + 37 )         = 292


  46-50   ( 35 + 38 + 29 + 18 + 45 )         = 165


  51-55   ( 60 + 49 + 62 + 55 + 78 )         = 304


  56-60   ( 96 + 29 + 22 + 24 + 13 )         = 184


  61-65   ( 14 + 11 + 11 + 18 + 12 )         =   66


  66-70   ( 12 + 30 + 52 + 52 + 44 )         = 190


  71-75   ( 28 + 28 + 20 + 56 + 40 )         = 172


  76-80   ( 31 + 50 + 40 + 46 + 42 )         = 209


  81-85   ( 29 + 19 + 36 + 25 + 22 )         = 131


  86-90   ( 17 + 19 + 26 + 30 + 20 )         = 112


  91-95   ( 15 + 21 + 11 + 8 + 8 )              =   63


  96-100 ( 19 + 5 + 8 + 8 + 11 )                =   51


101-105 ( 11 + 8 + 3 + 9 + 5 )                  =   36


106-110 ( 4 + 7 + 3 + 6 + 3 )                    =   23


111-114 ( 5 + 4 + 5 + 6 )                          =   20


-----------------------------------------------------------


                                                   Jumlah besar  =  6,236 ayat


          -----------------------------------------------------------


Maka bilangan ayat di dalam al-Qur'an adalah 6,236, bukan 6,666, seperti yang diajar ulama palsu.


Tiap-tiap surah, melainkan surah 9 (At-Taubah), bermula dengan "Bismillah." Akan tetapi hanya Bismillah yang pertama di dalam al-Qur'an, iaitu di surah 1 (Al-Fatihah), dikira sebagai satu ayat. Ini bermaksud ia diberi nombor, iaitu nombor 1. Bismillah di surah lain yang berjumlah 112 kesemuanya tidak dikira atau diberi nombor.


Andaikata bilangan 112 itu ditambah kepada jumlah besar 6,236 tadi, maka ia menjadi 6,348, yang bukan juga sebanyak 6,666 yang keramat itu.


Perbezaan bilangan ayat di antara dua jumlah tersebut (6,236 dan 6,348) dengan 6,666 adalah 430 dan 318 masing-masing. Perbezaannya besar. Di manakah pula tersimpannya ayat-ayat yang berlebihan itu?


Mungkin terdapat orang yang mempercayai ada unsur mistik pada nombor 6666 itu. Sekiranya begitu, maka mistis nombor 6666 itu adalah, tiada lain, tetapi hanya karut belaka. Kerana tiada ayat Allah daripada al-Qur'an yang tersembunyi. Tiada juga kebenaran pada kepercayaan iaitu hanya sesetengah orang sahaja yang mengetahui rahsianya.


Ayat-ayat Allah di dalam al-Qur'an adalah jelas dan nyata untuk dibaca dan dijadikan petunjuk bagi semua lapisan manusia di dunia. Mereka diturunkan Allah sebagai bukti yang jelas lagi nyata atas kebenaran yang sebenar. Terdapat banyak ayat di dalam al-Qur'an yang menyebut mengenainya. Antaranya adalah enam yang berikut:


1.    "Dan Kami menurunkan kepada kamu ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan tiada yang tidak percaya kepadanya melainkan orang-orang yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)" (2:99).


2.    "Demikianlah, Kami menurunkannya sebagai ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia mengkehendaki" (22:16).


3.    "Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan seorang lelaki yang menghendaki untuk menghalangi kamu daripada apa yang bapa-bapa kamu sembah'; dan mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan kedustaan yang diada-adakan'" (34:43).


4.    "Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza" (2:185).


5.    "Inilah bukti yang nyata bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi kaum yang yakin" (45:20), dan,


6.    "Bukti-bukti yang nyata telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa melihat, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buta, ia adalah kepadanya sendiri; aku (Muhammad) bukanlah penjaga kamu" (6:104).


Kembali kepada nombor 6,666, lalu teringat akan seorang kenalan, semasa bekerja dulu, yang mengatakan jumlah ayat al-Qur'an adalah sebanyak itu. Setelah diberitahu jumlah yang sebenar, dan bagaimana ia diperolehi, dia berkata, sedang tidak mempercayainya, bahawa dia akan bertanya "Tok Mufti" mengenainya. Tok itu adalah guru yang mengajarnya. Sangat dibanggakannya. Mahukah tidak berbangga dapat berguru atau berapat dengan seorang Mufti negeri yang manis rupa dan pertuturannya, lagi dihormati dan masyhur pula. (Mufti tersebut telah bersara beberapa tahun lalu.)


Itulah padah bagi mereka yang tidak mahu mendengar semua ucapan atau pandangan orang lain. Mereka hanya mendengar ucapan orang-orang tertentu sahaja yang disangka alim serta didewa-dewakan oleh orang ramai. Lalu bukti yang jelas dan nyata, apabila tampil ke mukanya, didustakan dengan sengaja. Sebab, ingin menerima ucapan "dewa" yang palsu dan indah, yang menipunya (atas kecuaiannya sendiri), sebagai yang hak dan benar.


Setelah Allah memperingatkan supaya mendengar semua ucapan orang, serta menggunakan minda untuk memilih dan mengikuti yang terbaik daripadanya, sesetengah orang Melayu masih dalam keraguan. Walaupun, cara itu, tambah-Nya lagi, akan membuat-Nya memberi petunjuk, namun mereka tetap dalam keadaan ragu-ragu atau lupa.


Justeru, Peringatan itu diturunkan di bawah ini untuk renungan bersama. Dengannya, berakhirlah tulisan di sini. Firman Allah:


"Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda" (39:18).


 


JADILAH ORG ISLAM YG MENGKAJI BUKAN HANYA MENURUTI...



__________________
...ALLAHUMA ANTASSALA...


Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:

Assalamualaikum Saudara Jebat,


Mungkin soalan yg saya nak tanya ini lari sikit dari posting saudara tetapi pada hemat saya saudara ini seorang yg suka mengkaji barangkali, jadi  saya ada dua soalan untuk ditanya:


1) Berkenaan Syahadah - Mengapa ucapan syahadah untuk nabi Muhammad S.A.W tidak disertakan ucapan Saidina sebagaimana kita berselawat keatas baginda


2) Adakah ucapan Saidina dalam selawat nabi itu wajib diucapkan atau sekadar ikutan dari guru-guru kita.


Jika tak keberatan sudilah saudara menjawab soalan diatas tersebut. Hamba allah memohon diri..


Terima Kasih


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:


gitartua wrote:

Assalamualaikum Saudara Jebat,
Mungkin soalan yg saya nak tanya ini lari sikit dari posting saudara tetapi pada hemat saya saudara ini seorang yg suka mengkaji barangkali, jadi  saya ada dua soalan untuk ditanya:
1) Berkenaan Syahadah - Mengapa ucapan syahadah untuk nabi Muhammad S.A.W tidak disertakan ucapan Saidina sebagaimana kita berselawat keatas baginda
2) Adakah ucapan Saidina dalam selawat nabi itu wajib diucapkan atau sekadar ikutan dari guru-guru kita.
Jika tak keberatan sudilah saudara menjawab soalan diatas tersebut. Hamba allah memohon diri..
Terima Kasih
Saidina tu bererti Penghulu.Nak baca boleh tak baca pun takper
 




__________________
nor mazwan bin mazlan


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

terimakasih saudara jebat

__________________
alllang


Senior

Status: Offline
Posts: 241
Date:

gitartua wrote:


Assalamualaikum Saudara Jebat, Mungkin soalan yg saya nak tanya ini lari sikit dari posting saudara tetapi pada hemat saya saudara ini seorang yg suka mengkaji barangkali, jadi  saya ada dua soalan untuk ditanya: 1) Berkenaan Syahadah - Mengapa ucapan syahadah untuk nabi Muhammad S.A.W tidak disertakan ucapan Saidina sebagaimana kita berselawat keatas baginda 2) Adakah ucapan Saidina dalam selawat nabi itu wajib diucapkan atau sekadar ikutan dari guru-guru kita. Jika tak keberatan sudilah saudara menjawab soalan diatas tersebut. Hamba allah memohon diri.. Terima Kasih  

tgk pm adik...


__________________
...ALLAHUMA ANTASSALA...


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:

terima saja tak pernah nak kaji balik macam nie lah jadi...thanks abg jebat for dat info..

__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
Ja


Senior

Status: Offline
Posts: 108
Date:

tq bro jebat......bertambah lagi benih ilmu utk ditanam dlm laman hati n akal sy ni.....alhamdulillah.......

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Assalamualaikum...


Terima kasih wahai Hang Jebat kerana memperingatkan lagi sekali. Rasanya banyak kali dibukakan tentang perkara ini oleh adik2 RnD. Cuma ramai tak nak ambil pelajaran sahaja. Serta ramai yang buta hati untuk menerima kebenaran dan mengikut apa yang datuk nenek katakan.


Sebenarnya banyak lagi rahsia Al Quran yang masih belum dibongkar dan dibukakan.


Silalah...Al Quran untuk kita semua umat Islam. Gunakannyalah dengan baik. Alhamdulillah.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


ten kiu



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

akum! mmg berguna info ini sbb kite mmg tak pernah tau pasal bende dan tak berniat nak mengkaji secara mendalam. thanx bro!!

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 45
Date:

saudara jebat, tlg bg information ni pd jakim, kpm, majlis fatwa, majlis ulama, dan organisasi2 islam dan pendidikan yg lain agar infomation ni dpt disebarkan secara official lagi. sume bahan2 bercetak yg tulis Al Quran ada 6666 harus ditarik balik dari pasaran.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 177
Date:

I|I ALHAMDULILLAH, SYUKUR I|I

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 241
Date:

skyline2 wrote:


saudara jebat, tlg bg information ni pd jakim, kpm, majlis fatwa, majlis ulama, dan organisasi2 islam dan pendidikan yg lain agar infomation ni dpt disebarkan secara official lagi. sume bahan2 bercetak yg tulis Al Quran ada 6666 harus ditarik balik dari pasaran.

diaorang dah tahu...tapi ada pihak yg berkepentingan....tak payah tanya....boleh tahu sapa....

__________________
...ALLAHUMA ANTASSALA...


Veteran

Status: Offline
Posts: 64
Date:

Assalamualaikum.....


Alhamdulillah ....makasih sudara,balik ni nak pi kira pulak laaa



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

tankz 4 da info...

__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Veteran

Status: Offline
Posts: 88
Date:

almk!!!


slh la slme ni...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 483
Date:


assalamualaikum,


terima kasih abng jebat,memang ternyata ramai org dah
salah pasal benda nih,terima kasih atas penerangan tu,




__________________
yusof


Senior

Status: Offline
Posts: 368
Date:

thanks 4 da info..


dok baca ajer tapi tak pernah kira pun berapa ayat...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 483
Date:


khir wrote:


thanks 4 da info.. dok baca ajer tapi tak pernah kira pun berapa ayat...



tul tu, =)



__________________
yusof


Member

Status: Offline
Posts: 5
Date:

Assskum.... sy nak tanye hang jebat kalu bukan 6666 cuma 6236 kenape ada ayahanda dari sg buluh cakap 6666 ...buat sticker lagi alif...baa....taa....saa....6666 kat sepatutnye ayah sebegai org lama lagi tahu mungkin hang jebat salah kut....takan la depa org lamalama tak mengaji kut.....


jgn mare ye sesape...sorry



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 241
Date:

pakdee360 wrote:


Assskum.... sy nak tanye hang jebat kalu bukan 6666 cuma 6236 kenape ada ayahanda dari sg buluh cakap 6666 ...buat sticker lagi alif...baa....taa....saa....6666 kat sepatutnye ayah sebegai org lama lagi tahu mungkin hang jebat salah kut....takan la depa org lamalama tak mengaji kut..... jgn mare ye sesape...sorry


 


terserah kat pakdee la...jebat hanya menyampaikan sekadar termampu...ini ilmu ALLAH....jadi.... terserah. wallahua'lam....


p/s:tlg jgn bandingkan jebat ngan ayahanda pakdee........siapa jebat yg hina daif nie.....



__________________
...ALLAHUMA ANTASSALA...


Veteran

Status: Offline
Posts: 45
Date:


HANG JEBAT wrote:


 
terserah kat pakdee la...jebat hanya menyampaikan sekadar termampu...ini ilmu ALLAH....jadi.... terserah. wallahua'lam....
p/s:tlg jgn bandingkan jebat ngan ayahanda pakdee........siapa jebat yg hina daif nie.....




alalalala......hang jebat jgn le merajuk, kecil tak semestinya anak, besar tak semestinya bapak!!! kan? kan?

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 241
Date:


skyline2 wrote:


HANG JEBAT wrote:

 
terserah kat pakdee la...jebat hanya menyampaikan sekadar termampu...ini ilmu ALLAH....jadi.... terserah. wallahua'lam....
p/s:tlg jgn bandingkan jebat ngan ayahanda pakdee........siapa jebat yg hina daif nie.....


alalalala......hang jebat jgn le merajuk, kecil tak semestinya anak, besar tak semestinya bapak!!! kan? kan?




jebat sekadar menjaga adab & hubungan silaturahim...tak mau benda kecik ada org ambik besaq....anyway thanks..

__________________
...ALLAHUMA ANTASSALA...


Veteran

Status: Offline
Posts: 62
Date:

assalammualaikum w.b.t


terima kasih saudara jebat di atas keperihatinan tuan hamba memperbetulkan dan memberitahu apa yang selama ini salah...alhamdulillah syukur kerana masih ada seorang hamba allah yang sudi memberitahu tentang kesalahan tersebut...


bagi sesiapa yang masih lagi yang tidak percaya dan terasa musykil,sila lah kaji sendiri dan insya-allah kamu juga akan mendapat perkara yang sama...


kepada saudara tuah sekali lagi hamba mengucapkan terima kasih atas pembetulan itu dan hamba puji sikap saudara tuah yang selalu mengkaji dan terus mengkaji,jika ada 1000 orang seperti saudara tuah ini insya-allah PEKIDA akan mencapai kegemilangan,pertubuhan yang terbilang dan ahli yang cemerlang...


sekian assalammualaikum w.b.t  



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Askum...mengapa saudara2 sekian membicarakan benda2 yg furuk??...sedangkan byk lg benda2 besar(terutamanya masalah akidah dan akhlak) yg harus dibicarakan....sedikit teguran dari saudaramu yg lemah...kalau ade salah kite sama2 tegur....

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

Nice info jebat.


Apa yg saya dengar dan tahu selama ini ayat Al-Quran memang ada 6666. Tiada lebih tiada kurang. Cuma puak syiah sahaja yg lebih. Kita mengikut Sunnah adalah 6666 ayat. Mahzab Shafie sendiri mengatakan Al-Quran terdapat 6666 ayat. Angka itulah menjadi kepercayaan kita selama ini.


Pada pendapat saya, tidak mungkin Imam-imam, Ustad-ustad dan pada saya orang2 tua yg boleh dipercayai pertuturannya salah akan jumlah ayat Al-Quran yg mereka nyatakan. Takan sampai begitu daif sekali mereka tidak mengkaji Al-Quran. Jikalau mereka silap, maka ramai lagi lah yg silap. Takan selama ini umat Islam kita di Malaysia, tersilap bahawa Al-Quran selama ini ada 6236 bukan 6666 ayat.


Bagaimana selama ini tiada seorang alim ulamak di Malaysia memberi keterangan secara rasmi mahu di akhbar, televisyen, radio atau mana2 mengenai kesilapan ini. Malah sebelum ini saya pernah mendengar ceramah ' Hal Ehwal Islam ' yg sering ke udara setiap malam jumaat, ahli panelnya pernah memberi huraian bahawa ayat Al-Quran terdapat sebanyak 6666 ayat. Saya lupa siapa nama ahli panel tersebut, tetapi takan beliau tidak tahu akan jumlah rasmi kitab yg menjadi panduannya selama ini. Kalau dia silap, bermakna dia telah lalai selama ini kerana tidak menjalankan tugas untuk mengkaji dan kemudian menghuraikan kepada umum supaya tidak ada yg tersalah fahaman.


Saya rasa topic kali ini amat penting, dan memerlukan huraian dan pendapat daripada pelbagai pihak yg lebih arif. Bukan niat saya disini untuk menafikan kenyataan yg dibuat oleh saudara jebat, tetapi alangkah lebih baik jikalau kita berforum menghujahkan kenyataan masing2 barulah jawapan yg kukuh timbul. Maafkan saya kalau tulisan saya diatas terkasar atau kenyataan yg salah, tetapi sebelum membuat huraian yg tak seberapa ini, saya telah bertanyakan kepada yg arif. Jikalau betul atau sebaliknya Al-Quran ada 6236 dan bukan 6666 ayat, kita harus bersama-sama memperbetulkannya kepada umum.


Wa'salam.



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Senior

Status: Offline
Posts: 241
Date:

silakan....jebat hanya manusia....apa info yg jebat dapat hanya untuk perkongsian dgn para jemaah...tak apa phiz.. jebat dapat info dari ahli jemaah juga... kemudian buat sedikit kajian...kajian org daif macam jebat....mungkin banyak celanya....maafkan jebat andai terkurang.......

__________________
...ALLAHUMA ANTASSALA...


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

ehem... janganlah berasa tersinggung saudara jebat. pHiz hanya mushkil mengenai masalah ini. Harap saudara jebat paham.


 


pHiz: saudara jebat ni, jebat derhaka ke ? eheheh (jgn mare gurau)



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

didalam tubuh badan manusia juga terdapat 6666 urat saraf...


adakah betul apa yang diperkatakan...



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 5
Date:

Sorry la jebat......


bukan nak kata sapa betui saya ni pun org baru dlm forum ni


tapi saya ada kenai adik beradik belah kl depa pakai sticker 6666 dan depa bgtahu amik kat ayah sg bulloh....jadi takan la ayah pun tak tau bilangan ayat al quran


saya jugak ada rujuk kat ustaz dan depa kata 6666 yang betui bukan 6236....apa kata kita mintak org lama bagi pendapat kut kut ada penjelasan nya kan lagi baguih


nama pun forum.....bukan nak pertikai ayah-ayah ok


kalu sesapa dlm forum ni kenai kat ayah sg bulloh tolong kirim salam kat dia dan saya mintak maap bebanyak


\\\ sempang tiga bagan



__________________
1 2 3  >  Last»  | Page of 3  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard