Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: JIHAD MELAWAN NAFSU


Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:
JIHAD MELAWAN NAFSU


Muslimin dan Muslimat yang dikasihi sekelian;

Mafhumnya: Dan mereka yang berjihad di jalan kami ( Allah) nescaya kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami.

Berkata Shaikhul Islam Al-Imam Ibnu Qayyim di dalam kitab Al-Fawaaiid muka surat 78 " Allah Taala telah mengaitkan hidayah ( petunjuk ) dalam ayat ini dengan jihad. Mereka yang beroleh hidayah yang paling sempurna ialah mereka yang paling hebat jihadnya, dan jihad yang paling agong ialah jihad melawan hawa nafsu di dunia. Maka siapa yang berjihad menentang perkara-perkara tersebut nescaya Allah akan memberikan petunjuk kepadanya jalan-jalan yang diredhai Allah yang menyampaikan hambanya ke syurga. Dan siapa yang meninggalkan jihad hawa nafsu maka terlepaslah dia dan jauhlah dia daripada hidayat Allah lantaran jihad yang ditinggalkanya.

Berkata Al-Junaid Al-Baghdadi: " Dan barangsiapa yang memerangi hawa nafsu mereka melalui TAUBAH nescaya Allah akan memberi petunjuk kepadanya jalan-jalan keikhlasan. Manusia tidak mampu memerangi musuh yang zahir melainkan setelah memerangi musuh yang batin. Siapa yang mengalahkan nafsunya maka sesungguhnya dia telah mengalahkan musuhnya, dan jika dia kalah melawan nafunya, maka dia telah tewas ditangan musuhnya.

Ikhwah yang dikasihi oleh Allah sekelian,

Ramai manusia pada hari ini mengatakan bahawa mereka melakukan maksiat disebabkan tidak mendapatkan hidayah. Tetapi ayat Al-Quran di atas secara jelas telah memberikan cara penyelesaian terhadap masalah tersebut. Caranya ialah dengan memerangi hawa nafsu, dunia dan syaitan. Barulah Allah akan memberi hidayatnya kepada mereka.

Disebabkan tewas terhadap hawa nafsulah manusia pada hari ini murtad, minum arak, berzina dan menderhakai kedua ibubapa. Disebabkan oleh memperhambakan diri kepada dunialah manusia leka dengan harta dunia. Dia sibuk mencari harta kekayaan lalu meninggalkan solat dan tidak membayar zakat. Manakala golongan yang telah digoda oleh syaitan pula tidak yakin bahawa Islam itu mampu memerintah dunia, ragu-ragu apabila syariah Islamiah dilaksanakan adakah ekonomi negara akan bertambah maju atau mundur?

Oleh itu tiada cara yang lebih berkesan untuk menyelesaikan semua penyakit-penyakit hati tersebut melainkan dengan berjihad melawan hawa nafsu, dengan memahami hakikat kalimah Laa ilaaha Illa al-Allah. Selagi mana seorang muslim itu tidak merasa takut apabila disebut namaAllah dan tidak merasa bahawa segala tingkah-lakunya diperhatikan oleh Allah, maka dia masih belum faham dan menghayati Laa ilaaha illa al-Allah.

Dengan memerangi hawa nafsu, dunia dan syaitanlah manusia akan memperolehi kemanisan beraqidah. Hatinya sentiasa tenang dan bahagia. Dia akan sentiasa mensyukuri nikmat Allah dan mengharapkan keredhaan-Nya. Sekian dulu dari saya, semoga kita akan mengetahui banyak lagi nasihat-nasihat yang berguna dari Syaikhul Islam Ibnul Qayyim dalam rencana-rencana seterusnya. Wassalam...

Oleh Dariju madarijis saalikin bayna Manzil Iyyakana'budu waa Iyyaaka nastai’iin.



aku cinta Malaysia.....tapi lebih cintakan ALLAH........... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....


__________________
azehar


Veteran

Status: Offline
Posts: 64
Date:

Assalamualaikum....


salam///


Ya Allah jauhilah kami dari segala dosa2 maksiat,jadikanlah kami orang2 yang sabar dan tergolong dikalangan org2 yg beriman...Amin



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard