Adalah kencing duduk itu satu tabiat yang dipuji oleh syara', dan ialah tabiat orang yang beradab dan mempunyai maruah, maka demikianlah perangai Rasulullah (صلى الله عليه وسلم), dan sebersih-bersih perangai.
Dengan dalil hadits di dalam Masalah ٧١, kata Siti Aisyah tiada pernah Nabi (صلى الله عليه وسلم) kencing (dalam keadaan) berdiri.
Dan disuruhnya (ya'ni ada satu riwayat yang menyatakan Nabi (صلى الله عليه وسلم) menyuruh) mengerjakan kencing (dalam keadaan) duduk pula, sebagai(mana) kata Tarmidzi telah datang riwayat yang dhaif (ya'ni riwayat hadits itu lemah dari segi ilmu hadits, dan menurut syarat hadits oleh Tarmidzi; oleh itu tidak boleh dijadikan sandaran atau dalil kepada hukum hakam) akan bahawasanya Nabi menyuruh kencing duduk, demikian bunyinya::
﴿ عن عمر قال: رآنى النبىّ صلى الله عليه وسلم أبول قائما فقال عمر لا تبل قائما بعد ﴾
( Ertinya - dengan penjelasan - :: )
Diriwayatkan daripada 'Umar bin Al-Khathab (رضى الله عنه), katanya:
"Telah melihat akan daku (ya'ni 'Umar (رضى الله عنه)) oleh Nabi (صلى الله عليه وسلم) kencing berdiri (ya'ni menurut hadits yang dhaif ini, Nabi (صلى الله عليه وسلم) melihat Umar kencing berdiri), maka sabdanya (ya'ni sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم)):
"Hai 'Umar! jangan kencing berdiri",
kemudian daripada itu (ya'ni Nabi menyatakan selepas melihat kejadian itu)."
4. ٧٣ – MASALAH: Kencing berdiri dan hukumnya
Adalah kencing berdiri itu kata ulama' (hukumnya adalah) makruh, melainkan kerana uzur seperti
- sakit pelipat, atau
- melampau-lampau gemuk, atau
- tempat kencing itu bersepah dengan najis, atau
- kerana ditengah-tengah air
(dan seumpamanya yang patut/sesuai).
Maka makruh itu ialah makruh Karahah Tanzih – (كراهة تنزيه) jua, bukannya (makruh) Karahah Tahrim – (كراهة تحريم); kerana adalah Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) (pada) adatnya (kebiasaannya) berkekalan di dalam kencing duduk. Lihat ( Masalah ٧٧ - tunggu pada syarah yang akan datang. (ان شاء الله تعالى)).
Dan lagi pula, kencing berdiri itu kelakuan orang yang tiada beradab (dan) bertabiat (dengan tabiat yang) huduh (ya'ni amat tidak elok). Dengan kerana itu berkata Tarmidzi, sungguhnya diriwayatkan orang daripada 'Abdullah bin Mas'ud katanya::
﴿ ان من الحفاء أن تبول وأنت قائم ﴾
( Ertinya:: )
"Bahawasanya setengah daripada tabiat kasar dan huduh dan tiada mempunyai adab (itu) bahawa engkau kencing padahalnya engkau (dalam keadaan) berdiri."
Dan atas harusnya (ya'ni setengah qaul yang mengatakan harus kencing berdiri itu) telah khilaf ulama' (ya'ni masalah khilafiyah atau perbezaan qaul para ulama') akan sebagai khilaf yang panjang (ya'ni terlalu banyak atau panjang perbahasan khilaf antara ulama' berkenaan dengan soal ke-harus-an kencing berdiri itu).
kencing duduk...selama nie aku kencing berdiri..thanks for dat info...
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."