Ini ada satu cerita.. Pada suatu hari Nabi sedang duduk di Masjid bersama para sahabat baginda. Tiba-tiba Nabi berkata, “akan datang ‘Penghuni Syurga’.” Serentak dgn itu para sahabat memandang ke pintu masjid. Kemudian muncul seorang sahabat lalu memberi salam kemudian dia solat.
Keesokan harinya pula, dlm situasi yg sama, Nabi berkata, “akan datang ‘Penghuni Syurga’.” Tiba-tiba muncul dr arah pintu Masjid sahabat yg semlm, yg digelar baginda sebagai ‘Penghuni Syurga’.
Selepas semua yg ada di Masjid itu bersurai, seorang sahabat mengejar ‘Penghuni Syurga’ tersebut. Lalu dia berkata, “ Maafkan saya wahai saudaraku.. aku telah bertengkar dgn keluargaku, jd bolehkah aku tumpang bermlm di rumahmu untuk satu atau dua malam?” ‘Penghuni Syurga’ itu lalu berkata, “Baiklah..”
Sehari telah berlalu.. dua hari juga telah berlalu dan tiga hari pon berlalu. Akhirnya sahabat ini tidak tahan dan berkata pada ‘Penghuni Syurga’, “Wahai saudaraku… sebenarnya aku tidak bertengkar dgn keluargaku. Aku bermalam di rumahmu untuk melihat apa amalanmu kerana aku mendengar Nabi menyebutmu sebagai ‘Penghuni Syurga’. Tp setelah ku perhatikan amalanmu sama saja dgn apa yg aku kerjakan. Aku sebenarnya tidak mengerti…”
‘Penghuni Syurga’ itu menjawab, “Maafkan aku, memang inilah aku! Ibadah yg aku lakukan tidak lebih dan tidak kurang sebagaimana yg engkau saksikan selama tiga hari ini. Aku tidak tahu mengapa baginda mengelarku ‘Penghuni Syurga’. Sahabat itu kemudian pergi meninggalkan ‘Penghuni Syurga’. Tiba-tiba ‘Penghuni Syurga’ itu memanggilnya, “Saudaraku, aku teringat sesuatu. Aku tak pernah dengki sesama muslim. Mungkin ini…” Sahabat tersebut langsung memintas, “… itulah yg membezakan engkau dgn kami. Itulah rahsianya mengapa Nabi menggelarmu ‘Penghuni Syurga’. Itu tidak dapat kami lakukan.”
Ternyata, soal dengki ini bukanlah satu perkara yg remeh. Ada satu kisah tentang seorang penjual sate. Alhamdulillah… satenya yg memang enak itu laris bukan main. Jiran-jirannya mulai mencebik dan menuduh dia menggunakan ilmu pelaris yang bertentangan dgn syariat. Malah ketika anak penjual sate itu ditimpa kecelakaan, jiran-jiran terus menuduh dgn tuduhan yg bukan-bukan.
Lihatlah! Adakah kita ini sedang memainkan peranan seperti jiran tetangga si penjual sate tersebut? Kita tidak rela sekiranya saudara kita memiliki nilai ‘lebih’ di mata kita.
Ada pula seorang wanita yg sukses dlm kariernya. Akibat beban kerja, dia sering pulang lewat malam. Tetangganya menuduh dia perempuam jalang. Dr hasil jerih payahnya dia mampu membeli kereta, jiran-jirannya tak diam mulut lagi. Kali ini dia dituduh ‘perempuan simpanan seorang bos’.
Apa nak jadi! Bukannya kita mahu belajar dari keberhasilan saudara kita tersebut, tetapi kita mencebik dan menuduhnya yang bukan-bukan. Dengki adalah persolan hati. Dari dengki biasanya lahir buruk sangka, kemudian dari buruk sangka lahirnya fitnah dan tuduhan, untuk menyebarkan fitnah ini kita bergosip ke mana-mana sambil memburukkan perilaku tersebut. Lihatlah, bermula dari dengki kemudian menyusul perbuatan dosa yang alin. Sukar sekali menghilangkan rasa dengki tersebut. Untuk itu marilah kita minta perlindungan-Nya:
“Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami dan janganlah Engkau membiarkan KEDENGKIAN dalam hati kami. Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Amin.”
kalu dengki mendengki sampai bila bila pun kita takkan berjaya...kalau dengki untuk menjadi lebih bagus takpa..tapi kalau dengki untuk menjatuhkan itu yg tak baik...
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
kalu dengki mendengki sampai bila bila pun kita takkan berjaya...kalau dengki untuk menjadi lebih bagus takpa..tapi kalau dengki untuk menjatuhkan itu yg tak baik... SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA
manusia sanggup memikulnya krn manusia nih bersifat sombong dan takbur...