Yusoff, sikit penerangan tentang pertanyaan …tapi secara tertib ilmu agama yg mendalam kita kita perlu berguru….susah nak faham…..ingat berguru hanya pada bacaan tanpa guru mampu menyesatkan….
USULUDDIN
Definisi usuluddin ialah asas agama (usul dan ad’din). Usuluddin bermaksud mempelajari asas agama untuk membentuk aqidah. Selain itu, ilmu ini juga dikenali dengan nama Aqidul Iman, Ilmu Kalam atau Ilmu Sifat 20.
Pengasas ilmu ini ialah Abu Hasan Al-Asy’ari yang lahir di Basrah pada tahun 873H.
Beliau mulanya adalah murid Abu Ali al-Jubba’i yang berfahaman Muktazilah dan ilmu usuluddin ini seterusnya dikembangkan oleh Abu Mansur Al Maturudi.
Tujuan kita menuntut ilmu Usuluddin adalah untuk kita kenal Allah pada sifat-sifatNya. Mengenal sifat-sifat Allah ini menjadi sebab utama dalam ilmu Usuluddin ini.
Dengan mengetahui ilmu Usuluddin, dapatlah kita mengetahui sifat-sifat yang layak bagi juga dapat pula kita menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah dan menyelamatkan kita daripada mensyirikkan Allah. Maka setelah itu, dengan ilmu inilah akidah Islam dibentuk.
secara kasarnya terdapat beberapa hukum yang diguna pakai didalam ilmu usuluddin ini iaitu :
1. hukum syarak
2. hukum akal
3. hukum adat
bila berkata berkenaan dengan hukum syarak, maka dirujuk pada dua perkara iaitu Al-Quran dan Hadith.
hukum akal pula, merujuk kepada Wajib Akal, Mustahil Akal dan Harus Akal.
sebagai contoh : Wajib akan wujudnya Allah dan mustahil Allah itu tidak wujud akan tetapi hanyalah harus bagi Allah untuk menjadikan kita semua.
kemudian adalah hukum adat. hukum adat adalah perkara dan peraturan yang berlaku disekeliling kita sehari-hari. sebagai contoh ialah bila kaki menendang bola maka bola itu melantun, bila makan maka hilang rasa lapar, bila ada makanan masuk maka najis la yang terkeluar.
TASAUF
Menurut catatan Al-'alim Al-'Alamah A-Sheikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain Mustafa Al-Fathoni (Guru kepada Wali Allah Yang Tersohor Tok Kenali);
Kata "Tasauf" timbulnya dari banyak pengertian, akan tetapi dipersingkatkan dari dua istilah sahaja iaitu "Pengertian pada lughah" dan "Pengertian pada istilah ahli hakikat".
1. Makna pada lughoh ialah;
Memakai shauf ertinya bulu(bulu baju). Bahawa adalah sebahagian besar pengikut-pengikutnya pada zaman dahulu memakai baju yang dibuat daripada bulu-bulu. Kelakuan mereka dengan pakaian demikian itu menyalahi adat kebanyakan manusia yang selalu dengan pakaian yang serba indah. Pengikut tasauf tidak gemar dengan pakaian yang indah-indah.
2. Makna pada istilah ahli hakikat ialah;
Berakhlak dengan segala kelakuan "At-Thoifah Al-Sufiyah" bertawasul dengan segala sifat mereka, bertalian dengan rantai yang bersambung kepada mereka. Berkata Imam Sufi Al-Sheikh Junaid Al-Bagdadi;
"Dimatikan(fana) kamu oleh Al-Haq daripada engkau dan dihidupkan kamu dengan Dia"
Tasauf juga diertikan; "Berhenti dengan sekelian adab yang dibangsakan kepada Syarak yang zhohir dan yang batin".
Bererti juga; "Kesempurnaan manusia dengan Islam, Iman dan Ihsan".
Bererti juga; "Menyerahkan diri semata-mata kepada Allah atas sekelian kehendak dan cita-cita".
Sebahagian orang berpendapat; "Berpegang dengan kefakiran dan Iftikor(berhajat kepada Allah). Tahqiq dengan pemberian dan Aisar (pengutamaan akan orang lain), meninggalkan tentangan qada dan qadar dan ikhtiar".
Demikianlah pengertiaan Tasauf yang dibuat oleh Guru Tok Kenali.
Basyir Al-Haris salah seorang Ahli sufi dalam memberi erti Tasauf, ia berkata; "Orang sufi ialah yang telah bersih hatinya semata-mata untuk Allah".
Abu Muhammad Al-Jurairi berkata, Tasauf ialah masuk ke dalam budi menurut contoh yang ditinggalkan oleh Nabi dan keluar daripada budi yang rendah".
Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansari berkata; "Tasauf ialah ilmu yang menerangkan hal-hal tentang cara mensuci-bersihkan jiwa, tentang cara memperbaiki akhlak dan tentang cara pembinaan kesejahteraan lahir dan batin untuk mencapai kebahgiaan yang abadi".
Kata guru Tok Kenali(Sheikh Ahmad Al-Fathoni), semua defenisi yang berbagai corak itu ragam yang lebih tepat di sisi penghulu kita Al-Sufiah dapat difahamkan daripada dua bait puisi ini;
"Bersalah-salahan manusia pada tempat pecahan sufi dan telah berlain-lainan pendapat mereka itu kepadanya; Mereka menyangka berasal daripada kata Saufa; Tiadalah aku memberi nama ini iaitu sufi itu akan yang lain daripada seorang pemuda yang bersih dan berpakaian Sauf sehingga dia dinamakan seorang sufi.
penenrangan dan penjelasan yg baik dari abg jebat...
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
Yusoff, sikit penerangan tentang pertanyaan …tapi secara tertib ilmu agama yg mendalam kita kita perlu berguru….susah nak faham…..ingat berguru hanya pada bacaan tanpa guru mampu menyesatkan
info yg baik...Alhamdulliah........n ape yg saudara jebat ckp tu btul........
terima kasih abng jebat,saye rase penerangan tu memng berguna buat saye,benarlah bagai dikata,kalau nak belajar eloklah berguru,takut nanti sesat,insyallah tekad saye nak mendekatkan diri dengan ilmu allah!,,
Syukur....dalam perkembangan DUNIAWI ini masih ada INSAN2 yg mempertabatkan ILMU ini yg rata2 manusia skrg ALPA dgn kemewahan DUNIAWI......benar kata JEBAT...ilmu ini perlu BERGURU ...bukan apa.....takut lari AQIDAH insan itu......
askum....pertanyaan aku utk dijawab oleh kau...minta tolong jika rasa dapat membantu...apa yg kita cari didunia ini?..dunia apa plak yg kita sedang lalui sekarang ini?patutkah kita tempoh semua ini utk pertemuan dengan (nya)...percaya kah kita pada ghaib?dan dimana perlu kita nyatakan setelah kita bertemu dgn ghaib? sekian saja persoalan dari aku..utk kau....
askum....pertanyaan aku utk dijawab oleh kau...minta tolong jika rasa dapat membantu...apa yg kita cari didunia ini?..dunia apa plak yg kita sedang lalui sekarang ini?patutkah kita tempoh semua ini utk pertemuan dengan (nya)...percaya kah kita pada ghaib?dan dimana perlu kita nyatakan setelah kita bertemu dgn ghaib? sekian saja persoalan dari aku..utk kau....