Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bagaimana menantu PM boleh beli saham bernilai lebih RM9 juta?


Veteran

Status: Offline
Posts: 45
Date:
Bagaimana menantu PM boleh beli saham bernilai lebih RM9 juta?


Seksyen berita perniagaan, akhbar New Straits Time, Business Time, muka 4 bertarikh 28 Disember 2005 melaporkan pembelian saham sebuah syarikat perunding pelaburan, ECM Libra oleh menantu Perdana Menteri, Encik Khairy Jamaluddin sebanyak 12.9 juta saham atau bersamaan 3% saham dengan harga RM 9.2 juta.

Ia satu perkembangan yang menarik atas beberapa sebab;


a. Inilah pertama kali Khairy memiliki kepentingan secara langsung dalam syarikat selepas beliau bergelar menantu Perdana Menteri.

b. ECM Libra kebelakangan ini terlibat dalam menasihati penjualan saham beberapa syarikat, antaranya saham Southern Bank Berhad oleh keluarga diraja Selangor dan penjualan saham Pantai Holdings kepada syarikat dari Singapura, Parkway Holdings yang banyak menimbulkan kontroversi.

c. Bagaimana Khairy membiayai pembelian saham tersebut. Khairy, sebagai menantu Perdana Menteri, harus menjelaskan kepada masyarakat bagaimana beliau memperolehi saham ECM Libra tersebut, seperti; samada melalui pinjaman bank atau melalui wang peribadi beliau sendiri atau melalui apa-apa komisyen, jika ada, dari ECM Libra di atas apa juga peranan beliau yang mungkin ada, dalam proses penjualan saham Pantai kepada Parkway.

Peranan ECM Libra
Berbalik kepada peranan ECM Libra dalam penjualan saham syarikat Malaysia kepada syarikat Singapura. Ada beberapa pertanyaan sekitar penjualan ini. Antara lain;

a. Bagaimana Menteri Kewangan dengan mudah memberikan kelulusan terhadap penjualan tersebut. Sehingga kini, tiada penjelasan terbuka Kementerian Kewangan terhadap isu ini, meskipun 31% pegangan syarikat Malaysia telah dilepaskan kepada syarikat asing, satu jumlah yang besar dan melibatkan sektor yang strategic bagi negara ini.

i. Pertama, Pantai Holdings terlibat dalam perniagaan sektor kesihatan atau perubatan yang menerima banyak subsidi dari kerajaan Malaysia.

ii. Kedua, Pantai Holdings memiliki anak syarikat, Pantai Medivest dan Fomema yang diberikan konsensi beberapa projek kerajaan, antara lain projek Total Hospital Information System (THIS) bagi menguruskan data-data hospital serta pesakit di seluruh Malaysia. Data ini amat sensitive dan strategic bagi negara ini dan ia boleh terlepas kepada pihak lain melalui pemilikan syarikat seperti disebutkan.

Selain itu, Pantai Holdings mengendalikan tujuh buah hospital di Malaysia,

iii. 31% saham Pantai Holdings telah dibayar dengan harga RM311.58 juta oleh Parkway. Dari jumlah ini, berapakah komisyen yang diterima oleh ECM Libra? Adakah ECM Libra berhasrat mengumumkan pendapatan mereka dari yuran perundingan penjualan tersebut?Adakah pendapatan itu telah diagihkan? Adakah pemegang saham baru seperti Khairy akan mendapat keuntungan tidak langsung dari pendapatan yuran perundingan penjualan tersebut? Adakah jika pemegang saham baru akan mendapat apa-apa faedah dari pendapatan perundingan penjualan saham itu, ia tidak merupakan satu pelan yang telah dirancang lebih awal?

iv. Siapakah yang terlibat memujuk Menteri Kewangan memberikan izinnya sebegitu mudah tanpa mempertimbangkan pelbagai aspek yang disebut di atas, sehingga kepentingan 31% syarikat Malaysia boleh beralih tangan?

Tulisan Kadir Jasin

A Kadir Jasin dalam ruangannya Other Thots dalam majalah Malaysian Busines, 1 Disember 2005 juga membangkitkan peranan lain ECM Libra, iaitu ECM Libra terlibat bagi pihak keluarga diraja Selangor dan kumpulannya menjual pegangan mereka dalam Southern Bank Berhad kepada Commerce International Merchant Bank (CIMB).

Mengikut rencana tersebut, akhbar The Star, 23 November 2005 memetik penilain oleh Goldman Sachs yang berpejabat di Singapura menaikkan nilai sesaham SBB kepada rm 5.50 sesaham iaitu RM 1.50 lebih tinggi dari harga Bursa Malaysia.

Jika CIMB yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia membayar dengan harga tersebut, ia nescaya akan membuka mata banyak pihak kerana ia melibatkan wang syarikat milik kerajaan, kata rencana tersebut.

Rencana itu juga menyebut tentang langkah syarikat milik Singapura, Temasek Holdings mengurangkan pegangan sahamnya dalam SSB dari 7% kepada 4.9% tanpa kebenaran Bank Negara dan ini melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan(Bafia) dan tidak jelas apa tindakan yang telah diambil oleh Bank Negara terhadap pelanggaran tersebut.

Nyata bahawa ECM Libra akan memainkan peranan penting dalam sector koporat negara. Sebelum keadaan menjadi lebih parah, adalah baik bagi pihak terbabit menjelaskan kepada masyarakat beberapa persoalan yang berkaitan;

A. Menteri Kewangan perlu menjelaskan mengapa ia telah memberikan kelulusan terhadap penjualan 31% saham Pantai Holdings kepada Parkway Holdings.

B. Encik Khairy mengenai cara pembiayaan pembelian saham ECM Libra dan isu berkaitan seperti yang disebutkan di atas.

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 88
Date:

cm ne plk nk jd org kaye ???

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 177
Date:

I|I WALLAHUALAM I|I

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Biasalah..yang kaya bertambah kaya...yang miskin papa kedana

__________________
nor mazwan bin mazlan
is


Veteran

Status: Offline
Posts: 43
Date:



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 45
Date:
sumber : http://www.bakongnet.com


Wartawan politik Yahaya Ismail pernah menulis sebuah buku yang terbaru berjudul 'Khairy Jamaluddin – Bakal PM?' Buku itu mengandungi pelbagai fakta dan ramalan akan masa depan Khairy, tetapi judulnya ternyata satu kesilapan juga. Khairy Jamaludin bukannya seorang bakal Perdana Menteri. Sebenarnya dia sudah menjadi seorang Perdana Menteri bersifat de facto (sebenar).

Secara hakikatnya Abdullah Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kelima, apabila naik memegang mercu kepimpinan negara pada November 2003. Namun, sebelum memulakan tugas baru itu, Abdullah Badawi bukannya bersendirian – kerana segala bentuk pemikiran, tindakan dan baik budinya banyak dipengaruhi, kalau bukan pun diarah oleh anak menantunya yang baru berusia 28 tahun yang bernama Khairy Jamaluddin, dan beberapa orang kawan-kawannya. Ada sesetengah pihak yang menyebut akronim Tiga ‘K’ sebagai kuasa di sebalik Paklah – Khairy, Kalimullah (Ketua Pengarang kumpulan The New Straits Times) dan Kak Endon (Datin Paduka Seri Endon Mahmood Ambak, isteri Perdana Menteri). Memang tidak syak lagi K yang pertama sekali itulah yang paling berpengaruh, kerana beliau yang melantik K yang kedua di jawatannya itu dan mengahwini pula anak perempuan ‘K’ yang ketiga. Perkahwinannya itu berlangsung ketika K ketiga sedang bertarung menghadapi serangan barah payudara. Inilah penyakit yang mengorbankan kakak kembar beliau.

Ramai yang berkata bahawa keadaan sedemikian bukannya perkara luar biasa. Satu ketika dahulu Presiden Nixon memiliki pembantunya bernama Kissinger dan Maharaja (Tsar) Russia memiliki Rasputin. Terdapat beberapa persamaan antara tokoh-tokoh ini dengan Khairy. Yang pertama, nampak sangat semuanya berlagak laksana dalang mainan patung, main tarik-tali akan benang-benang yang mengikat watak-watak kayu patung mereka yang merupakan pemimpin negara. Mereka semuanya muncul daripada latar belakang yang tidak menentu dan menjelma secara mendadak dan naik mencanak. Malahan mereka semuanya mempunyai kelemahan tidak sedar diri kerana taksub dengan kebanggaan yang mereka terlalu perkasa, tahu akan segala-galanya dan seolah-olah bersifat halimunan, kononnya. Akhirnya mereka semua menjadi mangsa kepada kerakusan kuasa. Apakah perkara semacam ini akan berlaku kepada Khairy juga?

Memang semakin jelas wujudnya rasa tidak puas hati. Orang yang mungkin paling tidak seronok dengan Khairy ialah mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Walaupun pada mulanya Mahathir memang ghairah menerima kehadiran Khairy dan kawan-kawannya, sehingga sanggup melantik kawan baik Khairy daripada Oxford, Dr. Vincent Lim Kian Teck sebagai Setiausaha Politik Cina yang kedua, lambat laun Mahathir mendapati bahawa kewujudan Khairy sudah semakin membayangi Abdullah Ahmad Badawi. Nasi sudah menjadi bubur ketika Mahathir sedar akan fenomena itu. Mahathir sudah pun mengumumkan persaraannya dan Abdullah sudah dianggap pewaris yang menggantikan tempatnya. Apa juga bahana yang telah dilakukan oleh Mahathir, dia sedar bahawa dia tidak lagi mampu merobah pemikirannya terhadap si pewaris yang menggantikan tempatnya itu selepas kehampaan beliau dalam menyingkirkan Anwar Ibrahim.

Khairy terus dikekalkan di jabatan Timbalan Perdana Menteri, walaupun Mahathir sudah tidak berapa selesa dengan kehadirannya. Pernah berlaku satu peristiwa dalam majlis anjuran Pemuda UMNO bila mana Mahathir menjadi merah-muka semasa Khairy Jamaluddin bertanya apakah beliau serius mahu meletakkan jawatannya. Mahathir menganggap tindakan dan cadangan Khairy sebagai tidak kena pada tempatnya semasa beliau meminta Mahathir menghantar Abdullah keluar negara untuk berjumpa Presiden Amerika Syarikat. Mahathir menganggap idea itu sebagai kurang matang dan tidak perlu. Mahathir juga naik angin apabila Mathias Chang (Setiausaha Politik bahagian Cina - penterjemah) melaporkan perihal kata-kata Khairy di depan pelajar Malaysia yang berkumpul secara tidak formal di London. Mathias mengadu betapa Khairy ada menyebut bahawa Mahathir dan Daim sepatutnya disumbat dalam penjara sebaik sahaja Abdullah mengambil alih kuasa.

Akan tetapi, TKT Mahathir adalah serupa dengan semua musuh Khairy. Beliau telah tersilap tafsir ‘budak mentah' itu. TKT Mahathir beranggapan bahawa sebagai pemimpin unggulan negara selama 22 tahun, dan merupakan orang yang paling perkasa di negara itu, dia mudah menolak ke tepi Khairy bila-bila masa dia suka walaupun ketika dia tidak berkuasa lagi. Mahathir sudah menjadi terlalu yakin bahawa kuasa kuku besi yang mencengkam UMNO selama ini dapat digunakan sekali lagi dari sebalik tabir untuk melentukkan Khairy mengikut kehendak nafsu-nafsinya. Tetapi, tidak semudah itu, rupanya. Anak lelaki beliau sendiri, Mukhriz telah menanggung malu apabila beliau cuba mencabar Khairy bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO. Di sebalik sokongan wang Mahathir yang banyak, serta beberapa majlis kumpulan yang melibatkan ANSARA (persatuan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA yang diketuai dan dibiayai oleh Mukhriz). Mukhriz dapati betapa anak menantu Perdana Menteri yang baru ternyata lebih berpengaruh berbanding anak seorang bekas Perdana Menteri. Mukhriz telah diaibkan di kawasan Parlimen bapanya sendiri apabila tewas jawatan Ketua Pemuda UMNO dan dapat hanya segelintir sokongan dalam usaha merangkul jawatan di peringkat pusat.

Pada November 2003, ketika Mahathir turun takhta barulah beliau sedar betapa jawatan orang yang paling berpengaruh dan perkasa di negara ini yang dimilikinya selama itu dapat diwarisi dan diambil-alih oleh seorang anak muda yang baru berusia 28 tahun sahaja. Kini dan untuk masa yang terdekat, Khairy ternyata merupakan orang yang paling perkasa di negara ini. Malahan lebih berpengaruh daripada Abdullah Ahmad Badawi, Najib Tun Razak ataupun sesiapa sahaja yang menganggotai Majlis Tertinggi UMNO yang merupakan anak-anak katak (berudu) dalam kolam besar milik Khairy.

Beginilah caranya beliau mempengaruhi keadaan yang turut menghenyak kita semua.

Pertama, Khairy adalah laksana tukang jaga pintu di pejabat Abdullah Badawi. Setiap surat, faks, dokumen, rayuan, komunikasi, surat-menyurat ataupun apa juga bentuk hidangan yang sampai ke meja Abdullah, mestilah ditapis terlebih dahulu oleh pembantunya Datuk Wan Farid dan Zaki Zahid. Wan Farid dan Zaki Zahid adalah mata dan telinga Khairy. Setiap cadangan yang mereka terima perlu dibuat penduanya untuk Khairy Jamaluddin. Semua salinan ini dianggap perlu kerana Khairy tidak lagi secara rasminya bertugas di pejabat Paklah. Namun demikian beliau masih menjadi tukang jaga pintu dan perlu sentiasa diberitahu apa juga yang keluar masuk pejabat itu.

Wan Farid dan Zaki Zahid sentiasa bersekongkol dengan Khairy untuk menentukan siapa yang boleh bertemu dengan Paklah. Walaupun wujud jawatan Ketua Setiausaha Peribadi yang dipegang oleh Dato Thajuddeen Abd Wahab (sahabat lama Paklah dan pegawai kerajaan), segala pemilihan yang dibuat oleh pejabat Dato Thajuddeen perlu disalinkan kepada Khairy untuk mendapat persetujuannya. Kita tidak perlu syak dalam hal ini. Walaupun Dato Thajudeen terasa ralat dengan aturcara kerja yang sungguh pelik begini, disebabkan persahabatan beliau yang begitu lama dan akrab dengan Paklah, Thajudeen sudah tidak punya kuasa dan ambil kisah sangat untuk menafikan karenah anak menantu ketuanya.

Bukannya mudah dan murah untuk mendapat peluang bertemu dengan Paklah. Tukang jaga pintu juga berlagak sebagai tukang kutip tol. Inilah yang membuatkan UMNO begitu kelam-kabut mencongak harga tol yang dikenakan. Ada pihak menyebut harganya sehingga mencecah RM50,000 yang diminta oleh orang-orang Paklah hanya untuk bertemu dengan Perdana Menteri. Cukai pintu semacam ini memang sudah lama wujud sepanjang pemerintahan lima orang Perdana Menteri di Malaysia, tetapi harga dan kaedahnya tidaklah begitu tinggi seperti sekarang ini. Soalnya sekarang, bayaran RM50,000 bukan lagi mencukupi untuk mendapatkan peluang memenuhi temu janji. Masih ada syarat lain yang melibatkan syarikat milik Khairy seandainya projek yang mahu dibincangkan dengan Perdana Menteri menemui kejayaan.

Tentu ramai yang tertanya-tanya kenapa fenomena begini muncul di sebalik imej Paklah sebagai Mr. Clean? Tetapi imej itu hanya satu persepsi semata-mata. Kalau dibanding dengan Menteri-menteri yang lain, Abdullah bolehlah dianggap sebagai bersih, tetapi ini bukanlah kerana memang itu sifatnya. Abdullah telah diberi tugas mengendalikan kementerian yang tidak banyak ‘habuan’ untuk mengutip ‘ufti’ seperti Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Luar Negara. Lagi pun beliau tidak menduduki kerusi kerajaan untuk satu tempoh yang lama. Kedudukan politik beliau sebagai penyokong Tengku Razaleigh-Musa Hitam memang sentiasa mengancam dan Abdullah Badawi sememangnya terlalu pengecut untuk menogok minuman yang dicampuri racun berbisa rasuah itu.

Keadaan sudah berubah sekarang ini. Abdullah Badawi memang ternyata lemah selaku seorang Perdana Menteri yang perkasa dan terpaksa menyandarkan harapan ke atas Khairy untuk memperkasakan kedudukannya. Khairy Jamaluddin pula sedar betapa masanya akan sampai apabila Paklah akan dicabar oleh Najib ataupun sesiapa sahaja yang disokong oleh TKT Mahathir. Kerana itu dia mesti membalun harta karun selagi ada masa keemasannya.

Kaedah kedua bagaimana Abdullah dikuasai oleh Khairy ialah melalui pelantikan jawatan penting daripada calon-calon pilihan Khairy, baik di pejabat Perdana Menteri mahupun di beberapa kementerian utama yang lain-lain. Tidak kurang daripada sepuluh sahabat Khairy yang sama menuntut dengan beliau dahulu dan berusia dalam lingkungan dua puluhan ataupun awal tiga puluhan, kini memegang jawatan penting seperti Ketua Eksekutif di beberapa kementerian (kita akan ceritakan perkara ini dalam laporan lain). Abdullah Badawi tidak boleh bergerak kalau tokoh-tokoh ini tidak berfungsi. Dengan lain perkataan beliau ternyata terlalu bergantung kepada mereka semua untuk bertindak.

Sebagai contohnya, eloklah kita ambil kisah pemergian Abdullah ke Venezuela untuk satu misi perdagangan. Orang yang menyediakan jadual lawatan (itinerary) ialah orang pilihan Khairy (sama-sama belajar dengannya di UK dahulu). Beliau menyerahkan cadangannya kepada Pengarah Pelaburan Khazanah (orang pilihan Khairy juga) untuk dibincangkan. Jadual itu dibincangkan dengan orang-orang Ethos Consulting (syarikat milik Khairy). Barulah kertas itu diluluskan oleh satu mesyuarat yang melibatkan pegawai Kementerian Luar Negara. Selalunya mesyuarat itu dihadiri juga oleh Khairy walaupun dia tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan. Sebaik sahaja Abdullah pulang daripada Venezuela, butiran perbincangan beliau dengan Presiden Hugo Chaves dibincangkan dengan pejabat peribadi Perdana Menteri (yang diketuai dan dianggotai oleh orang pilihan Khairy). Segala keputusan akan dibuat oleh Abdullah selepas berbincang secara intim dengan anak menantunya di rumah kediaman mereka. Apakah yang hendak dihairankan kalau Khairy memang dapat menguasai pergerakan Abdullah – dan inilah caranya yang sebenar bagaimana lawatan Abdullah Badawi ke Venezuela dijalin dan mencetuskan kesannya.

Yang ketiga, Khairy Jamaludin mempengaruhi Abdullah Badawi dengan cara menekankan peranannya secara tidak rasmi sebagai penasihat Perdana Menteri yang paling akrab. Pernah berlaku satu peristiwa yang menjelaskan fenomena ini. Ia terjadi apabila Menteri Luar, Syed Hamid Albar meminta diadakan satu mesyuarat tertutup yang dianggap khusus untuk orang atasan sebagai majlis memberi penerangan kepada Perdana Menteri. Yang hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian dan Timbalan-timbalannya – dan Khairy Jamaluddin yang ketika itu tidak memegang sebarang jawatan dalam Jabatan Perdana Menteri ataupun apa juga bentuk jawatan kerajaan. Syed Hamid mahu pertemuan itu tidak dihadiri oleh Khairy. Abdullah menjadi gelabah kerana memikirkan kalau Khairy tidak hadir beliau mungkin ketandusan nasihat. Jadi, Khairy pun tumpang sekaki. Keadaan begini menunjukkan betapa besarnya pengaruh Khairy,
tetapi inilah bukti betapa lemahnya Abdullah dalam menjalankan tugasnya.

Di sinilah letaknya bahaya si Khairy Jamaluddin. Dia bukannya seorang pegawai kerajaan yang dilantik. Namun, pengaruhnya lebih mengatasi pengaruh keseluruhan kabinet, termasuk juga pengaruh Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Selagi Abdullah mencengkam kuasa dan Khairy masih beristerikan anak perempuannya (Nori), Khairy Jamaluddin akan terus menjadi pemerintah nombor satu negara ini. Sama ada disedari ataupun tidak, di Malaysia ini, demokrasi sudah mengecut beberapa takuk sejak munculnya Khairy Jamaluddin sehinggakan tidak lagi wujud sistem periksa dan imbang di kalangan kerajaan.

Sudah tentu rakyat Malaysia semakin sedar akan kewujudan pengaruh Khairy Jamaluddin kerana cara hidup mereka banyak bergantung kepada insan ini. ‘Malaysia Today’ akan menerbitkan kemunculan Khairy dan bagaimana dia mempengaruhi UMNO dan kerajaan, sambil menyebut nama sekutu dan musuhnya dan bagaimana beliau berinteraksi dengan mereka. Yang lebih penting, Malaysia Today akan cuba mendedahkan misteri yang menyelimuti Khairy dan bagaimana dia gunakan pengaruhnya untuk menjangkau kuasa yang luas.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 218
Date:
RE: Bagaimana menantu PM boleh beli saham bernilai lebih RM9 juta?


hampa pakat2 pikiaq laaa tu anak menantu PM yg hampa pilih...
mengkayakan suku sakat dia...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

fitnah akhir zaman....semoga Allah memberi pertolonganNYA kepada kita....

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

kahkahkahkah..... kita tengok je 10 thn akan dtg.



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Veteran

Status: Offline
Posts: 45
Date:

mane otai2 kite? xkan sume xbrani nak bagi pendapat?

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

erm satu isu yg ptt d pdg serius,,,

__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

skyline2 wrote:


mane otai2 kite? xkan sume xbrani nak bagi pendapat?

adakah khairy jamaludin lebih otai dari otai2 kite??....

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 218
Date:


kuatexciden wrote:

fitnah akhir zaman....semoga Allah memberi pertolonganNYA kepada kita....





apa yg fitnahnya bro???

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

malaysia boleh

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:


winjiee wrote:


kuatexciden wrote: fitnah akhir zaman....semoga Allah memberi pertolonganNYA kepada kita.... apa yg fitnahnya bro???


ko igt fitnah ape??...yg tuduh2 tu ke??.....bkn arr....fitnah akhir zaman laa....xtau nk ckp cmner....


 


 



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 45
Date:

semuanya angguk-angguk, geleng-geleng aje ke? takut ke?

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 45
Date:
Ini bukan masanya untuk berzapin


Ini bukan masanya untuk berzapin

Dalam sibuk kita bersiap-siap untuk mengambil bahagian dalam demonstrasi mempertahankan Perkara 121 (1)(A) Perlembagaan Persekutuan di Masjid Negara tengahari ini, tiba-tiba terselak akhbar UTUSAN MALAYSIA hari ini.

Sedang umat Islam bimbang gelombang tuntutan masyarakat bukan Islam dari parti-parti politik kerajaan dan pembangkang sehinggalah pertubuhan agama dan NGO bukan Islam yang begitu ghairah mahu meletakkan mahkamah syariah di bawah telunjuk mahkamah sivil, rupa-rupanya sahabat kita Khairy Jamaluddin Naib Ketua Pemuda Umno sedang sibuk dengan pendaftaran keahliannya.

Kita sedang sibuk bekerja meminta masyarakat Islam bangun dan bersatu dalam menghadapi tentangan langsung terhadap maruah dan kewibawaan umat Islam, Khairy pula sibuk Kempen Daftar Ahli dan Festival Zapin!

Saya percaya saudara-saudara kita dikalangan ahli-ahli biasa Umno, tua dan muda turut prihatin akan isu besar yang berada di hadapan mata kepala kita ini, serta ancamannya terhadap Islam. Ayuh kita bersatu atas nama Islam, kita ketepikan perbezaan politik dan ideologi, ini isu nasib dan masa depan ummah, ayuh kita bersatu di bawah kalimah tauhid Laillahaillallah. Kita perdengarkan suara kita, bantahan kita, ketidakpuasan hati kita, semoga masyarakat bukan Islam segera menghormati dan mengiktiraf kekuatan dan perpaduan kita itu.

Tinggalkanlah Khairy seorang dengan zapin-zapinnya.

Disaat ini wajar sangatlah kita merenung dan mengambil iktibar dari sajak keramat Allahyarham Usman Awang:

KURANG AJAR

Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.

Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.

Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar.

credited : Roslan SMS

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:
RE: Bagaimana menantu PM boleh beli saham bernilai lebih RM9 juta?


duit lebih tak habis pakai / pinjam bank kot ????????????????

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard