nie sah nak reply pasal topik..bodohnye bangsa melayu nie...
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
Sayangnya kamu ANn.... disebabkan hanya KESILAPAN kecil, dan membuat KESILAPAN itu ditengah2 masyarakat MELAYU..... kamu dihentam, dicaci, diperli.
Saudaraku ANn, jika kamu membuat KESILAPAN di tengah2 masyarakat ISLAM, kamu akan dibantu, diperbetulkan, diberi perhatian dan bersama-sama mengambil iktibar dari kesilapan yang telah berlaku.
Oleh kerana hari ini kamu sendiri menyaksikannya, mengalaminya, saya menyeru kepada kamu, saudara Ann... tinggalkan MELAYU, peluklah ISLAM sepenuhnya, semampu yang mungkin. Semoga ALLAH membantu kita.
Buat saudara MELAYU kita yang lain, kita doakan mereka mudah2kan menerima hidayah ISLAM sekaligus dapat membantu kita, menasihati kita dan mendoakan jika kita pula tersilap kelak.
Salam saudara AdukaTaruna.........hmm....sabar saudara..........forumer2 dalam ni bergurau dgn Ann......bukan menghentam..ada berbagai bahasa dan kata dalam post ni..hanya forumer2 berkenaan yg tahu ttg itu....kita tak tahu niat mereka....adakah mereka bergurau dgn Ann ni atau mmg benar menghentam.........biar anN yg buat keputusan atas soal ni...
SAudara...niat saudara amat mulia........tapi bolehkah saya mencelah sedikit..kenapa saudara mengajak meninggalkan bangsa??? MELAYU.......apa agenda saudara sebnarnya?? memang kita semua berpegang pada akidah yg satu itu..kita Islam........dalam kekalutan gejala sosial yg amat dasyat ini...kesatupaduan itu amatlah PENTING sekali!!!....BANGSA MELAYU WAJIB SEIRING DGN ISLAM..........mengapa perlu diketepikan soal Bangsa kita ini???..
saudara..........saya kdg2 rasa kurang sabar dgnkenyataan2 saudara.......jgn lah terlalu fundamentalis sangat!!!! Islam tak suruh kita berpecah belah........mengapa Allah menjadikan kita manusia ini berbangsa dan bersuku???.saudara lebih arif bukan???
Jgnlah kerana org tak ikut saranan kita..dikatakan kita ini tidak Islam.........apa hujah saudara jika berpegang dgn Bangsa Melayu ini maka Islam yg dipegangnya hilang???........
saya menasihatkan saudara..tolonglah.........kenyataan saudara ini bahaya sebenarnya...kelansungan bangsa Melayu itu perlu jika mahu menjunjung Islam yg dicintai ini.....
saya paham soal remaja2 melayu kita sekarang sdg bermasalah..amat dasyat dgn dosa2 besar..seks bebas, arak, rogol, dan sebagainya..tapi disitulah peranan kita semua......fikirkan satu tindakan segera utk membanterasnya...apa?? saudara sudah kecewa sangat dgn Bangsa Melayu ini???....sabar Anduka.......fikirkan......fikirkan....fikirkan......
Saya percaya banyak pelan2 tindakan yg Pekida ambil dan dilaksanakan..tapi adakah Pekida saja yg bergerak mampu meghapuskan segala gejala sosial itu 100 peratus.....so?? dimana peranan kita..(peringatan ini utk saya juga yg hina ini)
maaf, saya sedar saya dah lari topik.........tapi post saya ini sebagai menyambung kata2 aduka tadi.....ternyata saudara amat meragui bangsa sendiri.........
maaf sekali lagi atas post dari insan hina ini.........semuanya kerana saya sayangkan Bngsa Melayu nenek moyang saya dan Islam yg dijunjung ini........Wallahualam....
__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.
Salam saudara AdukaTaruna.........hmm....sabar saudara..........forumer2 dalam ni bergurau dgn Ann......bukan menghentam..ada berbagai bahasa dan kata dalam post ni..hanya forumer2 berkenaan yg tahu ttg itu....kita tak tahu niat mereka....adakah mereka bergurau dgn Ann ni atau mmg benar menghentam.........biar anN yg buat keputusan atas soal ni...
AdukaTaruna : Waalaikumussalam, saudara Sang Rimba :)
SAudara...niat saudara amat mulia........tapi bolehkah saya mencelah sedikit..kenapa saudara mengajak meninggalkan bangsa??? MELAYU.......apa agenda saudara sebnarnya??
AdukaTaruna : Benar, hamba mengajak saudara seIslam semua meninggalkan MELAYU. Bukan Melayu sahaja, Cina meninggalkan Cina mereka. India meninggalkan India mereka. Malah Arab sendiri meninggalkan Arab mereka. Bangsa ini adalah anugerah ALLAH yang berkekalan. Macamana pun ianya tetap sama. Tidak ada kurang, tidak ada tambah. Tetapi Islam ini bukan sahaja boleh berkurangan, malah boleh terlucut (murtad) dari diri. :)
memang kita semua berpegang pada akidah yg satu itu..kita Islam........dalam kekalutan gejala sosial yg amat dasyat ini...kesatupaduan itu amatlah PENTING sekali!!!....BANGSA MELAYU WAJIB SEIRING DGN ISLAM..........mengapa perlu diketepikan soal Bangsa kita ini???..
AdukaTaruna : Nabi mengatakan jika kita mengambil kabilah (kebangsaan) sebagai perjuangan kita, maka kita terkeluar dari Islam. Pernah nabi menegur seorang sahabat yang memanggil Bilal dengan panggilan "hitam'' (untuk bangsa negro). Kata nabi anda masih ada unsur2 jahiliyyah / perkauman / kebangsaan / nasionalis.
saudara..........saya kdg2 rasa kurang sabar dgnkenyataan2 saudara.......jgn lah terlalu fundamentalis sangat!!!! Islam tak suruh kita berpecah belah........mengapa Allah menjadikan kita manusia ini berbangsa dan bersuku???.saudara lebih arif bukan???
AdukaTaruna :Terima kasih atas kesabaran saudara. Ianya menyebabkan saya menghormati saudara. :) ALLAH menjadikan manusia itu bersuku-suku atau berbangsa-bangsa supaya kita saling kenal mengenal. Bagaimana boleh kenal mengenal? Dengan mentauhidkan ALLAH yang satu. Tidaklah Melayu Kelantan dengan Kelantannya, Melayu Terengganu dengan Terengganunya, Melayu Kedah dengan Kedahnya (sekadar contoh) ataupun Arab (jika saudara marah Melayu dijadikan contoh) Arab Quraish dengan Quraishnya, Muhajirin dengan Muhajirinnya, Ansar dengan Ansarnya. Tiada yang terlebih di sisi ALLAH, kecuali ketakwaan. :)
Jgnlah kerana org tak ikut saranan kita..dikatakan kita ini tidak Islam.........apa hujah saudara jika berpegang dgn Bangsa Melayu ini maka Islam yg dipegangnya hilang???
AdukaTaruna : Saudaraku yang dikasihi.... Melayu sebenarnya menganut agama anamisme beribu-ribu tahun. Kemudian, nenek moyang kita menerima "hidayah". Hindu. Kita menganut Hindu beratus2 tahun. Barulah ISLAM mengeluarkan MELAYU dari kehinaan sebagaimana Islam mengeluarkan Arab, Parsi dan bangsa-bangsa lain dari kegelapan. Jika tidak, sehingga kini kita (bagi yang berbangga dengan akidah MELAYU) menganut Hindu.
........ saya menasihatkan saudara..tolonglah.........kenyataan saudara ini bahaya sebenarnya...kelansungan bangsa Melayu itu perlu jika mahu menjunjung Islam yg dicintai ini..... saya paham soal remaja2 melayu kita sekarang sdg bermasalah..amat dasyat dgn dosa2 besar..seks bebas, arak, rogol, dan sebagainya..tapi disitulah peranan kita semua......fikirkan satu tindakan segera utk membanterasnya...apa?? saudara sudah kecewa sangat dgn Bangsa Melayu ini???....sabar Anduka .......fikirkan......fikirkan....fikirkan......
AdukaTaruna : Saya tidak berapa kecewa (kecewa juga). Kerana, inilah sahaja yang saya mampu untuk berdakwah. Ada tiga tahap keimanan. Satu dengan tangannya (kuasa yang ada). Dua, dengan lidahnya (bersuara. tulisan juga termasuk dalam kategori ini). Tiga. dengan hatinya. (Ini adalah selemah-lemah iman). Dahulu sehingga kini, kita diperintah oleh MELAYU / KEBANGSAAN / KABILAH / SEKULAR. tidak perlu saya terangkan apa yang terjadi pada KITA. (bangsa bagi saudara, umat bagi saya dan jemaah yang lain)
Saya percaya banyak pelan2 tindakan yg Pekida ambil dan dilaksanakan..tapi adakah Pekida saja yg bergerak mampu meghapuskan segala gejala sosial itu 100 peratus.....so?? dimana peranan kita..(peringatan ini utk saya juga yg hina ini)
AdukaTaruna :PEKIDA.... Amar Maaruf, Nahi Mungkar. Bagi ahli yang menggigit Islam mereka mengamalkan slogan ini. Bagi mereka yang menggigit Melayu, tidak baik saya huraikan. Masing-masing menunjukkan kuat pada yang bukan ahli. Sesama ahli pun begitu. Bayangkan orang Melayu tanpa ORGANISASI ISLAM seperti ABIM, PEKIDA, JIM, RUFAQA, PAS sebaliknya bergantung pada ORGANISASI KEBANGSAAN / KABILAH / SEKULAR UMNO.
maaf, saya sedar saya dah lari topik.........tapi post saya ini sebagai menyambung kata2 aduka tadi.....ternyata saudara amat meragui bangsa sendiri......... maaf sekali lagi atas post dari insan hina ini.........semuanya kerana saya sayangkan Bngsa Melayu nenek moyang saya dan Islam yg dijunjung ini........Wallahualam....
AdukaTaruna : Hamba juga memohon maaf. Hamba tidak meragui bangsa hamba. Hamba redha berbangsa Melayu. Tidak perlu dijaga. Ianya tetap Melayu. Apa yang hamba risaukan ialah Islam hamba. Biasalah hamba kan orang kebanyakan. Ada masa tinggi Islam hamba, ada masa rendah Islam hamba.
Terima Kasih diatas reply post saudara terhadap post saya.........saya berbesar hati kerana kesudian saudara Aduka Taruna 'memandang' terhadap post dari insan hina ini...cuma saya dapat tafsir kan sendiri bahawa saudara bukan ahli jemaah PEKIDA ( jika salah tekaan saya ini, mohon ampun sebanyak-banyaknya... ).....
jawapan 1:jika saudara ahli jemaah PEKIDA....saudara tak akan mengetepikan soal bangsa Melayu dalam memimpin perjalanan Islam diatas tanah Malaysia ini....ok...kita ringkaskan..saya dapat lihat pandangan saudara dalam memperkatakan konsep syariat Islam adalah bersifat global seluruh dunia...betul..sebetul-betulnya Islam itu menyeluruh...tidak setidak-tidaknya saya nafikan hal ini..dan saya ingin ingatlkan saudara....bahawa web ini adalah berkenaan perjalanan Islam yg ditunjangi ( majoriti ) bangsa Melayu....web ini berkenaan bagaimana sebuah pertubuhan yg berpaksikan Melayu dan menjunjung Islam didalam perjuangan mereka...dan kemunculan saudara Aduka dgn post2 dan topik saudara pula adalah berkenaan juga soal menjunjung Islam ( Alhamdulillah, kita bersaudara....)...cuma.......saya ulang cuma......cuma SKOP saudara itu telah melangkaui keseluruhannya.....ya..saudara telah mengetepikan soal bangsa......sedangkan berkali-kali telah saya terangkan sudah tentu Melayu menjunjung Islam di tanah ini jika tidak kita nak berharapkan pada bangsa apa?? ( juga atas konsep diatas tanah malaysia ini )...jadi utk kenyataan yg dah saya tulis ini saya yakini saudara bukan jemaah PEKIDA......tutup cerita jawapan 1 ini, kita lihat jawapan kedua.......
jawapan 2: bagi jawapan kedua mengapa saya meragui saudara sebagai jemaah PEKIDA ialah kerana jika saudara jemaah PEKIDA, sudah tentu saudara telah menghadiri kursus Induksi..dan jika ini berlaku sudah tentu saudara paham dgn sepaham-pahamnya bahwa PEKIDA tidak mengenepikan sama sekali soal BANGSA MELAYU dalam MEMPERJUANGKAN ISLAM diatas BUMI MALAYSIA........jelaskan....saudara ingat dgn ayat ini:
saudara Ann... tinggalkan MELAYU, peluklah ISLAM sepenuhnya, semampu yang mungkin. Semoga ALLAH membantu kita.
pesanan ini saudara tujukan kepada Ann yg memulakan topik ini.......ya niat saudara amat mulia kerana mengajak kepada Islam..inilah yg kita mahukan dalam berdakwah mengajak kepada kenaikan...syukur kepada Allah yg maha besar.......InsyaAllah..pasti Allah akan tolong kita dalam perjuangan kita.....
Cuba lihat pada ayat pertamasebelum tanda koma......?????ia penuh tanda tanya kepada saya bahwa adakah SAudara Aduka ini seorang jemaah PEKIDA.....tidakkah saudara tahu perjuanagn PEKIDA.....jadi..kaitkan pula kemunculan saudara dalam web ini dgn post2 sdemikian..adakah saudara rasa sesuai mengajak Melayu ketepikan bangsa nya........adakah mampu kita ketepikan kepentingan bangsa kita dalam mendukung Islam yg dimuliakan ini........
baiklah.........
saya telah menghuraikan kedua-dua jawapan diatas mengapa saya rasakan suadara ADUKA TARUNA ini bukan ahli jemaah PEKIDA........jika saya salah...maaf banyak2 dipinta..kerana tak mahu mengguris hati jemaah PEKIDA dari ranting yg sama dgn saudara....mohon ampun dari anak rantau Melaka...
Salam Perjuangan
-Sang Simba-
__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.
Assalamualaikum, saudara Sang Rimba yang dikasihi. Sejujurnya benar, saya bukan ahli PEKIDA. Saya telah menolaknya (menjadi ahli) satu ketika dahulu setelah membuat solat istikarah. (petunjuk ALLAH mungkin berbeza bagi individu lain. Contoh, ALLAH tidak benarkan saya mungkin kerana saya akan bongkak dan salah guna jika menyertainya)
Tetapi oleh kerana kasihnya saya pada saudara yang berada di dalam PEKIDA, saya berdakwah kepada ahli PEKIDA melalui cara ini (salah satu cara yang saya mampu)
Sebenarnya saya sudah menjawab dalam topik Bodohnya Melayu. Saya tidak mahu saudara kita mengulangi kesilapan bapa-bapa kita terdahulu. Ketika peristiwa 13 Mei. Kebanyakannya berperang atas niat MELAYU. Kita takut ALLAH menolak syahid mereka. Ini berdasarkan Al-Quran dan hadis. Malah jika mereka berperang demi MELAYU + ISLAM sekalipun, nabi kata masih ada unsur-unsur kabilah. Nauzubillah.
Para ahli janganlah marah. Saya hanya memperkatakan yang hak. PEKIDA adalah satu pertubuhan Islam. Tetapi kini ianya semakin terpesong akibat kekeliruan idealogi. Anda semua lebih faham perjuangan anda. Kita semua tidak tahu ajal kita. Apa yang merisaukan kita mati dalam akidah Melayu, ataupun bercampur Melayu + Islam.
Assalamualaikum, saudara Sang Rimba yang dikasihi. Sejujurnya benar, saya bukan ahli PEKIDA. Saya telah menolaknya (menjadi ahli) satu ketika dahulu setelah membuat solat istikarah. (petunjuk ALLAH mungkin berbeza bagi individu lain. Contoh, ALLAH tidak benarkan saya mungkin kerana saya akan bongkak dan salah guna jika menyertainya) Tetapi oleh kerana kasihnya saya pada saudara yang berada di dalam PEKIDA, saya berdakwah kepada ahli PEKIDA melalui cara ini (salah satu cara yang saya mampu) Sebenarnya saya sudah menjawab dalam topik Bodohnya Melayu. Saya tidak mahu saudara kita mengulangi kesilapan bapa-bapa kita terdahulu. Ketika peristiwa 13 Mei. Kebanyakannya berperang atas niat MELAYU. Kita takut ALLAH menolak syahid mereka. Ini berdasarkan Al-Quran dan hadis. Malah jika mereka berperang demi MELAYU + ISLAM sekalipun, nabi kata masih ada unsur-unsur kabilah. Nauzubillah. Para ahli janganlah marah. Saya hanya memperkatakan yang hak. PEKIDA adalah satu pertubuhan Islam. Tetapi kini ianya semakin terpesong akibat kekeliruan idealogi. Anda semua lebih faham perjuangan anda. Kita semua tidak tahu ajal kita. Apa yang merisaukan kita mati dalam akidah Melayu, ataupun bercampur Melayu + Islam. Salam hormat dari hamba -AdukaTaruna-
...
__________________
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HI WABARAKATUH... ALLAH HUMMA SOLLI 'ALA SAI E DINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASAH BIHI WASSALIM...
AdukaTaruna wrote: Assalamualaikum, saudara Sang Rimba yang dikasihi. Sejujurnya benar, saya bukan ahli PEKIDA. Saya telah menolaknya (menjadi ahli) satu ketika dahulu setelah membuat solat istikarah. (petunjuk ALLAH mungkin berbeza bagi individu lain. Contoh, ALLAH tidak benarkan saya mungkin kerana saya akan bongkak dan salah guna jika menyertainya) Tetapi oleh kerana kasihnya saya pada saudara yang berada di dalam PEKIDA, saya berdakwah kepada ahli PEKIDA melalui cara ini (salah satu cara yang saya mampu) Sebenarnya saya sudah menjawab dalam topik Bodohnya Melayu. Saya tidak mahu saudara kita mengulangi kesilapan bapa-bapa kita terdahulu. Ketika peristiwa 13 Mei. Kebanyakannya berperang atas niat MELAYU. Kita takut ALLAH menolak syahid mereka. Ini berdasarkan Al-Quran dan hadis. Malah jika mereka berperang demi MELAYU + ISLAM sekalipun, nabi kata masih ada unsur-unsur kabilah. Nauzubillah. Para ahli janganlah marah. Saya hanya memperkatakan yang hak. PEKIDA adalah satu pertubuhan Islam. Tetapi kini ianya semakin terpesong akibat kekeliruan idealogi. Anda semua lebih faham perjuangan anda. Kita semua tidak tahu ajal kita. Apa yang merisaukan kita mati dalam akidah Melayu, ataupun bercampur Melayu + Islam. Salam hormat dari hamba -AdukaTaruna-
haaa... yg nie palig baguz kalo nk ikutkan... saya suke cara saudara... pasal sblm masuk kite solat istikorah dulu... skunk nie die rang mane ade nk solat2 nie... solat jumaat yg seminggu sekali pon lum tentu pegi tiap2 miggu... skunk nie amik tangkap muat jeee... kadang2 kalo kite tgk org luar 2... mcm xde ciri2 pendakwah... harap pada stiker ngan keychain jeee laa... yg lagi best bangga kalo main salam2... baru org lain kate... hulllaaamakk... 3line,Abg Long, PENDAKWAH, mafia...
__________________
DONT SANGKA KELIAK WATA NO BOYA...29 yang bertauliah...
Saudara rayman3.... Melayu takkan hilang. Jangan bimbang. Jika memeluk apa agama sekalipun, ianya tetap Melayu. Itu adalah anugerah ALLAH yang tak boleh diubah. Tetapi Islam? ianya boleh terlucut. Ianya boleh berkurangan. Ianya boleh terhina. Nauzubillah.
Salam danTerima Kasih buat saudaraku Aduka Taruna.............kesudian Aduka menjawab persoalan saya amat saya hargai........kini saya dah mendapat jawapannya bahawa saudara bukan ahli jemaah Pekida( saya juga bukan ahli, itu hakikatnya )..niat saudara amat murni(walaupun saya masih berteka-teki dgn tindakan saudara mengajak meninggalkan melayu )........berdakwah utk jemaah didalam PEKIDA...betulkanlah apa yg tak betul......memang benar kata saudara Salleh shah ttg ada dikalangan ahli yg hanya gah dgn nama PEKIDA, 3 line dan sebagainya semata-mata utk kekuatan....semoga apa yg perlu dibetulkan dapat dibetulkan didalam Jemaah kita........semoga perjuangan saudara diberkati Allah...
Salam Perjuangan
- Sang Simba -
p/s : oitt....wintersonatamale..........nick hamba ni sang simba bukan Rimba
-- Edited by sang simba at 19:48, 2006-02-01
__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.