Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: tak ada apa2 seorang ibu


Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:
tak ada apa2 seorang ibu


> TAK DE APA-APA
>
> bismillahirrahmanirrahim,
>
> just received this email fr. a sahabat---> cik suhaila.
>
> Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas,
bimbang
> dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu
kerap.
> Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba
> dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga!
>
> Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran.
Saya
> ceritakan perkara yang saya alami. "Mungkin ada buat silap dengan mak
kot.
> Cuba check,"katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang
boleh
> membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat
> saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak
> pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan
> kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan
> peristiwa yang saya alami itu.
>
> Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah
Sabri
> pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" "Tak ada
apa-apa.
> Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini." Saya masih tak
puas
> hati.
>
> Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya
masih
> tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah
> tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku,
saya
> mengadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa.
Saya
> pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama,
Sabri
> pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati
mama.
> Sbari tahu sabri ada buat salah, tapi mam tak nak bagitau." Airmata
sudah
> membasahi pipi. Tak ada apa-apa?"Tingkah mama semula. Dalam keluhan
yang
> dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali.
>
> Akhirnya dia bersuara. "Sabri, ada satu kisah yang mama susah nak
lupakan
> dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka.
> Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis
tersedu-seddu
> mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga
> sekarang."
>
> Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah
meninggal
> ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat.
Duit
> pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita,
Sabri
> ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk.
>
> "Selepas SPM, Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil
titik
> peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari
Sabri
> bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya
hajat itu
> ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus
> bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung
belajar
> juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang
> penuh terpaksa."
>
> Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan
ketika
> itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama ras Sabri akan berkeras
pergi
> juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!"
Saya
> meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama.
>
> "Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah
berjaya.
> Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama
dapat
> mengadap tuhan dengan hati yang tenang." Ungkapan terakhir mama
terasa
> bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf
saya
> seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat
sangat.
>
>
> Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang
> dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu
berpesan
> kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan
hubungan
> hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga.
Saya
> yang terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalamn
saya ini
> kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa
yang
> saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi
kebaikan di
> dunia dan di akhirat.
>
> Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem
motivasi,
> saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia
40-an.
> "?n Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber
yang
> diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil
cuti
> seminggu untuk pulang ke kampung.
>
> Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon."?n Sabri terima
kasih
> banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya
tak
> tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan
> berteka-teki dengannya.
>
> Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke
kampung
> menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak
juga
> dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur
itu
> dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak
tidak
> pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak
memohon
> ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini.
>
> "Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta
maaf
> bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi anak derhaka kalau mak tak
ampunkan
> dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak
> memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu
ini
> mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak
yang
> mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan
air
> susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata '?rang tua
bodoh. Tak
> ada otak'"
>
> Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai
seluar
> yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu
> kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Si ibu gosok dan lipat.
> Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja,
> malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya.
Lalu
> dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang
tua
> bodoh! Tak ada otak ker? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!" Akhirnya
dosa
> si anak diampunkan.
>
> Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa
di
> sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu (or isteri
> mungkin...) mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan
hati,
> akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya.
Jagalah
> hati mereka, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup
kita.
> Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.
>
> "... dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu
bapa.
> sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan
> perbuatannya, sombong dengan perkataannya..." An-Nisa':36
>
> "...And not equal are the blind and those who see, nor are equal
those who
> believe, and do righteous good deeds, and those who do evil. Little
do you
> remember!..." Quran(24:58)
>
>
>
>
> `...s'dalam2 lautan, dalam lagi hati seorang wanita...' di sebalik
> ungkapan 'takde apa-apa', s'benarnya t'singkap beribu rahsia.
selamilah
> hati mereka...hati seorang perempuan/ibu/isteri/teman sejati...
>


__________________
certeds


Senior

Status: Offline
Posts: 408
Date:

terima kasih atas penerangan...

__________________
MOHD RASHIDI AHMAD "SIMPANG/// SEREMBAN"


Veteran

Status: Offline
Posts: 82
Date:

tarikan seorang wanita bergelar IBU...


thanks for infomation...



__________________
Kalo nak idup, buatlah yg terbaik...


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Perempuan pertama yg wajib dicintai,disayangi,di kasihi dan di limpahkan kesenangan adalah ibu kita........berapa ramai dari kita yg beri hadiah time hari jadi emak kita...kalau hari jadi awek......mesti tak lupakan beri hadiah........fikir2kanlah....

__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Senior

Status: Offline
Posts: 408
Date:

jasa ibu tidak terbalas dengan wang ringgit....

__________________
MOHD RASHIDI AHMAD "SIMPANG/// SEREMBAN"


Senior

Status: Offline
Posts: 171
Date:

mother ADALH segala2 YE...



__________________
HONEYBEE


Veteran

Status: Offline
Posts: 94
Date:

syurga dibawah tapak kaki ibu....

__________________
stella


Veteran

Status: Offline
Posts: 85
Date:

sedihnye...saya rasa nak mintak ampun banyak2 kat mak saya lepas nie.pesan saya,sesiapa yg ibunya masih hidup tu jagalah hatinya..sesiapa saja akan menyesal seumur hidup jika ibunya pergi tanpa memaafkan dosanya.yg sudah kehilangan mak tu..doakanlah mereka..

AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR///

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

stella wrote:


syurga dibawah tapak kaki ibu....

Betul kata kata Saudari Stella itu. Jangan sekali kali melukakan seorang IBU.

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 46
Date:

kasihnya ibu......


membawa ke syurga....




__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 70
Date:

Pergh!inilah msg yang amat menusuk kalbu untuk saya...Thanks Saudaraku...



__________________
ZUL...BLACK T.S ///TUNTUT SUMPAH
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard