Hidup ini penuh dengan kekalutan..penuh dengan kekecewaan..Takdirkah yang perlu dipersalahkan? Atau kerakusan manusia yg menjadi dalang? Seringkali aku bertanya, kenapa semua ini berlaku?..dan setiap kali itulah jugak aku kecewa, hampa!!. Kisah hidupku bermula di sebuah pub terkenal di ibu kota. Aku ditempatkan di suatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong..yaaaa..aku masih ingat nama itu..dialah yg memiliki kami..
Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe, Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong..apa yg aku ingat..setelah itu Joe menghampiri dan membawa aku pergi.. aku resah meninggalkan kawan-kawan yang lain. Mereka hanya mampu melemparkan pandangan sayu penuh simpati padaku dan jugak pada diri mereka sendiri..kerna mereka sedar, mereka juga bakal menerima nasib yang sama.
Joe membawa aku berjalan2 menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang..sungguh indah pemandangan bandaraya ini..alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan..tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa..
Tiba-tiba Joe berhenti..melabuhkan punggung sambil tersenyum, menyeringai seolah-oleh ada sesuatu yg sedang mengeletek nafsunya..perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku..dilurut-lurutnya berkali-kali..aku rimas diperlakukan sebegini, namun apakan daya..sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku.
Joe semakin rakus..aku dikucupnya berkali-kali..terasa sekujur tubuhku membahang..menjalar hingga ke bahagian puting...uhhh!! TIDAK!!!! Raungan itu hanya mampu berkumandang di benakku..tubuhku semakin longlai dikerjakan Joe. Sampainya hatimu Joe..engkau manusia berhati binatang!!!syaitan!!! bertopengkan manusia..
Joe menghela nafas panjang..bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku..apakah dia sudah sedar akan perbuatannya??apakah dia kini menyesal?..Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis.. Suasana sepi seketika..Joe senyap tanpa sebarang bicara..entah berapa kali jam di tangan direnunginya... Sayup? kedengaran beberapa suara..seakan menghapiri kami..Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu..Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu..renungan yg dipenuhi nafsu serakah..
Joe memperkenalkan aku pada nya..Roy, begitu jugak dengan yg lain-lain...Jack, Poie dan si gemuk itu..Agi. Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dan tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara terkutuk tadi dilakukan lagi, dari tangan ke tangan aku berpindah, aku dikucup..diisap..diramas sepuas-puasnya Aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya..seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu.
Tubuhku dikecap mereka sepuas hati..dan akhirnya, setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang!!! maruah hidupku hancur..aku diperlakukan lebih hina daripada seekor anjing..Kenapa manusia begitu kejam?..tidakkah mereka sedar..aku juga punya harga diri??? syaitan itu tak mungkin akan mengerti..Kini..tinggallah aku sendirian..menangis..merintih mengenangkan nasib hidupku.Ya..inilah nasib hidupku!!!!!!!!!!
Yang Benar, SEPUNTUNG ROKOK
p/s: Rokok lah .... abih korang pikir apa huh? :) Kusyuk nampak membaca....hehehhehe. "
Ada sebuah hadis Rasulullah S.A.W. yang diceritakan oleh Muaz bin Jabal, bermaksud, �Sesungguhnya Allah menghiasi Islam dengan budi pekerti yang mulia dan amal perbuatan yang baik terpuji.� Para ulama telah menyenaraikan ciri budi pekerti dan amal perbuatan terpuji Rasulullah S.A.W. itu antaranya..
1. Memberi salam kepada sesama Islam. 2. Pergaulan yang baik dalam hidup bermasyarakat 3. Menghormati orang Iain. 4. Berbudi bahasa dan bersopan santun. 5. Berbuat kebajikan kepada sesama manusia. 6. Selalu memberi sedekah makanan dan minuman 7. Menziarahi orang yang sakit. 8. Menziarah dan mengiring jenazah ke perkuburan 9. Berbuat baik dan kebajikan dengan semua jiran tetangga, tanpa mengira agama atau bangsa. 10. Menghormati orang yang lebih tua. 11. Mengasihani kanak-kanak. 12. Menerirna jemputan dari sesiapa jua dan mendoakannya. 13. Menahan marah dan memaafkan seseorang yang bersalah dengan hati terbuka atau berlapang dada. 14. Mendamaikan orang yang bertelingkah. 15. Tabiat bermurah hati - sentiasa memberi. 16. Meninggalkan segala larangan agama. 17. Meninggalkan cacian atau menghina orang. 18. Tidak bercakap atau bersumpah bohong. 19. Tidak bakhil, lokek atau kikir. 20. Tidak boros atau membelanjakan harta yang tidak kena tempatnya. 21. Tidak menghampakan harapan orang yang meminta pertolongan atau bantuan sama ada dengan akal fikiran atau harta benda. 22. Tidak menipu orang. 23. Tidak mengumpat atau mengata orang di belakang. 24. Tidak mengadu-domba atau melaga-lagakan seorang de-ngan yang lain atau sekumpulan dengan kumpulan yang lain. 25. Tidak memutuskan persaudaraan, persahabatan atau silaturrahim, sama ada ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga atau umat Islam. 26. Tidak berkelakuan jahat dan maksiat. 27. Tidak sombong atau meninggi diri tetapi hendaklah merendah diri. 28. Tidak bermegah-megah atau memuji diri sendiri. 29. Tidak ujub (menghairani) kebaikan diri sendiri. 30. Tidak banyak bercakap, terutama yang sia-sia. 31. Tidak bercakap perkara-perkara yang kotor, lucah dan seumpamanya. 32. Tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang keji, maksiat dan kemungkaran. 33. Tidak melakukan tabiat menyumpah seranah terhadap orang lain. 34. Tidak melakukan hasad atau dengki khianat. 35. Tidak mengkhianati orang lain. 36. Tidak melanggar peraturan dan undang-undang. 37. Tidak menzalimi atau menganiayai orang lain. 38. Hendaklah menepati janji. 39. Hendaklah menunaikan amanat. 40. Belas kasihan terhadap anak yatim. 41. Berkata-kata dengan lunak, jangan meninggikan suara. 42. Baik dan bertekun dalam kerjaya. 43. Hendaklah sedikitkan angan-angan. 44. Hendaklah mempelajari serta mendalami al-Quran. 45. Hendaklah mencintai hari akhirat. 46. Hendaklah merasa gentar dan takut akan ketibaan hari kiamat. 47. Tidak memarahi atau memaki orang yang bijaksana. 48. Tidak mendustakan orang yang benar. 49. Tidak menuruti kemahuan atau perbuatan orang yang berdosa. 50. Tidak menderhakai pemerintah yang adil. 51. Tidak merosakkan tanah. 52. Hendaklah bertaubat pada setiap dosa yang dilakukan. 53. Hendaklah berusaha meneguhkan keimanan dalam jiwa dengan amalan yang salih.
Demikianlah antara contoh sifat Rasulullah S.A.W. dalam usaha mendidik umatnya agar mengamalkan budi pekerti yang luhur. Baginda memberi ceramah atau nasihat terutama kepada mereka yang meminta nasihat dan tunjuk ajar. Daripada senarai ciri budi pekerti yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah S.A.W. seperti di atas, sudah mencukupi untuk menjadi manusia yang baik akhlaknya sekiranya diamalkan.
__________________
SEMOGA FARUM INI DAPAT MENGERATKAN SIROHTULRAHIM DAN BERKONGSI ILMU UNTUK MASA DEPAN
betui................ kalau nak belajar hisap rokok terlalu senang tapi kalau nak berhenti..... ya allah punya lah susah maksud susah tue tak boleh tengok orang hisap rokok dan muntah, batuk dll ..
cry:
__________________
SEMOGA FARUM INI DAPAT MENGERATKAN SIROHTULRAHIM DAN BERKONGSI ILMU UNTUK MASA DEPAN
betui................ kalau nak belajar hisap rokok terlalu senang tapi kalau nak berhenti..... ya allah punya lah susah maksud susah tue tak boleh tengok orang hisap rokok dan muntah, batuk dll .. cry:
A'kum ///
Yup betul cakap saudara ku alam :) belajar isap rokok 2 hari dah boleh kalau nak berenti 2 minggu lom tentu boleh so bagi adik-beradik yg tak merokok jangan lah isap rokok