Sungai dah jadi lonkang.hidupan marin kepupusan dan apa pemimpin kita buat... lagi melonkangkan sungai!
Jangan cakap sungai Klang atau sungai Pinang atau sungai seumpamanya yang dah kronik...tapi banyak lagi sungai yang walaupun tidak di kawasan 'urban' tapi dah tercemar.cemar dek apa?
Soalan bodoh seketika populasi Malaysia yang semakin canggih dan cerdik.so fikir sendirilah jawapannya kerana jawapannya di sekitar kita dan angkara kita jua. TAMAK itulah nampaknya walaupun dah mengaji melangit lantaran perut sendiri,kemewahan dan kesenangan menjadi idaman jangka pendek.satu demi satu sungai sudah tidak berkelah, berlampam, bersebarau, bertengas, berkelisa,berudang galah,berbaung,berlelabi dan banyak lagi sekiranya nak di 'brainstorming'!
So JPS, Jabatan Perikanan,Kerajaan negeri-negeri,PBT,rakyat khususnya...apa nak buat? biar saja ke?biar sampai anak,cucu cicit kita dok makan tilapia dan jadi pelik tengok ikan tempatan. sebagaimana kita tak pernah 'respect' hutan belantara lantaran segala macam khazanahnya kita ceroboh,kita gondolkan...
Semacam itulah jadinya sungai-sungai kita yang puncanya di hutan-hutan tersebut.kaedah penjagaan sungai yang begitu rapuh di minda kita lalu mengakibatkan pelbagai aktiviti keterlaluan seumpamanya 'overfishing','illegal dumping of toxic material in the waterways',penarahan tanah tinggi yang tidak berteraskan EIA,'logging activity' dan banyak lagi sebab yang seolah-olah kerajaan pakat mampus pii la terus berlaku sehinggakan tahapnya cukup kronik.
Dulu datuk nenek kita bila nak makan ikan,sekali dua tebar jala dapat rezeki hanya untuk sehari dua pelauk...tapi la ni kita kalau nampak ikan walaupun sejari saiznya,kita pulun sampai berguni. sesampai di rumah tak sempat siang lantaran ikan-ikan tadi dibuang sebab dah busuk.sikap seumpama ini juga yang menjadi penyebab akan 'kematian' sungai-sungai perlu dibendung dengan kadar segera oleh kita semua walaupun dari berlainan'background' kerana khazanah sungai tak ternilai harganya sekiranya tidak dapat dibaikpulih."
10 tahunlagi tak tau apaa nak jadi. kalau takpeka dari sekarang, macam mana generasi akan datang ????