Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea .... Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya Tapi Jika bersembahyang Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya?..
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi.Untuk sampaikan amalan kita Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit. Dimana setiap penjaga tol,Kroni malaikat juga
Jika sembahyang di awal waktu, Tolnya "free", Sekatan tol tiada, Tiada "jem" Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan
Tapi Jika sembahyang di akhir waktu Tol free juga Tapi sekatannya MasyaAllah?. Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita Kenapa lewat poskan amalan kita Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan
Tetapi? penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka.. Jatuh berderai? Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua
Dilangit kedua, Samalah juga, Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan Merayu lagi kawan kita Tak dipedulinya Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi..
Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan
Dilangit ketiga, La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita Jatuh berderai amalan kita Tak ade nilai?.
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka.. Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tak sembahyang juga
Maka? Bersedialah kita menerima pembalasannya Tak di dunia di akhirat pula Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa
Ish?.
Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampai Dahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nanti
Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai ! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.
tapi andaikata tak sempat nak awal waktu...Ada keringanan...Jangan sebab rasa2 dah lewat langsung takmau solat, lagi salah...
Solat tu hukumnya WAJIB, hang suka ka tak suka ka kena buat...yang terima amalan kita Allah...
Solat awal waktu cantik, pertengahan waktu ada sikit tak cantik, akhir waktu makin kurang cantik, tak solat langsung teruih jadik huduh...
"Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku'"Al-Baqarah 43
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',"Al-Baqarah 45
َ
__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
Surah Al-Anfaal. Ayat 2