Satu ketika dahulu Al-Quran dihina. Dicampakkan ke dalam mangkuk tandas oleh tentera Dajjal USA di Afghanistan. Pengerusi OIC membuat kenyataan media "Kita mengutuk perbuatan tersebut. Kita TIDAK MAMPU BERBUAT APA-APA".
Kini Nabi Muhammad dihina dalam akhbar Dermark. Pengerusi OIC senyap jer. Rupa-rupanya Pengerusi OIC "Oh I See"
isu2 seperti ini memang biasa kite dengar..klau kita lihat umat ISLAM ditindas pn ader ker org nk bantu??..Lg2 klau mslh nabi dihina...Penduduk dunia yg beragama islam seharusnya memikirkan masa depan umat islam,bukannye hanya lihat sahaja...Manakala bagi mereka yg mempunyai bidang kuasa dlm pemerintahan dunia,seharusnya mengambil tindakan susulan selepas perkara ini timbul[bkn nye duduk dan hanya melihat]...
Sebelum berjaya tegakkan Islam, Nabi sendiri bukan setakat di hina... kalau kita cuma tengok kitab kita di sumbat ke lubang najis, di koyak guna kesat buntut... nabi setakat di hina...
tapi nabi kita dulu lain cerita... bukan setakat caci maki, fitnah.. ludah.. malah najis tu di baling ke muka nabi sendiri... tapi baginda tak marah pun. baginda teruskan jugak usha dakwah. adakah kamu orang semua fikir nabi pun setakat OIC jerkkk...???
dalam kamu semua berang... berdemonstrasi merah padam terpekik terlolong... Pak lah seibuk fikirkan macamana nak selamatkan orang Melayu.. orang Islam yg dah tonggang terbalik ni...
aku pulak pandang menda ni lain sikit. Sebelum berjaya tegakkan Islam, Nabi sendiri bukan setakat di hina... kalau kita cuma tengok kitab kita di sumbat ke lubang najis, di koyak guna kesat buntut... nabi setakat di hina... tapi nabi kita dulu lain cerita... bukan setakat caci maki, fitnah.. ludah.. malah najis tu di baling ke muka nabi sendiri... tapi baginda tak marah pun. baginda teruskan jugak usha dakwah. adakah kamu orang semua fikir nabi pun setakat OIC jerkkk...??? dalam kamu semua berang... berdemonstrasi merah padam terpekik terlolong... Pak lah seibuk fikirkan macamana nak selamatkan orang Melayu.. orang Islam yg dah tonggang terbalik ni...
bro kalau just nak jaga org melayu apa guna ko kita jd pengerusi OIC n NAM???
nabi kita dihina bro tak terdetik ker dihati bro perasaan marah???
bro takder perasaan cinta ker terhadap kekasih allah tu???
tp takper laaa diaorg tu org kafir tp lagi teruk org islam kita sendiri yg menghina kekasih allah tu
konon2nya zaman beliau dulu takder pisau pencukur gillet... bg sesetengah org mungkin
benda2 cmni lawak tp bg sy ini adalah satu penghinaan yg sy tak ble terima...
KUALA LUMPUR 4 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa kesal terhadap penyiaran lakaran Nabi Muhammad s.a.w. di dalam sebuah akhbar Denmark yang jelas tidak menghiraukan rasa sensitif umat Islam.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menegaskan, tindakan menyiarkan lakaran itu jelas menggambarkan sikap buruk yang keterlaluan dan menghina agama Islam memandangkan penyiaran sebarang imej mengenai Nabi Muhammad dilarang oleh Islam.
``Apa yang amat dikesalkan ialah tindakan akhbar-akhbar di Norway, Perancis, Jerman, Belgium, Itali dan Sepanyol menerbitkan semula lakaran itu ketika seluruh dunia menentang penerbitan lakaran tersebut.
``Ini jelas merupakan tindakan untuk mencetuskan provokasi dan akhbar terbabit harus berhenti menerbitkan lakaran tersebut,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Akhbar Jyllands-Posten pada 30 September lalu menerbitkan 12 kartun termasuk lakaran menggambarkan Nabi Muhammad memakai serban berbentuk bom.
Tindakan itu membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia termasuk dua pertubuhan terbesar Islam, OIC dan Liga Arab yang menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan resolusi melarang serangan ke atas kepercayaan agama.
Perdana Menteri bagaimanapun meminta rakyat negara ini agar bertenang dan bersikap lebih rasional.
``Biarkan mereka yang bertanggungjawab melakukan penghinaan itu melihat kesan daripada kesilapan yang mereka lakukan dan membetulkan keadaan tersebut,'' katanya.
p/s: sabar itu separuh dari iman..PM kita tak lari dari tanggungjawabnya.......
__________________
Terus Berjuang Hingga Ke Titisan Darah Terakhir....Insya Allah
biar allah yg kasi balasan kat orang yg buat benda tue...
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
HATI siapa yang siap menerima orang dicintai dihina. Darah siapa yang tak akan mendidih jika sang kekasih pujaan hati dihina didepan umum. Orang waras tentu tak akan menerimanya. Tapi penghinaan tidak elok dibalas dengan penghinaan. Bagi umat Islam, Muhammad bin Abdullah bukan hanya nabi. Dia adalah uswatun hasanah, suri tauladan, tambatan cinta kasih.
Mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya menjadi pendidikan awal yang dianjurkan diajarkan bagi setiap pribadi umat Islam. Mencintai Allah dan Rasul-Nya harus ditempatkan di atas cinta kepada keluarga. Bukan sesuatu yang dibuat-buat jika umat Islam berang menanggapi pemuatan karikatur Nabi Muhammad di media terbesar di Denmark.
Sikap ini dinilai penghinaan terhadap sang kekasih. Bagi guru besar ilmu Tafsir Universitas Islam Negeri (UIN) Alauddin Makassar, Prof Dr Abd Muin Salim, pemuatan karikatur Nabi Muhammad SAW di media terbesar Denmark itu salah satu bentuk ujian bagi kecintaan umat Islam terhadap Nabi Muhammad.
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
Apa yang memberi pengajaran ialah pemimpin yang dikatakan memperjuangkan ISLAM masa akhir zaman ini hanya mampu membuat kenyataan media. Setelah membuat kenyataan media, rakyat pun (pendokong nasionalis) berbangga dengan tanggungjawab pemimpin. kalau setakat membuat kenyataan media, budak tadika pon boleh. :)
barang sesiapa yang melihat kemungkaran,maka tegahlah ia dengan tangan,jika tidak mampu,tegahlah ia dengan lidah(perkataan),jika tidak mampu,tegahlah ia dengan hati hati,dan itulah selemah2 iman
dalam hal ini...pemikiran secara rasional perlu kita ambil...dan bukan emosional..marah memang marah..cukup marah...tapi kita ada cara yang terhormat dan mengikut landas2 yang telah diberikan kepada kita untuk bersuara...apabila kita bersuara..kita menunjukkan "stand" kita...
waktu Tun Mahathir dulu..dia cakap direct dengan Bush waktu kat China, dia tak suka US serang Iraq, dan pada ketika itu banyak stesen televisyen ada di situ...kita bersuara..kita tunjukkan rasa tak puas hati kita..tapi kita kena ingat kemampuan kita..janganlah kerana langkah drastik yg kita ambil kerana emosi nyawa rakyat kita akan diancam....
sama2lah kita fikirkan...jika salah betulkan saya...
saya budak baru belajar....
__________________
Terus Berjuang Hingga Ke Titisan Darah Terakhir....Insya Allah
Kerana itu saya membuat topik Bodohnya Melayu. (maafkan saya). Kerana pemikiran bangsa Melayu ditutupi oleh tempurung media. Bangsa Melayu tidak mengetahui bahawa indeks kebebasan media di negara kita antara yang tecorot sekali. Itu belum indek rasuah, indek kdnk, indek demokrasi. (yang Melayu tahu indek bola sepak FIFA Malaysia, indek squash negara)
Jika saya mengatakan bahawa Tun Mahathir memberi persetujuan US menyerang Iraq melalui panggilan telefon, pasti ramai yang terkejut (ketika perang teluk dahulu). Sebab peristiwa ini di luar tempurung. Hanya pelajar Melayu di luar negara sahaja yang berdemontrasi, mengutuk peristiwa ini. (terutama pelajar Al-Azhar)
Benarlah kata ALLAH. Setiap peristiwa itu hanya diambil iktibar oleh mereka yang mahu berfikir. ALLAH telah memberi tahu, bahawa di akhir zaman, umat Islam amat teruk, hina, ditindas. Nabi mengatakan ianya seperti buih. Banyak sahaja lebih. Tapi mengikuti arus laut. Sebab itu ALLAH menjanjikan IMAM MAHADI.
Mengapa Imam Mahadi? Imam adalah pemimpin. Ini bermakna seluruh dunia Islam di akhir zaman mempunyai pemimpin yang fasik. Penyebab kepada keruntuhan, kehinaan yang dilalui kita. Hinggakan ALLAH menghantar Imam Mahadi. Tetapi Melayu tetap tidak mampu berfikir. Masih memperjuangkan pemimpin-pemimpin fasik sekular dan kebangsaan. Sedangkan ALLAH telah memberitahu. Nabi juga sudah memberi gambaran.
Untuk yang mahu berfikir, cuba perhatikan sunnah (rentetan peristiwa / hukum alam ) ini. Sejak penciptaan Adam, pejuang agama ALLAH akan ditentang oleh manusia. Manusia yang menentang itu kuat dari pejuang agama ALLAH ketika itu. Lihat Namrud, kaum Lud, Firaun (sekadar beberapa contoh). Sehingga ke akhir zaman ini. Di seluruh dunia, media dikuasai oleh sekular. Kuasa dunia dipegang oleh sekular. Pelbagai penindasan dilakukan demi survival kuasa dunia sekular. Ditutupi, ditimbusi oleh media sekular.
Kecilkan skop. Dalam negara kita, sekular memerintah negara. Media tunggangan pemerintah. Jika ada yang diberi permit pun Harakah. Itu pun disekat dari 4 kali sebulan (dahulu) menjadi 2 kali sebulan (kini). Pengasas akhbar Watan yang berpaling dan melaporkan yang hak, dipenjarakan bawah ISA selama 2 tahun. Peliknya majalah hiburan berbau lucah tidak disekat. System perundangan, kovensional sekular. Baru wartakan undang-undang keluarga Islam, kecoh dan ditentang. Bukan orang lain, orang Melayu sendiri. Pemimpin pula tu.
Tetapi bagaimanapun dakwah yang dilakukan, hidayah itu bukan hak pendakwah. Cuma kewajipan pendakwah itu sahaja yang dituntut. Amar maaruf, nahi mungkar? Wallahualam.
oooo apa yg mampu kita buat ialah dok diam jer laaa PAStu kluakan kenyataan dlm negara sendiri kata kita sgt kesal ngan apa yg media2 barat tu buat.. PAStu paper dlm negara kita sendiri plak buat hall PAStu kita marah jer kat paper tu PAStu habis laaa takder tindakan apa2 pun???
kita semua ni pejuang bukan???kita perjuangkan apa???kita perjuangkan bangsa ka AGAMA???
p/smana sora kita???mana sora kita???mana sora kita???
sampai tahap mana perjuangan kita ni???sehingga KEKASIH ALLAH itu boleh dihina sebegitu rupa
apa kita buat???mana dia kenyataan keras pimpinan kita???nak berlembut lagi???kita negara
ISLAM yg tak tunjuk pun kemarahan kita dlm isu nih... sekurang2nya kita buat laaaa rapat
umum utk menunjukkan yg kita juga bersama2 umat islam sedunia membantah&marah dgn isu
nih. bukannya sekadar melepas batuk ditangga...
kita adalah pengerusi OIC tp lemah selemah2nya... sekurang kurangnya buatlaaaaa kenyataan
kerasss kpd dunia dan mengajak semua negara2 islam memboikot brgan negara2 berkenaan...
p/s-tp itu lah kenyataannya pimpinan kita... aku syorkan pertubuhan2 NGO(yg mengaku
memperjuangkan ISLAM) buat rapat umum utk menunjukkan kemarahan kita..
Pekida Malaysia Bantah Keras Sarawak Tribune menyiarkan karikatur Nabi Muhammad
Sesiapa saja dari kalangan rakyat Malaysia, atas alasan apa sekalipun, mereka tidak boleh dibenarkan dan tidak boleh dimaafkan apabila melakukan penghinaan yang jelas terang terangan menyinggung perasaan umat Islam di dunia ini. Apatah lagi setelah ianya jelas menjadi bahan bualan dan bantahan umat Islam sedunia sedangkan di Malaysia ianya dilakukan oleh seorang yang seharusnya berilmu serta arif dan sensitif terhadap bahan berita yang disiarkan.
Adalah mustahil dan tidak dapat di terima akal sama sekali bagi seorang pengarang memberikan alasan TERLEPAS PANDANG dan dengan begitu mudah meminta maaf dan meletakkan jawatan. Ini kerana tidak mustahil jika penyiaran itu dibuat secara terancang dan mempunyai agenda tersembunyi atau didalangi oleh pihak-pihak tertentu.
MARUAH umat Islam dan perlembagaan negara ini yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara adalah terlalu murah jika dibandingkan dengan satu jawatan seorang pengarang atau dibandingkan dengan lesen penyiaran sebuah akhbar seperti Sarawak Tribune.
PEKIDA MALAYSIA tidak sekadar memandang perkara ini sebagai satu kesilapan penyiaran secara umum, bahkan melihat ianya sebagai satu provokasi melampau yang dilakukan SECARA SENGAJA dan terang-terangan oleh JYLLANDS POSTEN (sebuah ahbar di DENMARK ). Apakah lagi tujuan sebenar, jika tidak atas niat untuk menghina dan bermusuh dengan umat dan negara Islam apabila mereka dengan sengaja mengambil tajuk pertandingan melukis dari contoh seorang Nabi yang tidak ada kene mengena dengan agama mereka.
Yang amat menyedihkan kita ialah apabila YAB Perdana Menteri yang juga sebagai pengerusi OIC telah membuat kenyataan, bantahan dan kecaman yang bukan bersifat peribadi, bukan saja mewakili negara Malaysia, bahkan mewakili kesatuan negara-negara Islam sedunia itu dikhianati oleh rakyat negaranya sendiri, yang seharusnya memainkan peranan mengutuk Denmark dan negara-negara barat dan Eropah yang turut berebut-rebut menyiarkan penghinaan itu demi untuk membantu menyejukkan hati umat Islam didunia.
Oleh yang demikian, PEKIDA MALAYSIA menyokong tindakan YB Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, YB Dato Noh Bin Hj Omar dan menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan sekeras kerasnya terhadap Akhbar Sarawak Tribune amnya dan pengarang akhbar itu, Lester, 41 khasnya yang telah melepaskan jawatannya berikutan siasatan dalaman mendapati beliau bertanggungjawab dalam penyiaran semula bahan itu.
Sementara itu, Pekida menyeru umat Islam di negara ini untuk kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah agar imej umat Islam tidak tercemar dan sengaja dicemari oleh ancaman negara barat yang jelas menunjukkan cabaran secara berdepan terhadap kredibiliti umat Islam sedunia melalui insiden ini dan pelbagai peristiwa yang amat menghinakan umat Islam keseluruhannya sejak akhir akhir ini.
Harus disedari bahawa mereka-mereka yang memusuhi Islam itu, walaupun mempunyai pendapat berbeza di kalangan mereka dan menganuti agama yang berlainan, namun dalam urusan serangan terhadap umat Islam jelas mereka bersatu hati. Kajian mendalam dan usaha gigih yang bersungguh-sungguh secara bersepadu harus kita lakukan untuk mencari jalan agar mereka tidak berjaya memporak perandakan kita, bahkan tidak berpeluang sama sekali untuk melabelkan kita sebagai pengganas apabila kita bertindakbalas melawan mereka.
Harus diingat bahawa masih banyak kelemahan yang harus diperbaiki dalam membangunkan semula tamadun dan kegagahan Islam yang semakin hilang ke taraf global. Umat Islam kini berpecah belah, hidup terpinggir dan kebanyakkan dalam keadaan miskin dan tertekan. Negara-negara Islam yang kaya pula semakin alpa dan leka dengan kekayaannya, melupakan negara dan rakyat yang susah, melupakan zakat dan lebih percayakan bank-bank dan syarikat-syarikat Barat dalam urusan penyimpanan wang dan pengurusan perniagaan mereka. Akibatnya mereka menjadi umat yang seolah-olah dicucuk hidung dan kehilangan taringnya walaupun simpanan wang mereka tidak terkira banyaknya.
Alquran yang seharus nya dihafal, difahami dan dipraktikkan secara menyeluruh oleh umat Islam telah rata-rata diabaikan. Amat jelas saranan Allah yang menyatakan alQuran yang sebenar itu bertempat di dada umat Islam (AQ surah 29, al-ankabut ayat 49), agar kita yang seharusnya mengikut langkah pembangunan Islam menggunakan kaedah al-Quran benar benar dapat melaksanakannya sehingga dapat membuatkan orang bukan Islam malu dan hormat.
Penghinaan Barat terhadap umat dan negara Islam, sehingga mereka berani membuat laman web khas untuk menghina kitab suci itu, bahkan turut menghina Perdana Menteri dan negara Malaysia hingga berjaya menyemarakkan kemurkaan seluruh umat Islam kini ialah kerana mereka nampak yang umat Islam kini telah tidak berpedoman lagi dalam tindak tanduk harian mereka. Umat Islam jelas memperlihatkan kelemahan dan kejahilan tentang kitab suci dan agama Islam itu sendiri sehingga meletakkan fizikal kitab (kertas buku) itu sebagai magik dan sakti. Kita lupa di sebalik firman Allah yang meminta kita memasukkan bacaan sebenar (AQ surah 2, al-baqarah ayat 121) kitab itu di dada, Allah juga turut berfirman bahawa al-quran itu bukanlah dari lembaran-lembaran kertas yang boleh kita anggap mempunyai kuasa sakti (Alquran surah 6, al-An’am ayat 7 & 91 dan surah 69, al-Haqqah ayat 41 & 42). Pasti akan menjadi satu kelebihan dan kelainan halatuju urusan agama ini apabila ilmu alQuran itu telah memenuhi dada-dada umat Islam dan kita telah sama-sama memahami kehendaknya dengan sungguh-sungguh dan sama-sama melaksanakannya.
Akhirnya PEKIDA MALAYSIA ingin mengajak umat Islam negara ini menyerahkan kepada kebijaksanaan Agensi Penguatkuasa melalui Kementerian Keselamatan dalam negeri untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap pengarang dan akhbar Sarawak Tribune. Jika sekadar surat tunjuk sebab saja, ianya boleh direka-reka. Pengarang terbabit seharusnya dikuarantin di ISAuntuk dibersihkan segala perasaan hasad dengki dalam hatinya terhadap umat Islam atau didakwa di mahkamah dan didenda secara maksima atau penjara mandatori. Akhbar tersebut juga harus sanggup menerima hukuman penggantungan selama yang mungkin atau dibatalkan terus lesen penyiarannya atas kesalahan tersebut.
Janganlah hendaknya umat Islam negara ini membuang masa, tenaga dan wang ringgit sekadar berdemonstrasi dan menunjukkan reaksi ganas, kerana itu akan hanya membuatkan negara menjadi tidak setabil dan mereka yang sengaja membuat hasad dan dengki merasa sukahati dan bertepuk tangan kerana merasakan agenda mereka mencapai matlamatnya. Marilah kita susun umat ini untuk kembali merapatkan diri dengan kitab yang dihina itu agar masing-masing tahu bagaimana membawa diri dan berusaha membangunkan semula Islam ke persada dunia untuk menjadi agama yang cemerlang, gemilang dan terbilang sesuai dengan kehendak Allah agar Islam menjadi khalifah (pemimpin) dunia.
Teks ini turut kami emailkan untuk memudahkan urusan menaip.
Tersenyum hamba membaca kenyataan media ini. Jika akhbar tempatan, bukan main garang lagi. Tunjuk taring. Masalahnya yang memulakannya akhbar Dermark. Disokong dan dilindungi oleh kerajaan Dermark. Tapi apa tindakan kita? Kenyataan media pun berunsur bacul. Jangan hanya jaguh kampung.
Tetapi apa yang lebih merisaukan Sarawak Tribune ini dijadikan kambing hitam bagi mengalihkan perhatian orang Melayu (orang Islam sukar ditipu) akan isu kelembikan kebaculan tindakan Pengerusi OIC.
Satu ketika dahulu Al-Quran dihina. Dicampakkan ke dalam mangkuk tandas oleh tentera Dajjal USA di Afghanistan. Pengerusi OIC membuat kenyataan media "Kita mengutuk perbuatan tersebut. Kita TIDAK MAMPU BERBUAT APA-APA". Kini Nabi Muhammad dihina dalam akhbar Dermark. Pengerusi OIC senyap jer. Rupa-rupanya Pengerusi OIC "Oh I See".
kalau dajjal sudah tentu akan buat quran macam tu... masalahnya yang islam pulak pakai quran buat tangkal ni macam mana??? sedangkan fungsinya...
surah 3:138 (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.
surah 10:57 Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
renungkan "KITA TIDAK MAMPU BERBUAT APA-APA"... betul ke tidak kenyataan itu... dimana kekuatan kita??? baca quran pun tak faham macam mana nak tegakkan ISLAM...
Hmm.........kadang2 ada pihak yg suka menyerang membabi buta tanpa tunggu sehari dua....dalam hal ini kesabaran itu penting............anda pernah dengar kata2 berfikir sebelum bertindak...........itulah yg sedang dilakukan pihak pemerintah kita....setiap tindakan kena kaji kesannya.............ok..nampaknya akhbar Sarawak Tribune telah digantung permitnya..dan Pemuda UMNO sedang mengumpulkan rakyat utk berdemonstrasi secara aman..nak maklumat lanjut rujuk www.pemudaumno.org.my .......UMNO sedang bergerak sebagai protes.......dan saya berkeyakinan PAS juga berbuat hal yg sama kan..Alhamdullilah.....
Aduka..bawak bertenang boleh tak???..........jgn laju sangat...ya anda akan kata kita ni lembap dan tak bersungguh-sungguh..tapi tidakkah lebih baik mengkaji pelan tindakan lanjut.....sudah berapa lama kita Islam dihina???sejak zaman berzaman......Alhamdulillah...kita dikurniakan kekuatan utk bersabar.....memang kes ini memang ditahap MELAMPAU........menghina junjungan besar S.A.W........dan kita tak akan dibiarkan..kita akan bertindak..........bagaimana...dgn penuh sistematik dan kesabaran...biar perlahan jangan tak gerak lansung....
Sekurang2nya ada juga tindakan melalui saluran yang sah.
AdukaTaruna, nak tanya sikit, apa tindakan yang telah anda lakukan menangani hal ini? Tolong kemukakan. Nak gak tau kan, sebab cakap berapi2. Paling kurang pun agaknya AndukaTaruna serang pemimpin Denmark marahkan pasal hal ni ker?
Jangan cakap je lebih. Lepas tu pandai kritik jer. Baik diam.
Tontoyo : kalau dajjal sudah tentu akan buat quran macam tu... masalahnya yang islam pulak pakai quran buat tangkal ni macam mana??? sedangkan fungsinya...
AdukaTaruna : Bagaimana dengan pemerintahan sekarang yang mencampakkan undang-undang ALLAH dibelakang punggung mereka (tidak mahu menggunakan hokum ALLAH)? Mereka kan mengaku Islam. Kalau Dajjal tu logic juga. Tapi yang pemimpin Islam ini? :)
Tontoyo : renungkan "KITA TIDAK MAMPU BERBUAT APA-APA"... betul ke tidak kenyataan itu... dimana kekuatan kita??? baca quran pun tak faham macam mana nak tegakkan ISLAM...
AdukaTaruna : Bukan ini gambaran Nabi, umat Islam ibarat buih akibat pemimpin yang dipilih mereka umpama keledak yang mendap? Sehingga ALLAH mengutus Imam Mahadi? Setiap mukmin akan dibangkitkan dengan pemimpin yang dipilih mereka. Akan disoal apa yang dipimpin apa yang dikerjakan mereka.
Sang Simba : ok..nampaknya akhbar Sarawak Tribune telah digantung permitnya
AdukaTaruna : Alhamdulillah. Tetapi jangan ini dijadikan kambing hitam bagi mengalihkan perhatian Melayu yang dibawah tempurung ini. Akhbar kecil daerah Sarawak. Takkan mereka tidak terfikir betapa buruknya akibat menyiarkan gambar itu semula. :)
Sang Simba : Pemuda UMNO sedang mengumpulkan rakyat utk berdemonstrasi secara aman..nak maklumat lanjut rujuk www.pemudaumno.org.my .......UMNO sedang bergerak sebagai protes.......dan saya berkeyakinan PAS juga berbuat hal yg sama kan..Alhamdullilah.....
AdukaTaruna : Alhamdulillah. Ini yang kita mahu. Walau tidak berapa berkesan. Sebelum ini berapa banyak perhimpunan aman PAS yang dihuru-harakan FRU dan polis. Kita menuntut Malaysia jika tidak OIC membekukan barangan Denmark untuk seketika. Ini sepatutnya UMNO lakukan. Kerana mereka memegang amanah ALLAH. Rakyat Melayu telah memilih mereka. Mengapa? Adakah kerana kilang arak Carsberg di Shah Alam kepunyaan Dermark itu lebih berkuasa dari pemerintahan akhir zaman ini?
Umat Islam diseru menyertai perarakan aman pada hari Jumaat 10 Februari 2006 selepas solat Jumaat bagi membantah penyiaran kartun-kartun yang menghina junjungan kita Nabi Muhammad saw di akhbar-akhbar Eropah termasuk akhbar tempatan Sarawak Tribune yang telah menyiarkan kartun tersebut.
Perarakan akan bermula selepas solat Jumaat bermula dari Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur hinggalah ke perkarangan kedutaan di Wisma Denmark.
Umat Islam juga diseru mengadakan perarakan dan perhimpunan dengan aman. Umat Islam yang menyertai perarakan ini dilarang bertindak ganas, membakar bendera serta patung, mengeluarkan kata-kata keji dan penghinaan. Pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang bertindak ganas.
Umat Islam diseru berarak dengan sopan dalam kumpulan, mengikut arahan petugas trafik. Menyediakan sepanduk yang menyeru agar akhbar-akhbar yang telah menyiarkan kartun-kartun tersebut meminta maaf, serta menyeru kerajaan yang terlibat agar mengambil tindakan ke atas akhbar-akhbar yang terlibat. Umat Islam juga disarankan mengadakan sepanduk yang memuji sifat-sifat Nabi Muhammad saw.
Semoga perarakan aman yang ditunjukkan oleh umat Islam di Malaysia ini akan menjadi contoh kepada umat Islam di seluruh dunia.
Justeru itu semua umat Islam di Malaysia disarankan menyertai perarakan ini, termasuk parti-parti politik UMNO, PAS, NGO-NGO , ABIM, JIM, PERKIM, Jawatankuasa Masjid dan lain-lain.
AdukaTaruna : Bagaimana dengan pemerintahan sekarang yang mencampakkan undang-undang ALLAH dibelakang punggung mereka (tidak mahu menggunakan hokum ALLAH)? Mereka kan mengaku Islam. Kalau Dajjal tu logic juga. Tapi yang pemimpin Islam ini? :)
tontoyo: pemerintahan sekarang? setahu saya islam dibumi malaysia ni hancur bila melaka dijajah dan kejatuhan kekhalifahan uthmaniah telah menjadi satu titik petanda... hukum allah telah lama (senantiasa) dipijak-pijak dan jatuh bangun islam telah menjadi satu putaran (sunnahtullah)... hukum allah dipijak, dicampak oleh pelbagai golongan samada dari golongan bersongkok, bertopi mahupun yang berserban... kesedaran saja yang tak ada...
AdukaTaruna : Bukan ini gambaran Nabi, umat Islam ibarat buih akibat pemimpin yang dipilih mereka umpama keledak yang mendap? Sehingga ALLAH mengutus Imam Mahadi? Setiap mukmin akan dibangkitkan dengan pemimpin yang dipilih mereka. Akan disoal apa yang dipimpin apa yang dikerjakan mereka.
tontoyo: cerita la tentang imam mahadi... dia pun akan jadi calun pilihanraya ke???
tontoyo: pemerintahan sekarang? setahu saya islam dibumi malaysia ni hancur bila melaka dijajah dan kejatuhan kekhalifahan uthmaniah telah menjadi satu titik petanda... hukum allah telah lama (senantiasa) dipijak-pijak dan jatuh bangun islam telah menjadi satu putaran (sunnahtullah)... hukum allah dipijak, dicampak oleh pelbagai golongan samada dari golongan bersongkok, bertopi mahupun yang berserban... kesedaran saja yang tak ada...
AdukaTaruna : Baguslah jika mengetahuinya. Kerana itu kita perlu menjadi Chek & Balance kepada pemerintahan yang ada. Tegur menegur. Berkasih sayang. Walau dia Perdana Menteri sekalipun, atau Pengerusi OIC sekali pun. Perlu ada Chek & Balance. Berkenaan Imam Mahadi, harap saudara rujuk pada hadis dahulu. Insyaalah hamba akan ceritakan jika bab ini selesai. Perlu berdakwah ikut step. Al-Quran pun turun berperingkat. Saudara pun boleh bantu hamba dalam berdakwah. Maklumlah hamba pun manusia juga kan. :)
AdukaTaruna : Baguslah jika mengetahuinya. Kerana itu kita perlu menjadi Chek & Balance kepada pemerintahan yang ada. Tegur menegur. Berkasih sayang. Walau dia Perdana Menteri sekalipun, atau Pengerusi OIC sekali pun. Perlu ada Chek & Balance. Berkenaan Imam Mahadi, harap saudara rujuk pada hadis dahulu. Insyaalah hamba akan ceritakan jika bab ini selesai. Perlu berdakwah ikut step. Al-Quran pun turun berperingkat. Saudara pun boleh bantu hamba dalam berdakwah. Maklumlah hamba pun manusia juga kan. :)
niat yang baik... kerja yang baik... diperbuat dengan baik... memberikan hasil yang sempurna...
Apa yang memberi pengajaran ialah pemimpin yang dikatakan memperjuangkan ISLAM masa akhir zaman ini hanya mampu membuat kenyataan media. Setelah membuat kenyataan media, rakyat pun (pendokong nasionalis) berbangga dengan tanggungjawab pemimpin. kalau setakat membuat kenyataan media, budak tadika pon boleh. :)
Akom....
Amboi sedapnye bahasa...... abg ooooi kalu pandai sangat pi la masuk politik dan kalu ada jodoh bole jadi pemimpin...
Org kat atas sibok nak pikir jln terbaik utk ambik tindakan korang lak yang lebih-lebih....memanglah semua org islam marah dgn isu ni...tapi allah bekalkan kita akal untuk berpikir dan itulah yang diusahakan oleh pemimpin kita,jangan lak orang yang benci islam senyum akan pertelingkahan kita ni......
Umat Islam di SELURUH DUNIA tidak bersatu. HATTA DI BAITULLAH pun nak utamakan diri sendiri. SETIAP DIRI UMAT ISLAM MESTI BERUBAH, BERSATU DAN TIDAK TERPADAYA SAMA SEKALI DENGAN DAKYAH JAHAT BEDABAH YAHUDI DAN NASRANI ERA MUTAKHIR!