Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Surat untuk totok Melayu


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:
Surat untuk totok Melayu


Tahukah anda di negara kita, Islam berkembang dengan perlahan berbanding dengan negara-negara lain. Ini kerana penganut lain memandang masuk Islam adalah masuk Melayu. Melayu pula digambarkan sebagai bangsa tidak menepati janji (janji Melayu), juara kes sosial (dadah, rogol), jumud, ketinggalan, tidak mampu bersaing dan segala sikap Melayu kuno. Berikut adalah surat dari saudara Islam kita Muslim Cina untuk saudaranya, Melayu.


"Marilah kita perbetulkan tanggapan salah selama ini dalam beberapa hal supaya orang bukan Islam lebih berminat untuk mendekati dan memeluk agama Islam yang kita cintai.

Baru-baru ini saya sempat bertukar-tukar pandangan dengan Imam di mesjid Hui Sheng di Guang Ta Lu Guangzhou dan kawan-kawan sejemaah mengenai perkembangan dakwah di China. Inilah antara kegiatan yang dapat saya isi selama berada di sini, berusaha berada di mesjid pada tiap malam untuk berjemaah, dan bergaul dengan masyarakat Islam setempat.

Saya sependapat dengan seorang aktivis Parti Keadilan Sejahtera(PKS) Indonesia, Ustaz Fattahuddin yang sempat saya kenali semasa di berkunjung ke rumah PUPUK NIlai Murni Bhd. Kelantan. Katanya kalau dulu dikatakan sahabat nabi datang berdakwah , di sana juga pasti ada kaitan dengan perdangangannya. Begitulah kami yang datang ke China untuk mengusahakan perniagaan masing-masing , pastinya tidak boleh terlepas dari serampang dua mata ini. Dakwah dan bisnes.katanya, sia-sialah kalau kita datang ke sini hanya untuk bisnes semata-mata sedangkan peluang dakwah terbuka luas.Dalam konteks yang paling mudah ialah dakwah pada diri sendiri, cari dan makan makanan yang betul-betul halal, tampilkan akhlak Islam sejati agar jadi dakwah bil hal kepada yang bukan Islam, dan banyak lagi yang dapat dilakukan.

Mesjid juga menjadi medan pertemuan dengan saudara se Islam dari seluruh dunia, mereka akan berkunjung ke Mesjid Hui Sheng sebagai tempat kunjungan utama dalam agenda lawatan ke Guangzhou. Apa tidaknya kerana mesjid ini di kaitankan dengan sahabat Rasulullah Saad bin Abi Waqas yang dikatakan datang berdakwah di sini, buktinya adalah Mesjid di Guang Ta Lu yang di dakwa berumur sekitar 1400 tahun dan kubur Saad yang terletak tidak berapa jauh dari mesjid bersejarah ini.kedua-duanya menjadi kunjungan utama mereka.

Tidak ketinggalan saya bertemu dengan pelancung dari Malaysia yang datang secara individu atau berkumpulan. Duli Yang maha Mulia Sultan Kelantan dan Raja Perempuan Kelantan serta rombongan telah berkunjung ke Mesjid ini . Begitu Juga YAB Dato Taun Guru Menteri Besar Kelantan juga telah berkunjung ke Mesjid ini.

Antara topik perbincangan yang saya perkatakan ialah mengenai orang berbangsa Han yang menjadi majoriti penduduk di China, sekiranya mereka masuk Islam anggapan ahli keluarga mereka hanya tidak lebih dari menganut Islam semata-mata. Yang telah memeluk Islam mereka tidak dianggap telah bertukar bangsa kepada bangsa Hui , iaitu satu bangsa yang seakan Melayu di Malaysia. Kalau di sebut Hui pasti orang tahu dia Islam. Nama hadapan merka akan dimulai dengan "Ma".

Di china terdapat 56 suku bangsa. Jumlah penduduknya ialah 1300 juta orang (1.3 billion). Yang beragama islam mengikut beberapa sumber sekurang-kurangnya 22 juta dan ada yang mengatakan melebihi 100 juta orang. Yang paling ramai Islam Ialah dari suku Hui dan suku Wei Wer. Suku Wei Wer mereka tinggal di Wilayah Sin Jiang. Yang letaknya wilayah ini lebih jauh dari jarak perjalanan balik Ke Malaysia. Kalau naik kapal terbang dari Kuala Lumour ke Guangzhou memakan masa perjalanan selama sekitar 4 jam, tetapi sekira anda ingin ke Sin Jiang perjalanannya lebih lima jam. Wilayah ini terletak bersempadan dengan Pakistan, Turkistan dan Afghanistan.

Tidak timbul di China soal masuk suku Hui yang Islam itu hanya kerana mereka masuk Islam. Dari suku mana pun jika mereka masuk Islam tidak jadi persoalan sehingga meraka dianggap- berpindah kesuku Hui.

Yang saya sempat ingat, dan masih segar dalam ingatan saya, kebanyakan dalam kalimat yang mudah "masuk Melayu"sering terpancar dari mulut kawan-kawan kita di Malaysia. adakah sekadar ucapan biasa dengan maksud "masuk Islam" atau mereka betul-betul anggap telah masuk melayu jika telah memeluk Islam.

Inilah pandangan yang sempit dan ketinggalan zaman yang perlu di pecahkan. Sampai bila kita nak menjadi penyebab kepada sikap anti kepada Islam dikalangan keluarga Tionghua , india dan suku lain kepada sanak keluarga yang menganut islam, apa tidaknya kalau di sebut Melayu mereka nampak dan ada yang dapat ceritakan satu persatu keburukan pemimpin Melayu yang sedang memegang tampuk pemerintah Malaysia sekarang, sampai kepada yang sekecil-kecilnya sampai kepada yang sebesar-besarnya berita keburukan melayu ini di pamerkan dalam akhbar dan media harian lain. Hisap dadah, rogol, bunuh dalan banyak lagi.

yang peliknya kebaikan orang Islam Melayu jarang dipamerkan, hanya sedikit yang dapat liputan. apa nak jadi dengan media kita, mereka lebih banyak menimbulkan syak yang tidak baik kepada Islam itu sendiri yang majoritnya berbangsa Melayu.

Sebab itu ada kawan yang tanya saya suatu masa dulu, bila berkunjung ke rumah orang Tionghua pada Tahun Baru Cina, macam mana dengan kawan dia yang minum arak yang dihidangkan. Saya kata yang tu "Melayu" dan anta yang tak minum adalah " Islam". ucapan saya itu cepat difahaminya.

Sesungguhnya bangsa apapun kalau di kaitkan dengan Islam ia pasti asing. termasuk bangsa Arab sendiri. Sabda Rasullullah: " Islam itu datang dalam keadaan dagang/asing dan ia akan kembali menjadi asing...". Termasuklah orang melayu sendiri dan Malaysia yang dulunya memang dikenali dengan Tanah Melayu, Islam mula bertapak setelah Parameswara masuk Islam dengan berkahwin dengan puteri Pasai Perlak Aceh pada tahun 1402. atau seawalnya dengan penemuan batu bersurat di Kuala Berang.
Terengganu.

Marilah kita banyak bercakap mengenai Islam yang dapat menyelamatkan bangsa itu sendiri, termasuk bangsa dan pemimpim Melayu yang rosak itu.

Yang mengusutkan lagi keadaan, perkataan muaalaf masih di guna pakai kepada yang masuk Islam. Saya bersetuju kalau baru sehari dua masuk Islam. Apa dah jadi sampai persatuan orang cina dan India Islam, di sebut mudah dengan kalimat "persatuan muaalaf" dalam akhbar beberapa minggu lepas. Jagalah standart sikit dalam pengunaan bahasa apa lagi untuk dakwah dan jaga hati kawan-kawan kita. Seperti yang saya sering sebut dalam ceramah saya berkaitan persoalan ini. Ada hamba Allah yang masuk islam pada tahun 1957, tahun kita merdeka tu, masih di sebut sebagai muaalaf sampai sekarang.bukan saja dirinya, sampai anak dan cucunya yang tak ada kena mengena di sebut nama bapa atau datuknya yang muaalaf itu. Yang paling teruk, ada yang dah mati masih di sebut muaalafnya.

Saya berpendapat ianya memberi kesan kepada jiwa saudara kita, mereka semacam dipinggirkan bila memeluk Islam dengan dua keadaan yang saya kemukakan ini.

Sempena tahun baru hijrah yang baru beberapa hari kita sambut, marilah kita tingkatkan dakwah dikalangan teman-teman kita yang belum Islam dengan penuh hikmah.Terima kasih sebanyaknya kepada teman-teman yang dah banyak berubah, sampai ada seminar dan forum berkaitan di adakan. Tidak kurang tulisan-tulisan yang memperbetulkan hal tersebut.


salam Ukhuwah dari Guangzhou , China.
idhamlim@yahoo.com.my



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 67
Date:

 


   SUBHA NALLAH!!!



__________________
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HI WABARAKATUH... ALLAH HUMMA SOLLI 'ALA SAI E DINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASAH BIHI WASSALIM...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard