Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Gadis 15 tahun mangsa rogol, bunuh


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:
Gadis 15 tahun mangsa rogol, bunuh


Gadis mangsa rogol, bunuh Oleh Mohd Zin Ali


JOHOR BAHRU: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS) ditemui mati selepas hilang sejak tiga hari lalu, dipercayai dirogol sebelum dicampakkan ke longkang di Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda (BBU), di sini, petang semalam.
Mayat Syafiqah Borhan, dari Jalan Bali 2/3, BBU ditemui pelajar Sekolah Agama Bandar Baru Uda yang kebetulan lalu di tempat kejadian kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata pihaknya percaya Syafiqah dirogol dan dibunuh ketika menunggu bas untuk ke sekolah.

Mayatnya ditemui dalam longkang sedalam 2.1 meter dengan kainnya tersingkap dan seluar dalam terlondeh ke bawah kaki.

"Siasatan awal polis mendapati dia mati lebih tempoh 24 jam lalu dengan kesan kecederaan pada kepala, leher serta lutut, dipercayai kesan diheret di atas jalan raya.





"Kami belum mengenal pasti suspek tetapi percaya pelajar itu dirogol lebih daripada seorang," katanya.

Keluarga mangsa membuat dua laporan polis berhubung kehilangan Syafiqah yang tidak pulang selepas ke sekolah jam 5.45 pagi Rabu lalu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Bahru Selatan 07-2232222 atau datang ke mana-mana balai polis berhampiran.

Sementara itu, rakan sekelas mangsa, Fairuz Amalina Baharudin, berkata Syafiqah adalah pelajar cemerlang yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Beliau berkata, rakannya itu bersikap agak ganjil apabila malas ke sekolah sejak dua hari sebelum kejadian.

"Pada pagi kehilangannya itu, dia dikatakan berjanji untuk bertemu dengan seorang rakannya di tempat kejadian sebelum bersama-sama pergi ke sekolah bagi menghadiri majlis perpisahan guru besar yang akan bersara.

"Bagaimanapun, kawan saya itu terpaksa menaiki bas seorang diri ke sekolah apabila Syafiqah gagal muncul di tempat yang dijanjikan," katanya.


 


 


 


 



-- Edited by zackbikers at 09:11, 2006-02-04

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Assalamualaikum....


Apa dah jadi dengan negara kita ni? Kata negara Islam. Negara yang aman, damai. Apa dah jadi dengan manusia yang berperangai binatang ni? Perlukah kita lakukan sesuatu?!!! Perlukah kita bersihkan persekitaran yang semakin teruk ni?


Inilah jadinya kalau manusia tak ikut aturan Al Quran.


Al 'Ankabuut Ayat 67. Dan apakah mereka tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Kami telah menjadikan (negeri mereka) tanah suci yang aman, sedang manusia sekitarnya rampok-merampok. Maka mengapa (sesudah nyata kebenaran) mereka masih percaya kepada yang bathil dan ingkar kepada nikmat Allah?



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Ramai yang tidak tahu 1 hari kes jenayah di negara USA (mengamalkan undang-undang moden) bersamaan dengan 23 tahun kes jenayah di negara Arab Saudi dan Iran (mengamalkan hudud)


Oleh kerana kita ni acuan USA / barat (bab buruk ikut, bab baik tak nak ikut), kita semakin menghampiri kejayaan yang dikecapi oleh role model kita. Tahniah! :)



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 174
Date:

pedasnya bro...

__________________
Ahli Jemaah Dungun TRG


Veteran

Status: Offline
Posts: 67
Date:

daud wrote:


pedasnya bro...


 


      SENDIRI MAU FAHAM ARR.. =)



__________________
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HI WABARAKATUH... ALLAH HUMMA SOLLI 'ALA SAI E DINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASAH BIHI WASSALIM...


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:

nauzubillah min zalik...


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi
pesat.

TETAPI AWAS,

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat
bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,
Pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang
tak cukup ifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

Masa tu, sendiri mau ingat.
Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah ka mu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda a dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati sesama insan!!!
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan
maksiat dan memperbanyakkan ibadat.


Sebarkanlah ini agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat
yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...
Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar!)



__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."


Senior

Status: Offline
Posts: 218
Date:

AdukaTaruna wrote:


Ramai yang tidak tahu 1 hari kes jenayah di negara USA (mengamalkan undang-undang moden) bersamaan dengan 23 tahun kes jenayah di negara Arab Saudi dan Iran (mengamalkan hudud) Oleh kerana kita ni acuan USA / barat (bab buruk ikut, bab baik tak nak ikut), kita semakin menghampiri kejayaan yang dikecapi oleh role model kita. Tahniah! :)


wahhhhh bagusss bro... btull mmg sy sokong ekekeke..


tu laaaa dah tak mau pakai sgt al-quran,kat negara kita nih tilawah buat tiap2 tahun. tp haram tak amik pun yg ada dlm quran tu... bila org ajak balik pd quran,guna hukum2 allah depa kata tak moden laaaa negara berbilang kaum laaa mcm2 lg yg kata tu pun org islam gak tp dah jadi haru biru pakat dok tanaya awat jd lagu tu???jln penyelesaian tak dak gak... apa2 pun berbalik laaa pd al-quran bahagia kita didunia dan akhirat..


 


p/s-malaysia nih negara majoriti org islam jer bukan negara yg mengamalkan undang2 islam so tak payah nak berbangga kita ni negara islam melainkan kita laksanakan 100% hukum allah



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

nafsu tidak mengenal usia........................ nak kena potong @%#^%^&& budak ni

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

AdukaTaruna wrote:


Ramai yang tidak tahu 1 hari kes jenayah di negara USA (mengamalkan undang-undang moden) bersamaan dengan 23 tahun kes jenayah di negara Arab Saudi dan Iran (mengamalkan hudud) Oleh kerana kita ni acuan USA / barat (bab buruk ikut, bab baik tak nak ikut), kita semakin menghampiri kejayaan yang dikecapi oleh role model kita. Tahniah! :)


Memang role model kita lebih ke situ. Sebut je la....David Beckham, Jennifer Lopez, Einsteen, Madonna, Linkin Park, Eminem, Ronaldo, Kennedy, Elvis..dll.


Al Maa'idah Ayat 51.


Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.


 



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

Assalamualaikum..

kiamat dah dekat dah ni......maksiat berleluase...apsal la die tak pikir kalo bende ni kene kat keluarge die....takpe la...die nak 2 in 1...dapat dose rogol...dapat dose bunuh....
kalau aku nampak depan mate aku org buat kijo lagu ni..........astaghfirullah hal azim...tau la ape aku nak buat...!!!!!


wallahualam


__________________
Ta'muruna BilMa'ruf Wa Tanhauna anilMunkaR!


Senior

Status: Offline
Posts: 149
Date:

UNDANG UNDANG SEKARANG TAK BERAT!!!


SEPATUTNYA KERAJAAN PATUT MENJATUHKAN HUKUMAN PALING BERAT DAN SETIMPAL DGN PEROGOL YG SEPERTI BINATANG INI!!! HUKUM MATI JE SENANG!!!


TU LA KEKADANG BILA ORG TAK PUAS HATI BUAT UNDANG2 SENDIRI!!!



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Jangan salahkan orang lain, salahkan kita sendiri. Kita sendiri yang memilih pemimpin yang tidak mahu menggunakan undang-undang ALLAH.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 218
Date:

AdukaTaruna wrote:


Jangan salahkan orang lain, salahkan kita sendiri. Kita sendiri yang memilih pemimpin yang tidak mahu menggunakan undang-undang ALLAH.

itu yg sebetulnyaaaa... esok kat akhirat kelak allah akan soal semua tu.. hampa jgn dok kemas laaaa dah perintah malaysia 1 abad pun..tp hukum yg allah bg hampa tak ikut pun.. agak2 kalau ble jawab kat akhirat esok teruskanlahhh mengamalkan undang2 ciptaan penjajah ni

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 143
Date:

Allah beri kita akal...namun kita harus ingat...akal ni pun terbatas pemikirannya...bila akal manusia mencipta kanun jenayah tanpa merujuk pada Quran...tu sebab ada jugak jenayah...Terapkan Islam dalam masyarakat, settle sumer masalah..Kalau adanya taqwa,takkan berani kita buat jenayah...

__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Surah Al-Anfaal. Ayat 2
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard