assalammualaikum kwn ku...... aku ade penting buat kite semue bagi umat islam...... korang ko kene bace wasiat ni smpi abis...... ini bukan mainan....... selepas ko dah abis bace,ko tgk page kat bwh...... aku harap ko dpt sampaikan........
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata suami. (b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa. (c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan,kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.
PESANAN HAMBA INI (a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW. (b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka. (c) Bersembahyanglah (d) berzakat - jangan ditinggalkan. (e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan. (f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.
UNTUK MAKLUMAN
1. seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.
2. seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
3.Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.
4. tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.
5. Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
6. di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.
7. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain. dimana mereka mendapat malapetaka. setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.
PERHATIAN
setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah. kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan
Betul....kes surat berantai ni dah lama dah.......ada baiknya ada bahaya nya gak........kan dah masuk kes khurafat tu...............Rasullullah muncul dalam mimpi??? camna nak sahihkan?? susah tuu..........kiamat dah kira perkara ghaib...hmm pening2..........sahabatku AdukaTaruna..minta Aduka komen skit.....kita kurang arif......
mintak dijauhkan Allah dgn segala fitnah zaman kini............
__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.
Pegang ini satu. Matlamat tidak menghalalkan cara. Matlamat pencipta surat ini mungkin baik. Ingin menyampaikan dakwah. Tetapi caranya salah. Dengan mengaitkan siapa yang tidak menyambung rantai surat itu akan ditimpa bencana.
Berkenaan rasulullah muncul dalam mimpi itu boleh terjadi. Iblis atau syaitan tidak boleh menyerupai nabi atau mengaku nabi. Siapa yang bermimpi berjumpa nabi, walau tidak tahu rupa nabi, cuma dalam mimpi itu diyakini nabi, maka benarlah ia.
Jadi bersangka baik la. Ambil isinya sahaja. Jika mahu menyampaikan surat ini pada sahabat yang lain, buang ayat bencana tersebut. Niatkan mahu berdakwah. Wallahualam.
kalau den lah...dapek mimpi jumpo Rasulullah...raso2 den tak cito dongan orang...Orang mesti tak cayo ko eden...Baik sonyap yo...
Apo2 pun, niat baik tapi caro salah... Yang elok dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sompadan...
__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
Surah Al-Anfaal. Ayat 2
Boto tu Rakoz, kok mimpi jumpo nabi, memang kito sogan nak cito ngan orang. Kang di kabar an menunjuk-nunjuk plak.
Tapi kalau nabi dalam mimpi tu suruh sampaikan kek oghang ghamai, camno? Dalam Islam mano ado Ilmu untuk sendiri-sendiri, semuo eh kono sampaikan kek muslimin yang lain.
:) sosokali cakap noghori ni best gak kan, Rakoz. :)
ado jugak ilmu yang jangan disampai2kan...ILMU SIHIR...
samada benar atau salah surat berantai itu memang agak diragui...saya tanya ayah saya katanya dari zaman dia lagi dah ada surat berantai ni...tapi peringatannya saya ambil...boleh menyebarkannya tapi buangkan yang menyebabkan bencana kalau tak forward kat orang, kalau betul untuk tujuan dakwah...
__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
Surah Al-Anfaal. Ayat 2
Assalamualaikum saudara2ku semua....maaf saya mencelah....dulu hamba ada terbaca kiriman email daripada seorang rakan yg isinya lebih kurang begini :
"Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkan surat berantai ni (kalo tak silap saya dalam tahun 1980 an). Dijelaskan lagi dlm email tersebut, surat berantai ni di buat oleh Paderi2 Kristian di America (tempatnya saya tak ingat). Juga dimaklumkan nama Sheikh Ahmad Maeine - tidak terdapat dalam senarai penjaga Nabi Muhammad S.A.W"
Saya tidak pasti sama ada email ini benar atau tidak (akan saya usahakan mencari email iini semula). Kalo benar alhamdulillah kerana ada juga pihak yang mencegah perkara2 yang batil ni daripada merebak. Saya juga tertarik dengan ulasan saudara Aduka supaya kalo nak disampaikan juga maka ambil ayat2 yang elok sahaja. Moga2 janganlah kita semua perkara2 yang sebegini kerana perbuatan sebegini adalah perbuatan yang boleh menjatuhkan syirik kepada kita. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Saudara Wafi yang mempost kan perkara ini kerana dapat kita semua membincangkan perkara ini.
Saya berharap jikalau ulasan saya salah minta saudara-saudara sekalian dapat membetulkan saya. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum saudara2ku semua....maaf saya mencelah....dulu hamba ada terbaca kiriman email daripada seorang rakan yg isinya lebih kurang begini : "Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkan surat berantai ni (kalo tak silap saya dalam tahun 1980 an). Dijelaskan lagi dlm email tersebut, surat berantai ni di buat oleh Paderi2 Kristian di America (tempatnya saya tak ingat). Juga dimaklumkan nama Sheikh Ahmad Maeine - tidak terdapat dalam senarai penjaga Nabi Muhammad S.A.W" Saya tidak pasti sama ada email ini benar atau tidak (akan saya usahakan mencari email iini semula). Kalo benar alhamdulillah kerana ada juga pihak yang mencegah perkara2 yang batil ni daripada merebak. Saya juga tertarik dengan ulasan saudara Aduka supaya kalo nak disampaikan juga maka ambil ayat2 yang elok sahaja. Ini juga dikira sebagai dakwah
Moga2 janganlah kita mempercayai semua perkara2 yang sebegini kerana perbuatan sebegini adalah perbuatan yang boleh menjatuhkan syirik kepada kita. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Saudara Wafi yang mempost kan perkara ini kerana dapat kita semua membincangkan perkara ini. Saya berharap jikalau ulasan saya salah minta saudara-saudara sekalian dapat membetulkan saya. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum,
maaf....yang pertama tadi ada ayat terkurang...takut2 saya ada yang salah faham
Assalamualaikum, darksaju. Terima kasih. Hamba telah bertanya kepada jemaah yang lain. Memang benar, fatwa telah keluar. Harap semua saudara termasuk saya clear dalam hal ini.