Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: tolong sebarkan


Senior

Status: Offline
Posts: 149
Date:
tolong sebarkan


assalammualaikum kwn ku......
aku ade penting buat kite semue bagi umat islam......
korang ko kene bace wasiat ni smpi abis......
ini bukan mainan.......
selepas ko dah abis bace,ko tgk page kat bwh......
aku harap ko dpt sampaikan........


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ini adalah surat wasiat dari penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad
Maeine (Saudi Arabia).

pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu
hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada
hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal
dunia di zaman ini tiada seorang pun yang
matinya dalam keadaan beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat
kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu
menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan,kerana hari
penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit, sesudah itu
matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita
Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara
Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila
berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu
bapa.

UNTUK MAKLUMAN

1. seorang saudagar dari bombay telah
menerima surat ini dan beliau telah mencatak
sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada
orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah
dengan mendapat keuntungan yang besar
dalam perniagaannya.

2. seorang hamba Allah telah menerima surat
ini tetapi tidak mengendahkannya dan
menganggap wasiat ini palsu, maka selang
beberapa hari kemudian anaknya meninggal
dunia.

3.Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas
Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini
kemudian mengarahkan setiausahanya
mencetak sebanyak 20 salinan dan
menghantarnya kepada orang lain, maka
selang beberapa hari kemudian dia telah
mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di
malaysia timur.

4. tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar
perak secara tidak langsung dipecat dari
jawatannya kerana apabila beliau menerima
wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan
untuk disebarkan kepada orang lain tetapi
beliau telah menyedari kesilapannya lalu
beliau mencetak semula wasiat ini dan
mengirimkannya kepada orang lain, beberapa
hari kemudian beliau telah dilantik menteri
Kabinet Perdana Menteri.

5. Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat
wasiat ini dan tidak percaya akan
kebenarannya juga menganggap palsu lalu
membuangnya ke dalam tong sampah.
seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan
hukuman pancung sampai mati.

6. di Terengganu, seorang pekerja bengkel
kenderaan telah menerima wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali yang datangnya
dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20
salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia
dianugerahkan oleh Allah seorang gadis
berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh
Islam. baginya anugerah ini paling agung dan
tidak ada tandingannya.

7. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah
telah menerima surat ini dari orang yang tidak
dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya
dengan mengatakan ianya bohong belaka dan
sengaja mengada-adakan untuk menakutkan
orang yang membacanya. Beberapa hari
kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil
dan penderitaanya amat menyedihkan. setelah
tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital,
penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor.
Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan
mengedarkannya kepada orang lain. Semingu
kemudian barulah beliau beransur sembuh
sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh-contoh orang yang
menerima wasiat ini tetapi tidak
mempercayainya dan tidak mengedarkannya
atau menyampaikan kepada orang lain. dimana
mereka mendapat malapetaka. setelah
kejadian yang menggembirakan dan
menyakinkan ini anda jangan lupa
menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa
96 jam dari masa anda menerimanya.
InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu
dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.

PERHATIAN

setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.
kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

akum! brader... bende nih dah lame. ini name nye surat berantai!! bende ni lebih kurang khurafat jgk, sebab mempercayai kuasa lain selain Allah.

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 45
Date:

mod, oo mod, mane mod ni? tlg delete benda ni, mamat ni baru jumpe surat berantai ni...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 149
Date:

lorrr relax arr ... tersilap arr... tq kerane bagi tau ini surat berantai...


bukan mempercayai nya !!! cume postkan kat dlm forum ni!!! kalau salah to tu tolong tunjukan arr!!! org lain pun dapat ilmu jugak!!!


KIRA SORRY ARR BRO!!!



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Takper. Macam ni la baru betul. Tegur menegur. Berkasih sayang. Biasalah manusia. :)

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

 


akum! saya cume bgtau ape yang saya tau je.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Betul....kes surat berantai ni dah lama dah.......ada baiknya ada bahaya nya gak........kan dah masuk kes khurafat tu...............Rasullullah muncul dalam mimpi??? camna nak sahihkan?? susah tuu..........kiamat dah kira perkara ghaib...hmm pening2..........sahabatku AdukaTaruna..minta Aduka komen skit.....kita kurang arif......


mintak dijauhkan Allah dgn segala fitnah zaman kini............



__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Senior

Status: Offline
Posts: 129
Date:



__________________
kja356


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Pegang ini satu. Matlamat tidak menghalalkan cara. Matlamat pencipta surat ini mungkin baik. Ingin menyampaikan dakwah. Tetapi caranya salah. Dengan mengaitkan siapa yang tidak menyambung rantai surat itu akan ditimpa bencana.


Berkenaan rasulullah muncul dalam mimpi itu boleh terjadi. Iblis atau syaitan tidak boleh menyerupai nabi atau mengaku nabi. Siapa yang bermimpi berjumpa nabi, walau tidak tahu rupa nabi, cuma dalam mimpi itu diyakini nabi, maka benarlah ia.


Jadi bersangka baik la. Ambil isinya sahaja. Jika mahu menyampaikan surat ini pada sahabat yang lain, buang ayat bencana tersebut. Niatkan mahu berdakwah. Wallahualam.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 143
Date:

kalau den lah...dapek mimpi jumpo Rasulullah...raso2 den tak cito dongan orang...Orang mesti tak cayo ko eden...Baik sonyap yo...

Apo2 pun, niat baik tapi caro salah... Yang elok dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sompadan...



__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Surah Al-Anfaal. Ayat 2


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Boto tu Rakoz, kok mimpi jumpo nabi, memang kito sogan nak cito ngan orang. Kang di kabar an menunjuk-nunjuk plak.


Tapi kalau nabi dalam mimpi tu suruh sampaikan kek oghang ghamai, camno? Dalam Islam mano ado Ilmu untuk sendiri-sendiri, semuo eh kono sampaikan kek muslimin yang lain.


:) sosokali cakap noghori ni best gak kan, Rakoz. :)



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

mari panjang2kan..............................tq

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 143
Date:

ado jugak ilmu yang jangan disampai2kan...ILMU SIHIR...

samada benar atau salah surat berantai itu memang agak diragui...saya tanya ayah saya katanya dari zaman dia lagi dah ada surat berantai ni...tapi peringatannya saya ambil...boleh menyebarkannya tapi buangkan yang menyebabkan bencana kalau tak forward kat orang, kalau betul untuk tujuan dakwah...


__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Surah Al-Anfaal. Ayat 2


Senior

Status: Offline
Posts: 149
Date:

TERIMA KASIH SEMUA!!!

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

Assalamualaikum saudara2ku semua....maaf saya mencelah....dulu hamba ada terbaca kiriman email daripada seorang rakan yg isinya lebih kurang begini :


 "Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkan surat berantai ni (kalo tak silap saya dalam tahun 1980 an). Dijelaskan lagi dlm email tersebut, surat berantai ni di buat oleh Paderi2 Kristian di America (tempatnya saya tak ingat). Juga dimaklumkan nama Sheikh Ahmad
Maeine - tidak terdapat dalam senarai penjaga Nabi Muhammad S.A.W"


Saya tidak pasti sama ada email ini benar atau tidak (akan saya usahakan mencari email iini semula). Kalo benar alhamdulillah kerana ada juga pihak yang mencegah perkara2 yang batil ni daripada merebak. Saya juga tertarik dengan ulasan saudara Aduka supaya kalo nak disampaikan juga maka ambil ayat2 yang elok sahaja. Moga2 janganlah kita semua perkara2 yang sebegini kerana perbuatan sebegini adalah perbuatan yang boleh menjatuhkan syirik kepada kita. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Saudara Wafi yang mempost kan  perkara ini kerana dapat kita semua membincangkan perkara ini.


Saya berharap jikalau ulasan saya salah minta saudara-saudara sekalian dapat membetulkan saya. Sekian, terima kasih.


Assalamualaikum,



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:


darksaju wrote:





Assalamualaikum saudara2ku semua....maaf saya mencelah....dulu hamba ada terbaca kiriman email daripada seorang rakan yg isinya lebih kurang begini :  "Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkan surat berantai ni (kalo tak silap saya dalam tahun 1980 an). Dijelaskan lagi dlm email tersebut, surat berantai ni di buat oleh Paderi2 Kristian di America (tempatnya saya tak ingat). Juga dimaklumkan nama Sheikh Ahmad Maeine - tidak terdapat dalam senarai penjaga Nabi Muhammad S.A.W" Saya tidak pasti sama ada email ini benar atau tidak (akan saya usahakan mencari email iini semula). Kalo benar alhamdulillah kerana ada juga pihak yang mencegah perkara2 yang batil ni daripada merebak. Saya juga tertarik dengan ulasan saudara Aduka supaya kalo nak disampaikan juga maka ambil ayat2 yang elok sahaja. Ini juga dikira sebagai dakwah


Moga2 janganlah kita mempercayai semua perkara2 yang sebegini kerana perbuatan sebegini adalah perbuatan yang boleh menjatuhkan syirik kepada kita. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Saudara Wafi yang mempost kan  perkara ini kerana dapat kita semua membincangkan perkara ini. Saya berharap jikalau ulasan saya salah minta saudara-saudara sekalian dapat membetulkan saya. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum,


 


maaf....yang pertama tadi ada ayat terkurang...takut2 saya ada yang salah faham






__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Assalamualaikum, darksaju. Terima kasih. Hamba telah bertanya kepada jemaah yang lain. Memang benar, fatwa telah keluar. Harap semua saudara termasuk saya clear dalam hal ini.


Terima kasih daun keladi.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard