Pekida Malaysia Rayu PDRM Terima IPCMC dengan hati terbuka
Pekida Malaysia menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang kini sedang diperhalusi oleh Peguam Negara.
Sebagai sebuah agensi kerajaan terbesar yang melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di negara ini, PDRM harus berani menerima kenyataan bahawa terlalu banyak pihak yang memerhatikan bidang tugas PDRM. Untuk itu sebarang usaha untuk menambah baik peranan PDRM termasuk usha merangka kaedah untuk memantau peranan dan perilaku polis harus dapat di terima dengan hati terbuka oleh semua pihak, terutama oleh semua warga PDRM tanpa prejudis.
Tidak siapa dapat menafikan bahawa PDRM telah banyak menyumbang kepada keamanan dan keselamatan negara. Anggota PDRM terpaksa terus bertugas akibat dari cuti yang dibekukan apabila tiba hari-hari perayaan. Saat panas terik matahari memancar ketika warga kota keluar makan tengahari, anggota PDRM terpaksa dikerah untuk berdiri mengawal lalu lintas, ketika kita tidur lena, ada anggota-anggota PDRM terpaksa meronda. Malah, ketika pengguna jalanraya diancam oleh gangguan mat rempit dan aktiviti lumba haram, anggota PDRM terpaksa menyabung nyawa membenteras aktiviti tersebut sahingga banyak kes terjadi di mana ia turut melibatkan kecederaan dan ancaman nyawa anggota PDRM itu sendiri. Keujudan Rakankop baru-baru ini dilihat sebagai satu lagi pembaharuan berkesan yang telah lakukan oleh PDRM.
Untuk itu Pekida dengan tulus ikhlas memuji kesungguhan PDRM dalam memikul tugas berat menjaga keselamatan dan ketenteraman negara. Itulah sebenarnya maruah dan kejayaan PDRM yang harus di pandang secara menyeluruh dan bersandarkan ukuran kejayaan sebuah organisasi sebagai agensi kerajaan.
Namun, semua itu tidak bererti kita harus berdiam diri apabila masih terdengar berita sabanhari tentang perilaku anggota PDRM. Sebagai contoh, Biro Pengaduan Awam Pekida Malaysia yang telah beroperasi sejak 2 tahun lalu banyak menerima aduan-aduan pegawai dan anggota PDRM yang baru masuk bertugas di mana mereka merasa serba salah dengan fenomena meluas tabiat rasuah di kalangan anggota dan pegawai sinior mereka. Hari pertama melapur diri, sudah ada `sampul surat selamat datang’ dari sindiket yang berisi RM500 untuknya. Dan begitulah seterusnya, budaya itu menjadi semakin hari semakin berat dan merosakkan, walaupun beliau sendiri belum lagi kenal pemberinya.
Walaupun hati menolak, namun mereka harus menerima hakikat bahawa mereka terpaksa bersekongkol, samada turut mengambil rasuah atau sekadar menutup sebelah mata melihat rakan sepasukan mereka melakukan amalan keji itu. Akhirnya, mereka terpaksa menerima hakikat bahawa mereka terpaksa mengizinkan aktiviti-aktiviti jenayah yang semakin hari semakin merosak negara ini. Mereka terpaksa membiarkan jenayah cetak rompak dan penjualan VCD haram, terpaksa membiarkan pusat hiburan tidak berlesen, atau yang beroperasi tidak mengikut spesifikasi aturan dibenarkan, terpaksa melihat saja dadah, shabu, ektasi beredar dengan bebas di kalangan anak muda yang semakin hari semakin tidak terkawal. Yang lebih menyedihkan lagi, ada di kalangan anggota sepasukan yang semakin berani membuat kutipan berkala sesuka hati dengan menjual nama si pegawai baru yang kononnya ingin melakukan tugas dengan bersih dari hari pertama lagi.
Semua itu berlaku atas alasan bahawa mereka telah menerima habuan dan jenayah itu tidak begitu mendesak untuk di benteras. Apabila di tanya mengapa mereka menerima itu sebagai amalan, alasannya mudah saja, setiap kali keluar bertugas, mereka terpaksa membayar makan minum anak buah mereka, sedangkan tiada elaun khusus untuk itu. Kadangkala mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk mencari maklumat, terutamanya apabila terpaksa meraikan agen pemberi maklumat atau dalam istilah mereka di panggil `source’ atau dalam istilah awam di panggil `hantu polis’.
Itu belum lagi fenomena meluas di mana tahanan orang kene tuduh (OKT) yang di beza-bezakan di lokup Polis, mereka yang sanggup memberikan habuan akan mendapat layanan istimewa, boleh mendapat makanan khas, boleh berhubung dengan orang luar, boleh dapat rokok dan sebagainya. Walaupun tidak banyak kes kita dengar, namun ianya sedang berlaku setiap hari di banyak lockup Polis di mana ramai masyarakat, terutamanya yang pernah berpengalaman sebagai OKT dan menginap di lokup di bawah Seksyen 117.
Seperkara yang harus dipertimbangkan ialah, wajarkah ini berlaku.? Adakah ini telah sebenarnya menggambarkan satu fenomena umum dalam perkhidmatan PDRM? Mampukah orang kebanyakan menegur PDRM? Sedangkan sebagai rakyat, kita tidak boleh lepas dari terpaksa meminta tolong dengan agensi yang di utus khas untuk membantu masyarakat ini? Pasti tidak semua orang mampu membantu, kerana mereka juga kelak akan ditanda, diperhatikan untuk menjadi mangsa balas dendam apabila mereka memerlukan bantuan PDRM. Bahkan sebagai sebuah badan kerajaan yang diberi kuasa penuh melaksanakan penguatkuasaan, boleh saja ada di antara anggota masyarakat yang akan teraniaya.
Walau bagaimanapun, Pekida berharap IPCMC yang bakal ditubuh bukan saja menjurus kepada mencari salah laku anggota PDRM, sehingga ia boleh dipandang sebagai berat sebelah dan melunturkan semangat bertugas dan moral PDRM seluruhnya. Ia juga harus menekankan kaedah bagaimana PDRM boleh diatur agar dapat bertugas dengan lebih selesa, di mana peraturan kerja dan imbuhan untuk kebajikan diri dan keluarga tidak terabai sehingga mendorong mereka mengamalkan rasuah yang tidak terkawal. Anggota masyarakat pula di harap tidak mengambil kesempatan dengan penubuhan IPCMC ini dengan membuat tuduhan melulu dan tidak berasas.
KESIMPULANNYA, PDRM harus memberikan contoh yang baik sebagai sebagai sebuah agensi kerajaan yang menguatkuasakan undang-undang dengan mematuhi ketua Kementeriannya sendiri dan Ketua negara iaitu YAB Perdana Menteri sendiri. Kepatuhan PDRM dalam mematuhi keputusan kerajaan ini akan menjadi contoh tauladan kepada rakyat untuk turut mematuhi undang-undang. Janganlah pihak PDRM menganggap penubuhan IPCMC sebagai tanda bahawa negara dan rakyat telah hilang hormat dan kepercayaan terhadap organisasi PDRM itu sendiri. Kita harus menganggap bahawa ia adalah sebagai usaha kerajaan untuk lebih meningkatkan lagi keberkesanan, kelancaran dan martabat PDRM yang membawa imej Raja dan kerajaan secara keseluruhannya. IPCMC lebih kepada mencari kaedah untuk membantu pihak PDRM mencari jalan untuk mengatasi salah laku anggota secara individu, agar misi dan visi perkhidmatan PDRM dapat dicapai dengan lebih baik lagi. Pembaikan imej PDRM akan meningkatkan lagi kepercayaan dan seterusnya akan menambahkan lagi hubungan rapat PDRM dengan rakyat untuk memudahkan tugs harian anggota PDRM.
kat surat kabar mana di hantar... apasal tak jumpa...
apa pun tahniah abang Mas... nampak jelas peranan kita sebagai NGO dalam kenyataan akhbar ni... tak terlalu menyokong dan tak terlalu menekan... fair and square gituuu...
saya cuba cari tak jumpa laaa... kat surat kabar mana di hantar... apasal tak jumpa... apa pun tahniah abang Mas... nampak jelas peranan kita sebagai NGO dalam kenyataan akhbar ni... tak terlalu menyokong dan tak terlalu menekan...
keterbukaan serta pendapat PEKIDA di dalam menyatakan hasrat sesuatu perkara haruslah di jadikan panduan bagi NGO yang lain...for personal side hopely one day PEKIDA will be a good leader in NGO. insyaallah and keep on alert in what ever situasion. maaf speking mat salih pulak...
SeCrEt AgEnT...once of a responsibility person in **** gov!.
__________________
semoga ilmu yang di peroleh di berkati ALLAH SWT dan dapat dimanafaatkan untuk mewujudkan insan rabbani dan masyarakat madani.