Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pekida Malaysia Bantah Keras Sarawak Tribune menyiarkan karikatur Nabi Muhammad


Veteran

Status: Offline
Posts: 30
Date:
Pekida Malaysia Bantah Keras Sarawak Tribune menyiarkan karikatur Nabi Muhammad


KENYATAAN AKHBAR


UNIT R&D DAN PERHUBUNGAN AWAM


PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA


(PEKIDA MALAYSIA)


 


Pekida Malaysia Bantah Keras Sarawak Tribune menyiarkan karikatur Nabi Muhammad






 


Sesiapa saja dari kalangan rakyat Malaysia, atas alasan apa sekalipun, mereka tidak boleh dibenarkan dan tidak boleh dimaafkan apabila melakukan penghinaan yang jelas terang terangan menyinggung perasaan umat Islam di dunia ini. Apatah lagi setelah ianya jelas menjadi bahan bualan dan bantahan umat Islam sedunia sedangkan di Malaysia ianya dilakukan oleh seorang yang seharusnya berilmu serta arif dan sensitif terhadap bahan berita yang disiarkan.


           


Adalah mustahil dan tidak dapat di terima akal sama sekali bagi seorang pengarang memberikan alasan TERLEPAS PANDANG dan dengan begitu mudah meminta maaf dan meletakkan jawatan. Ini kerana tidak mustahil jika penyiaran itu dibuat secara terancang dan mempunyai agenda tersembunyi atau didalangi oleh pihak-pihak tertentu.


 


MARUAH umat Islam dan perlembagaan negara ini yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara adalah terlalu murah jika dibandingkan dengan satu jawatan seorang pengarang atau dibandingkan dengan lesen penyiaran sebuah akhbar seperti Sarawak Tribune.


 


PEKIDA MALAYSIA tidak sekadar memandang perkara ini sebagai satu kesilapan penyiaran secara umum, bahkan melihat ianya sebagai satu provokasi melampau yang dilakukan SECARA SENGAJA dan terang-terangan oleh JYLLANDS POSTEN (sebuah ahbar di DENMARK ).  Apakah lagi tujuan sebenar, jika tidak atas niat untuk menghina dan bermusuh dengan umat dan negara Islam apabila mereka dengan sengaja mengambil tajuk pertandingan melukis dari contoh seorang Nabi yang tidak ada kene mengena dengan agama mereka.


 


Yang amat menyedihkan kita ialah apabila YAB Perdana Menteri yang juga sebagai pengerusi OIC telah membuat kenyataan, bantahan dan kecaman yang bukan bersifat peribadi, bukan saja mewakili negara Malaysia, bahkan mewakili kesatuan negara-negara Islam sedunia itu dikhianati oleh rakyat negaranya sendiri, yang seharusnya memainkan peranan mengutuk Denmark dan negara-negara barat dan Eropah yang turut berebut-rebut menyiarkan penghinaan itu demi untuk membantu menyejukkan hati umat Islam didunia.


 


Oleh yang demikian, PEKIDA MALAYSIA menyokong tindakan YB Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, YB Dato Noh Bin Hj Omar dan menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan sekeras kerasnya terhadap Akhbar Sarawak Tribune amnya dan pengarang akhbar itu, Lester, 41 khasnya yang telah melepaskan jawatannya berikutan siasatan dalaman mendapati beliau bertanggungjawab dalam penyiaran semula bahan itu.


 


Sementara itu, Pekida menyeru umat Islam di negara ini untuk kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah agar imej umat Islam tidak tercemar dan sengaja dicemari oleh ancaman negara barat yang jelas menunjukkan cabaran secara berdepan terhadap kredibiliti umat Islam sedunia melalui insiden ini dan pelbagai peristiwa yang amat menghinakan umat Islam keseluruhannya sejak akhir akhir ini.


 


Harus disedari bahawa mereka-mereka yang memusuhi Islam itu, walaupun mempunyai pendapat berbeza di kalangan mereka dan menganuti agama yang berlainan, namun dalam urusan serangan terhadap umat Islam jelas mereka bersatu hati. Kajian mendalam dan usaha gigih yang bersungguh-sungguh secara bersepadu harus kita lakukan untuk mencari jalan agar mereka tidak berjaya memporak perandakan kita, bahkan tidak berpeluang sama sekali untuk melabelkan kita sebagai pengganas apabila kita bertindakbalas melawan mereka.


 


Harus diingat bahawa masih banyak kelemahan yang harus diperbaiki dalam membangunkan semula tamadun dan kegagahan Islam yang semakin hilang ke taraf global. Umat Islam kini berpecah belah, hidup terpinggir dan kebanyakkan dalam keadaan miskin dan tertekan. Negara-negara Islam yang kaya pula semakin alpa dan leka dengan kekayaannya, melupakan negara dan rakyat yang susah, melupakan zakat dan lebih percayakan bank-bank dan syarikat-syarikat Barat dalam urusan penyimpanan wang dan pengurusan perniagaan mereka. Akibatnya mereka menjadi umat yang seolah-olah dicucuk hidung dan kehilangan taringnya walaupun simpanan wang mereka tidak terkira banyaknya.


 


Alquran yang seharus nya dihafal, difahami dan dipraktikkan secara menyeluruh oleh umat Islam telah rata-rata diabaikan. Amat jelas saranan Allah yang menyatakan alQuran yang sebenar itu bertempat di dada umat Islam (AQ surah 29, al-ankabut ayat 49), agar kita yang seharusnya mengikut langkah pembangunan Islam menggunakan kaedah al-Quran benar benar dapat melaksanakannya sehingga dapat membuatkan orang bukan Islam malu dan hormat.


 


Penghinaan Barat terhadap umat dan negara Islam, sehingga mereka berani membuat laman web khas untuk menghina kitab suci itu, bahkan turut menghina Perdana Menteri dan negara Malaysia hingga  berjaya menyemarakkan kemurkaan seluruh umat Islam kini ialah kerana mereka nampak yang umat Islam kini telah tidak berpedoman lagi dalam tindak tanduk harian mereka. Umat Islam jelas memperlihatkan kelemahan dan kejahilan tentang kitab suci dan agama Islam  itu sendiri sehingga meletakkan fizikal kitab (kertas buku) itu sebagai magik dan sakti. Kita lupa di sebalik firman Allah yang meminta kita memasukkan bacaan sebenar (AQ surah 2, al-baqarah ayat 121) kitab itu di dada, Allah juga turut berfirman bahawa al-quran itu bukanlah dari lembaran-lembaran kertas yang boleh kita anggap mempunyai kuasa sakti (Alquran surah 6, al-An’am ayat 7 & 91 dan surah 69, al-Haqqah ayat 41 & 42). Pasti akan menjadi satu kelebihan dan kelainan halatuju urusan agama ini apabila ilmu alQuran itu telah memenuhi dada-dada umat Islam dan kita telah sama-sama memahami kehendaknya dengan sungguh-sungguh dan sama-sama melaksanakannya.


 


Akhirnya PEKIDA MALAYSIA ingin mengajak umat Islam negara ini menyerahkan kepada kebijaksanaan Agensi Penguatkuasa melalui Kementerian Keselamatan dalam negeri untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap pengarang dan akhbar Sarawak Tribune. Jika sekadar surat tunjuk sebab saja, ianya boleh direka-reka. Pengarang terbabit seharusnya dikuarantin di ISA untuk dibersihkan segala perasaan hasad dengki dalam hatinya terhadap umat Islam atau didakwa di mahkamah dan didenda secara maksima atau penjara mandatori. Akhbar tersebut juga harus sanggup menerima hukuman penggantungan selama yang mungkin atau dibatalkan terus lesen penyiarannya atas kesalahan tersebut.


 


Janganlah hendaknya umat Islam negara ini membuang masa, tenaga dan wang ringgit sekadar berdemonstrasi dan menunjukkan reaksi ganas, kerana itu akan hanya membuatkan negara menjadi tidak setabil dan mereka yang sengaja membuat hasad dan dengki merasa sukahati dan bertepuk tangan kerana merasakan agenda mereka mencapai matlamatnya. Marilah kita susun umat ini untuk kembali merapatkan diri dengan kitab yang dihina itu agar masing-masing tahu bagaimana membawa diri dan berusaha membangunkan semula Islam ke persada dunia untuk menjadi agama yang cemerlang, gemilang dan terbilang sesuai dengan kehendak Allah agar Islam menjadi khalifah (pemimpin) dunia.


 


Teks ini turut kami emailkan untuk memudahkan urusan menaip.


Wassallam.


 



TERIMA KASIH ATAS SIARAN KENYATAAN AKHBAR INI.


 


DR. HJ MASJUKI BIN HJ MOHD MUSURI (013-3671112)


PENGARAH


R&D DAN PERHUBUNGAN AWAM


PEKIDA MALAYSIA.


Pengarah.rnd@pekida.org


SK:



  1. YAB PERDANA MENTERI (DATUK SERI ABDULLAH BIN HJ AHMAD BADAWI)

  2. TIMBALAN MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI (YB DATO’ NOH BIN HJ OMAR)

  3. PRESIDEN PEKIDA MALAYSIA (YB SENATOR DATO DR HJ MUHD FUAD BIN AHMAD)


__________________
System Integrator,
OPENSOURCE Business Solutions,
http://www.sumberterbuka.com.my


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Tersenyum hamba membaca kenyataan media ini. Jika akhbar tempatan, bukan main garang lagi. Tunjuk taring. Masalahnya yang memulakannya akhbar Dermark. Disokong dan dilindungi oleh kerajaan Dermark. Tapi apa tindakan kita? Kenyataan media pun berunsur bacul. Jangan hanya jaguh kampung.


Tetapi apa yang lebih merisaukan Sarawak Tribune ini dijadikan kambing hitam bagi mengalihkan perhatian orang Melayu (orang Islam sukar ditipu) akan isu kelembikan kebaculan tindakan Pengerusi OIC.


Pohon maaf dari hamba


   -AdukaTaruna-



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 143
Date:


وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." Surah Al-Baqarah ayat 120.

Diorang memang tak senang dengan kita...Sengaja jer diorang tuh cari pasal...Islam sekarang bagai naga yang sedang tidur...Ganggulah, kang bangun kang kene ngaplah kang...

__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Surah Al-Anfaal. Ayat 2


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

AdukaTaruna wrote:


Tersenyum hamba membaca kenyataan media ini. Jika akhbar tempatan, bukan main garang lagi. Tunjuk taring. Masalahnya yang memulakannya akhbar Dermark. Disokong dan dilindungi oleh kerajaan Dermark. Tapi apa tindakan kita? Kenyataan media pun berunsur bacul. Jangan hanya jaguh kampung. Tetapi apa yang lebih merisaukan Sarawak Tribune ini dijadikan kambing hitam bagi mengalihkan perhatian orang Melayu (orang Islam sukar ditipu) akan isu kelembikan kebaculan tindakan Pengerusi OIC. Pohon maaf dari hamba    -AdukaTaruna-


jaguh kampung? ni ada bercadang nak buat bom ke? dah volunteer nak jadi tukang bawa dan meletupkannya? denmark buat problem... bom denmark... kalau negara lain pula buat hal pergi bom lagi... kalau nak senang letupkan saja bumi ni... biar semua padam...


jangan perlekehkan sumbangan orang andai kita sendiri tak menyumbang...  apply la jadi pengerusi OIC kalau tak lembik... tak bacul...


punca sebenar masalah tak pulak nak di kenal pasti...



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

tontoyo wrote:


 jaguh kampung? ni ada bercadang nak buat bom ke? dah volunteer nak jadi tukang bawa dan meletupkannya? denmark buat problem... bom denmark... kalau negara lain pula buat hal pergi bom lagi... kalau nak senang letupkan saja bumi ni... biar semua padam... jangan perlekehkan sumbangan orang andai kita sendiri tak menyumbang...  apply la jadi pengerusi OIC kalau tak lembik... tak bacul... punca sebenar masalah tak pulak nak di kenal pasti...


Sekali lagi hamba hanya mampu tersenyum. Alangkah sempitnya fikiran kebagsaan. Terlebih dahulu hamba memohon maaf kepada saudara tontoyo. Maklumlah tulisan hamba mungkin menyakiti ayahandanya sekaligus menyakiti hatinya. Tetapi hamba terpaksa. Kerana hamba tidak meletakkan ayahanda di atas, tetapi Pencipta hamba.


Sebagai Pengerusi OIC, dia boleh mengambil sikap bertegas. Bukanlah mengebom sana sini. Sebagai contoh,


1. Menyatupadukan semua negara OIC dan menekan kerajaan Denmark.


2. Menutup kedutaan untuk seketika bagi menunjukkan kita bukan mainan.


3. Sepakat dengan kesemua negara OIC untuk membekukan barangan  Denmark seketika.


4. Menghentikan pengeluaran minyak untuk seketika kepada Denmark


Sekali lagi, di manakah pengerusi OIC tatkala Iran ditekan dalam isu Nuklearnya. Bukan itu (senjata Nuklear) satu fardu kifayah?


Wallahualam.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

grrrrrrrrrrr

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:

ices wrote:


grrrrrrrrrrr

miawwwwwwwwwwwww......

__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Mengaum di kampung sendiri, mengiau di pentas antarabangsa


Menunjukkan taring pada agama sendiri, tersengih-sengih, tergaru-garu pada kafir harbi


Inilah penyakit Waham


Umat Islam seperti buih, pemimpin mereka seperti keledak yang mendap


Sehingga ALLAH mengutus pemimpin


Siapa yang memilih pemimpin, akan dibangunkan dengan pemimpin


Pemimpin mana yang kita pilih untuk dibangunkan bersamanya?


Yang akan disoal apa yang dipimpinnya?



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

panas btol hamba....dlu2 masa zaman jahiliyyah Nabi Muhammad dan kena hina,ejek,diseksa....kini beliau dah wafat pon masih ader lagi penghinaan....Allah s.w.t pon berselawat keatas Nabi Muhammad..inikan kita hamba-hambaNYA...hamba pon rasa ader yg xkne psl isu ni...mcm nk sembunyikan sesuatu yg lebih besar....cmne nk ckp yekk???

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:


AdukaTaruna wrote:


Sekali lagi hamba hanya mampu tersenyum. Alangkah sempitnya fikiran kebagsaan. Terlebih dahulu hamba memohon maaf kepada saudara tontoyo. Maklumlah tulisan hamba mungkin menyakiti ayahandanya sekaligus menyakiti hatinya. Tetapi hamba terpaksa. Kerana hamba tidak meletakkan ayahanda di atas, tetapi Pencipta hamba. Sebagai Pengerusi OIC, dia boleh mengambil sikap bertegas. Bukanlah mengebom sana sini. Sebagai contoh, 1. Menyatupadukan semua negara OIC dan menekan kerajaan Denmark. 2. Menutup kedutaan untuk seketika bagi menunjukkan kita bukan mainan. 3. Sepakat dengan kesemua negara OIC untuk membekukan barangan  Denmark seketika. 4. Menghentikan pengeluaran minyak untuk seketika kepada Denmark Sekali lagi, di manakah pengerusi OIC tatkala Iran ditekan dalam isu Nuklearnya. Bukan itu (senjata Nuklear) satu fardu kifayah? Wallahualam.


cakap memang senang... kalau tersilap minta maaf... tak buat bom tapi buat senjata nuklear... ooo... fardhu kifayah... 


surah 5:64


Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil, kikir)", tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Dia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Dia kehendaki dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.


marah orang hina nabi tapi diri sendiri jauh dari sunnah nabi... kalau orang buat kerja tak betul, bukan main lagi kita menegur dan mengajar... andaikata kita kat tempat dia, mampu ke kita nak laksana? setiap perdana menteri mana2 negara pun ada think tank mereka... bukan buat keputusan semberono... lebih2 lagi yang boleh menggugat negara...


    



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Baiklah, saudara Tontoyo. Mungkin idealogi saudara sama seperti Lang Buana. Dah memang mereka kafir, so tidak mustahil lah jika mereka menghina nabi. Kita nak buat macamana? Baca ini dengan teliti. :)


EKSTRIM. Najib pernah mengeluarkan kenyataan bahawa SAR kecenderungan mendidik pelajarnya menjadi militan. Kenyataannya membawa padah. Beberapa bulan selepas itu, kerajaan Thailand mengambil ISI ini dengan menangkap guru-guru agama sekolah pondok di selatan Thailand. Maka, tercetuslah semula keganasan kepada saudara kita di sana.


Dr.M. Dengan bangganya mengumumkan PEMBERHENTIAN BANTUAN PERKAPITA KERAJAAN terhadap SAR dihadapan satu majlis untuk mengumumkan Universiti milik MCA. Universiti ? (nama melayu)


KEJAM."Siapa yang nak makan sup tangan dan kaki, datanglah ke Kelantan" reaksi spontan Dr.M apabila diminta mengulas tentang Hudud. (teringat kenyataan Sharizat Jalil tentang kes Jeslina dulu)


KETINGGALAN."Hukum hudud zaman primitif boleh la","Nabi tak cukur janggut sebab takder Gillet" oleh Dr.M. "Dalam Al-Quran mana ada tulis cara nak buat Highway!" kata Sami Vellu ketika panas berkenaan hudud di parlimen. (Malaysia satu2nya negara yang tidak menyiarkan sidang parlimen secara langsung, mengundi tanpa mencelup dakwat inai di jari dan badan pencegah rasuahnya diletakkan dibawah jabatan perdana menteri, bukan bawah parlimen, di dunia ini)


MENINDAS WANITA. Bantahan Sharizat Jalil terhadap Enekmen Syariah baru-baru ini amat mengecewakan kita.


Kenyataan-kenyataan ini sepatutnya di buat oleh orang bukan Islam. Tetapi KINI dibuat oleh mereka yang mengaku Islam. So, bagaiamana? :)


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:


salam...


AdukaTaruna wrote:





Kenyataan-kenyataan ini sepatutnya di buat oleh orang bukan Islam. Tetapi KINI dibuat oleh mereka yang mengaku Islam. So, bagaiamana? :)  





bagaimana??? bagaimana islam yang "dijual" kepada mereka hinggakan mereka tak mahu menerima??? dimanakah silapnya??? produk... salesman... sales method...


produk - islam dari allah... produk yang kualitinya tiada tandingan...


salesman - masalah penampilan... masalah penyampaian... atau lain-lain?


sales method - teknik jualan yang tak up to date... tak ikut cara jualan yang sempurna seperti yang telah ditetapkan empunya produk... 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

Assalamualaikum ...


Bertikam lidah sesama kita ni boleh kira dah jadi adat resam. Jangan ada isu gerenti macam pak belalang. Kan andai kata lebih baik kita buahkan kata sepakat. Kalau si A ada pendapat yg bernas kita benihkan, kalau si B ada pendapat mustajab kita satukan. Baru ada kata sepakat untuk langkah-langkah seterusnya. Barulah kaum kafir segan dengan kita, malu mereka kalau nak mempersendakan Islam kalau mereka tahu Umat Islam ni semuanya tak renggang.


Apa kita semua disini tak cukup handal untuk mengeluarkan idea dan melakukan gerak kerja ? Kene lah jihadkan sedikit masa untuk idea terlaksana. insya'allah boleh kalau semua cerdik pandai bersatu.


Kalau berterusan begini perjalanan yang dipilih ermmm ... isu pisang goreng panas lah gamaknya.


Wa'salam.


 


pHiz: tahniah untuk abg Mas, akhirnya bersuara jugak kita.



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Veteran

Status: Offline
Posts: 67
Date:

Assalamualaikum..


  Alhamdulillah.. sekurang˛ nya.. dapat menyuarakan bantahan terhadap penghinaan yang dibuat oleh akhbar serawak itu..


 


   



__________________
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HI WABARAKATUH... ALLAH HUMMA SOLLI 'ALA SAI E DINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASAH BIHI WASSALIM...


Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:

pHiz wrote:


Assalamualaikum ... Bertikam lidah sesama kita ni boleh kira dah jadi adat resam. Jangan ada isu gerenti macam pak belalang. Kan andai kata lebih baik kita buahkan kata sepakat. Kalau si A ada pendapat yg bernas kita benihkan, kalau si B ada pendapat mustajab kita satukan. Baru ada kata sepakat untuk langkah-langkah seterusnya. Barulah kaum kafir segan dengan kita, malu mereka kalau nak mempersendakan Islam kalau mereka tahu Umat Islam ni semuanya tak renggang. Apa kita semua disini tak cukup handal untuk mengeluarkan idea dan melakukan gerak kerja ? Kene lah jihadkan sedikit masa untuk idea terlaksana. insya'allah boleh kalau semua cerdik pandai bersatu. Kalau berterusan begini perjalanan yang dipilih ermmm ... isu pisang goreng panas lah gamaknya. Wa'salam.   pHiz: tahniah untuk abg Mas, akhirnya bersuara jugak kita.


tersentuh hati baca posting Phiz... tahniah juga pada abang Mas. Terharu juga baca komen abang Mas di kenyataan akhbar tu. siap ada nas dan dalil lagi.


tulah kita, dalam pada kita melalak kat sini, rupanya abang mas tak dok diam... tengok tarikh tu awal awal lagi dia dah antar kat Media...


tapi apasal tak keluar ni...? surat khabar mana abang mas antar?



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 62
Date:

Assalamualaikum ... Bertikam lidah sesama kita ni boleh kira dah jadi adat resam. Jangan ada isu gerenti macam pak belalang. Kan andai kata lebih baik kita buahkan kata sepakat. Kalau si A ada pendapat yg bernas kita benihkan, kalau si B ada pendapat mustajab kita satukan. Baru ada kata sepakat untuk langkah-langkah seterusnya. Barulah kaum kafir segan dengan kita, malu mereka kalau nak mempersendakan Islam kalau mereka tahu Umat Islam ni semuanya tak renggang. Apa kita semua disini tak cukup handal untuk mengeluarkan idea dan melakukan gerak kerja ? Kene lah jihadkan sedikit masa untuk idea terlaksana. insya'allah boleh kalau semua cerdik pandai bersatu. Kalau berterusan begini perjalanan yang dipilih ermmm ... isu pisang goreng panas lah gamaknya. Wa'salam.   pHiz: tahniah untuk abg Mas, akhirnya bersuara jugak kita.


 


 


   



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

baca dan ambil ikhtibar....


Memanglah karikatur itu teruk dan jahat betul. Satu kartun menggambarkan Nabi bertanduk, Nabi bermuka bulan bintang dan ada pula mengandungi sketsa bagaimana mahu memerangi 'jihad global' dengan seorang lelaki berjubah (Nabi) berkata: "Stop stop. We have run out of virgins".


Kejahatan dan kebencian sesetengah orang bukan Islam terhadap Islam sudah jelas. Mungkin tiada apa yang perlu dibahaskan mengenai perkara ini. Ketika Nabi hidup pun, mereka mempamerkan kejahatan itu, apatah lagi apabila Nabi tiada, dan umat pun, dari sehari ke sehari semakin jauh daripada zaman itu.


Umat Islam baru saja menyambut tahun baharu Hijrah ke-1427, bermakna semakin jauhlah kita daripada Rasulullah s.a.w., sahabat-sahabat dan seterusnya ulama-ulama zaman silam.


Pada ketika kita memperkatakan mengenai penghinaan orang kafir terhadap Islam (termasuk junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.), dirasakan elok juga kita mencermin (bermuhasabah) diri, entah-entah (nauzubillah), kita termasuk juga golongan yang menghina agama sendiri.


SeCrEt aGeNt....MUHASAbah diri...



__________________
semoga ilmu yang di peroleh di berkati ALLAH SWT dan dapat dimanafaatkan untuk mewujudkan insan rabbani dan masyarakat madani.


Veteran

Status: Offline
Posts: 30
Date:


AdiPutra wrote:





pHiz wrote: Assalamualaikum ... Bertikam lidah sesama kita ni boleh kira dah jadi adat resam. Jangan ada isu gerenti macam pak belalang. Kan andai kata lebih baik kita buahkan kata sepakat. Kalau si A ada pendapat yg bernas kita benihkan, kalau si B ada pendapat mustajab kita satukan. Baru ada kata sepakat untuk langkah-langkah seterusnya. Barulah kaum kafir segan dengan kita, malu mereka kalau nak mempersendakan Islam kalau mereka tahu Umat Islam ni semuanya tak renggang. Apa kita semua disini tak cukup handal untuk mengeluarkan idea dan melakukan gerak kerja ? Kene lah jihadkan sedikit masa untuk idea terlaksana. insya'allah boleh kalau semua cerdik pandai bersatu. Kalau berterusan begini perjalanan yang dipilih ermmm ... isu pisang goreng panas lah gamaknya. Wa'salam.  


pHiz: tahniah untuk abg Mas, akhirnya bersuara jugak kita. tersentuh hati baca posting Phiz... tahniah juga pada abang Mas. Terharu juga baca komen abang Mas di kenyataan akhbar tu. siap ada nas dan dalil lagi. tulah kita, dalam pada kita melalak kat sini, rupanya abang mas tak dok diam... tengok tarikh tu awal awal lagi dia dah antar kat Media... tapi apasal tak keluar ni...? surat khabar mana abang mas antar?




nampaknya bukan saja dari pekida... isu ini tentu di komen oleh banyak NGO lain, tapi di dada akhbar tak nampak komen dari NGO macam isu yg lain lain. tak tau kenapa...

__________________
System Integrator,
OPENSOURCE Business Solutions,
http://www.sumberterbuka.com.my


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

yasir wrote:


 nampaknya bukan saja dari pekida... isu ini tentu di komen oleh banyak NGO lain, tapi di dada akhbar tak nampak komen dari NGO macam isu yg lain lain. tak tau kenapa...


Betul kata Yasir. Saya yang juga terlibat dalam menghantar artiel itu direct pada email dan fax media pun rasa hairan. Kenapa tak ada kenyataan dari NGO. Bukan dari RnD Pekida sahaja. Takkan Perkim, Yadim, Perkid dan pelbagai pertubuhan NGO Islam berdiam diri. Harap ada adik beradik yang bertugas di jabatan2 media tu dapat check dan maklumkan pada kami.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard