Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Renung2kanlah...


Senior

Status: Offline
Posts: 177
Date:
Renung2kanlah...


Subject: Tepuk dada, tanya hati...


 


Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka pergi
bersembahyang di kuil membawa semua ahli keluarga
mereka, daripada cucu mereka yang masih dalam buaian
hinggalah ke datuk nenek mereka yang bertongkat.


Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi jarang
kelihatan mereka membawa ahli keluarga mereka daripada
cucu hinggakan ke pangkat datuk apabila ada keraian dimasjid, apatah lagi pada ketika solat Jumaat.


Orang Hindu cintakan agama mereka, semua ahli keluarga
mereka berpakaian cantik dan bewarna-warni apabila
pergi ke kuil.


Orang Islam cintakan juga agama mereka,
tetapi adakalanya pakaian pergi kerja lebih cantik dan
kemas daripada pakaian apabila pergi ke masjid.


Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka menghiasi
cermin kenderaan mereka dengan kata-kata ajaran Hindu
yang memberi semangat kepada mereka untuk lebih
menghayati agama mereka.


Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi jarang kelihatan menghiasi cermin kenderaan mereka dengan pelekat-pelekat yang
membesarkan kalimah Allah.


Orang Hindu cintakan agama mereka, dimana mereka
berada mereka akan membina tempat sembahyang tanpa
mengharapkan sumbangan pihak berkuasa.


Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi sentiasa
mengharapkan pihak berkuasa untuk mendirikan masjid
atau surau.


Orang Hindu cintakan agama mereka, dimana mereka
sentiasa pergi ke kuil untuk mendapat restu sami mereka.


Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi
jarang bertemu para ulamak untuk mendapat restu
mereka.


Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka menjadikan
kuil sebagai tempat rujukan.


Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi masjid dan surau semakin lama semakin sepi.


 


 


Maka apakah kita mempertahankan Artikel 121 (1A)
Perlembagaan Persekutuan atas dasar kita cintakan
agama Islam, sedangkan kecintaan kita kepada agama
kita tidak seperti kecintaan penganut Hindu terhadap
agama mereka. Kecintaan kita kepada sesama Islam tidak
sama seperti kecintaan penganut Hindu sesama mereka.
Apatah lagi kecintaan kita kepada mereka yang baru
memeluk agama Islam.


 


I|I WALLAHUALAM I|I



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard