Kisah ni berlaku pada zaman tak la dulu sangat… alkisahnya bermula apabila org2 kampung pergi masjid utk sembahyang jumaat. adalah sorang pakcik yang datang ke masjid ngan bas, ngan beskal dan jalan kaki pun ada. masa tgh semayang ni semua org dok senyapla… tetiba masa rukuk , duit lima posen pakcik A yang sorang ni jatuh kat atas sejadah pakcik B kat sebelah dia... masa sujud tu tgn pakcik B tertindih duit lima posen tu… maka risaulah pakcik A tu , takut kalau2 pakcik B nak amik duit dia… jadi... masa tgh sujud tu…
Pakcik A : eh... kamu kat sebelah aku tu… jangan amik duit lima posen aku tu , aku nak buat tambang bas...
Pakcik B : huh aku tak pelahaplah nak amik duit lima posen kau tu... setakat lima posen, apa kelas…
Pakcik C : ( tetiba dia menyampuk) Eh... mana boleh bercakap masa sembahyang... batal sembahyang tau!!!
Pakcik D : (menyampuk jugak) ek eleh yang kau bercakap tu takper la???
Pakcik E : NASIB BAIK AKU TAK BERCAKAP YE..HE HE HE…
Jadik masa sembahyang jumaat hari tu kelima2 lah yang batal sembahyangnye... moralnya...jangan la jadik jahil sgt...
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."