ASSALAMMUALAIKUM semua....tahun baru tahun 2006 baru melangkah bulan yang kedua,namun banyak lagi yang kita patut renung dan ambil iktibar supaya tidak berulang unutk kali yang keduanya pada tahun ini..insyaallah baca dan ambil iktibar sahabat semua.
UMAT Islam Malaysia memasuki 2006 dengan penuh kebimbangan kerana tidak siapa yang berani menafikan bahawa disebabkan suasana sukaria yang diwujudkan oleh sesetengah pihak dan krisis akhlak anak-anak muda Islam akan berlanjutan dan pasti akan bertambah teruk lagi.
Satu fenomena baru ialah anak-anak muda Islam, ramai dari golongan terpelajar dan dari golongan atasan, sekarang meminati muzik-muzik ‘underground’ kerana bagi mereka muzik ‘conventional’ sudah lapuk. Menurut mereka, mereka mahukan sesuatu cara baru untuk meluahkan perasaan sebebas-bebas nya.
Trend ini tentu sekali akan memeningkan kepala pihak polis kerana masalah anak-anak muda Islam yang sudah adapun sudah tidak terkawal lagi. Di musim Krismas dulu seorang gadis Melayu (saya kira dia Islam) bernama Nadhrah binti Iman dipaparkan di sebuah akhbar Inggeris, seronok bekerja sambilan sebagai ‘Santarina’ di Pusat beli belah Mega Mall, Kuala Lumpur.
Kata Nadhrah, seorang penuntut, dia seronok menjadi Santarina kerana dapat bertemu orang ramai dan dapat pula buat wang. “Ada juga orang tua yang cuba meraba-raba saya," tambah Nadhrah.
Nadhrah dan seorang rakannya, gadis China, memakai pakaian seperti ‘Santa Claus’ untuk membantu Santa Claus, seorang rakyat Amerika yang sekarang menetap di sini, mendengar impian kanak-kanak dan kemudian memberikan hadiah-hadiah Krismas.
Dengan melibatkan dirinya dengan kegiatan perniagaan musim Krismas ini, Nadhrah bukan sahaja menyertai satu kegiatan yang ‘haram’ di sisi Islam sedangkan Santa Claus hanyalah berupa amalan purba atau paganism untuk memeriahkan lagi Krismas.
Jadi Nadhrah menyertai bukan sahaja satu kegiatan yang ditentang oleh Islam malah dikutuk oleh Kristian sendiri. Santa Claus hanya berupa satu ciptaan bagi membolehkan gedung-gedung perniagaan meraih keuntungan.
Malah bagi Kristian Orthodox di Russia, Greece, Romania, Cyprus dan Serbia 25 Disember bukan lah tarikh lahir Nabi Isa Alaihissalam yang betul. Mereka menyambut Krismas pada 7 Januari.
Soalnya saya ingin bertanya kepada anda semua apa hukumnya gadis Islam ini menjadi Santarina yang juga semestinya berpakaian membuka aurat.
Ibubapa Nadhrah dan orang-orang Melayu Islam Liberal mungkin akan membela Nadhrah dengan kata-kata: ”Alah, apa hendak dihebohkan. Dia suka-suka saja sambil mencari wang poket. Iman dan Taqwa adalah soal individu.
Kalau diterima maka kita beralih pula kepada kisah empat orang gadis Islam dihadapkan ke mahkamah minggu lalu atas tuduhan melakukan tarian bogel di sebuah kelab malam kepunyaan Cina.
Mereka dituduh berbuat demikian di satu bilik khas untuk seorang taukeh Cina yang menyambut hari lahir nya – satu kerjaya yang bukan sahaja memalukan orang Melayu Islam tetapi mencemarkan ajaran Islam.
Dari segi logiknya, orang-orang Melayu (termasuk wanita) tentu akan ‘mengHaruskan’ perbuatan empat gadis Islam itu sebab dek tekanan hidup mereka terpaksa membuat kerja itu.
Juga satu berita muka depan akhbar KOSMO beberapa hari lalu mendedahkan bahawa ada pasangan Melayu Islam rela naik ke pentas melakukan kucupan di satu acara pemasaran satu produk.
Kalau begitu maka gadis-gadis Melayu Islam patut digalakkan menjadi model-model pameran kereta, pramugari dan menyertai pertandingan ratu cantik yang memerlukan pendedahan aurat.
Semua kerjaya ini memberi pendapatan yang amat lumayan dan selama ini gadis-gadis Cina sahaja yang memonopolinya. Pasti ramai ibubapa Melayu Islam yang ingin melihat anak gadis mereka bersaing dengan gadis bangsa lain.
SeCrEt AgEnT....berpijak pada bumi nyata.
__________________
semoga ilmu yang di peroleh di berkati ALLAH SWT dan dapat dimanafaatkan untuk mewujudkan insan rabbani dan masyarakat madani.