assalammualaikum kanda dan adinda sekalian...terpanggil dinda untuk ber sedikit tentang satu perkara...
Orang bukan Islam sudah jelas dengan kekafiran mereka, termasuk menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi bagaimana pula perbuatan orang Islam dalam kehidupan seharian yang juga jelas menghina Islam?
Sebagai contoh, berjudi adalah haram dalam Islam. Di bandar-bandar besar hatta kecil di negara kita yang kini bergelar negara Islam contoh dan memimpin organisasi ummah terdiri daripada lebih 55 negara mewakili 1.5 bilion manusia (Pertubuhan Persidangan Islam – OIC), ada banyak kedai judi (ekor) yang dibuka kepada semua.
Di dinding premis kedai judi, terpampang kenyataan bahawa orang Islam dilarang berjudi. Tetapi berdasarkan pemerhatian adinda, ramai orang yang mengaku Islam pun turut sama berjudi. Apabila hal ini terjadi, Islam itu secara automatiknya dihina, bukan saja membabitkan penjudi, tetapi juga mengheret sama kerajaan, pihak berkuasa dan semua orang Islam.