Al-Fatihah Dato Fuad telah kembali ke Rahmatullah hari ini, pagi isnin 24/04/06.Jenazah berada di kediaman beliau beralamat No 6, Lorong 2, Jln Gurney Keramat, Kuala Lumpur dan akan dikebumikan selepas solat zohor. Bagi yg hendak hadir menziarah digalakkan memakai Pakaian berkabung iaitu Baju melayu lengkap warna hitam+songkok hitam+sampin songket.
Jenazah Datuk Dr. Fuad, Presiden Pekida telah selamat bersemadi di tanah perkuburan Dato Keramat. Jenazah beliau disempurnakan selepas solat jenazah dan solat zuhur di Masjid Dato Keramat (Al Akram). Ramai adik beradik yang hadir memberikan penghormatan buat kali terakhir temasuk VIP yang kelihatan di tanah perkuburan iaitu Dato Noh, Datuk Astaman, Ayahanda Malik Ranting dan ramai lagi.
Takziah kepada Datin @ ibu serta keluarga.
Semoga roh ayahanada Datuk Dr. Fuad bersemadi dengan aman dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.
Al-Fatihah Buat keluarga Arwah Ayahnda Dato. Dr Fuad selaku presiden PEKIDA yang baru sahaja kembali ke rahmatullah tengahari tadi. Semoga Allah s.w.t. Mencucuri rahmat keatas rohnya dan tempatkanlah rohnya di tempat orang2 yang beriman.
Al-Fatihah Buat keluarga Arwah Ayahnda Dato. Dr Fuad yang baru sahaja kembali ke rahmatullah tengahari semalam. Semoga Allah s.w.t. Mencucuri rahmat keatas rohnya dan tempatkanlah rohnya di tempat orang2 yang beriman.
Ucapan Takziah Buat Datin Serta Seluruh Ahli Keluarga..