Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Semua Ahli Parlimen wajar contohi Ahli Parlimen Jasin


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:
Semua Ahli Parlimen wajar contohi Ahli Parlimen Jasin


Sikap Datuk Mohd Said Yusof Ahli Parlimen BN Jasin
yang dikaitkan dengan isu rampasan kayu bergegaji oleh
pihak kastam haruslah dicontohi oleh semua ahli
parlimen dan wakil rakyat di Malaysia ini atas dasar
membantu bangsa sendiri. Ahli Parlimen Melayu membantu
bangsa Melayu, Ahli Parlimen Cina membantu bangsa Cina
dan seterusnya.

Dalam kes ini kedua-dua belah pihak ada kebenarannya,
pihak kastam menjalankan tugas mereka mengikut
prosedur, ahli parlimen menjalankan tugas mereka
mewakili rakyat di kawasan mereka.

Dan sepatutnya pembelaan rakyat bukan hanya apabila
ianya membabitkan kerugian ratusan ribu atau jutaan
ringgit, ianya haruslah meliputi kerugian yang
berpuluh ringgit juga akibat disaman atau dirampas
oleh pihak berkuasa kerajaan.

Ahli Parlimen dan wakil rakyat bukan hanya memberi
pembelaan kepada usahawan malah kepada pekerja kilang
dan buruh. Sebagai contoh jika seorang pekerja kilang
bumiputera yang disaman kerana tidak mempunyai lesen
memandu motosikal ketika hendak pergi kerja. Jika gaji
bulanan pekerja tadi hanya RM 500 sebulan dan disaman
dengan RM 300 sebulan, maka tidak salah juga jika
wakil rakyat atau ahli Parlimen di kawasan berkenaan
berunding dengan Ketua Polis Daerah atau Ketua Polis
Trafik Daerah untuk membatalkan saman keatas pekerja
kilang bumiputera tadi atas dasar membantu kaum bangsa
mereka sendiri.

Oleh itu sikap ahli Parlimen Jasin Datuk Mohd Said
Yusof haruslah dicontohi oleh semua ahli Parlimen dan
wakil rakyat untuk membela rakyat dikawasan mereka
tidak kira samada mereka usahawan besar atau kuli
kecil, peniaga besar atau peniaga jalanan tanpa lesen,
mereka yang menduduki banglo mewah atau penduduk
setinggan dan seterusnya.

Sekali lagi dalam kes ini semua pihak ada kebenaran
tindakan mereka. Cuma bergantung kepada proses
rundingan antara kedua-dua belah pihak untuk bersikap
telus dan menggunakan budi bicara mereka.

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 5
Date:


Betul jugak tu...

Datuk Said ni orang dalam ker?

__________________
Yatim


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:

sebagai umat islam kita harus adil dalam apa jua tindakan...

__________________
hamba yang dhoif ..lemah dan fakir


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:


Yatim30 wrote:


Betul jugak tu...

Datuk Said ni orang dalam ker?




Dengar citer memang org dalam. Bekas pengerusi Melaka. Tapi sejak naik MP ni tak berapa peduli lagi pd Pekida dah.

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 99
Date:

itulah dunia... kita sering lupa dimana bumi di pijak... dimana langit dijunjung...
Bila terantuk.. barulah terasa...sakitnya...


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

Alhamdulillah kepada mereka yang membela bangsa...


 


sekadar renungan....syarikat berkenaan adalah Binyu Soft enterprise, milik ahli parlimen jasin itu sendiri.....


 


 



__________________
Terus Berjuang Hingga Ke Titisan Darah Terakhir....Insya Allah


Veteran

Status: Offline
Posts: 66
Date:


uncleblues1963 wrote:

itulah dunia... kita sering lupa dimana bumi di pijak... dimana langit dijunjung...
Bila terantuk.. barulah terasa...sakitnya...





saya setuju dengan cakap uncleblues1963 :)

Syukur Alhamdulillah kepada mereka yg membela bangsa kite

__________________
Ikhlas Jujur Amanah ( BERSATU ) Taatsatia ( TAAT ) Radho Barkorban Barjuang ( SRTIA ).


Veteran

Status: Offline
Posts: 64
Date:

LangBuana wrote:


Yatim30 wrote: Betul jugak tu... Datuk Said ni orang dalam ker? Dengar citer memang org dalam. Bekas pengerusi Melaka. Tapi sejak naik MP ni tak berapa peduli lagi pd Pekida dah.


Assalamualikum...


Saya rasa bukan dia tak peduli tapi mungkin ada tugasan penting yang perlu di dahulukan...


salam///


Raden melaka


 



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:

kita harus adil... yang salah tetap salah....

__________________
hamba yang dhoif ..lemah dan fakir


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

metador wrote:


kita harus adil... yang salah tetap salah....


Itu betul apa yang di katakan oleh metador . Tapi kita yang lupa asal usul kita dan dari mana kita datang.


Wassalam



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:

bismillah....


 


dari Allah aku datang dan kepadanya aku kembali.... panduan aku alQuran dan hadis.... imam aku MUhammad s.a.w....


apakah kamu mahu menolak dari berlaku adil kerana asal usul....?



__________________
hamba yang dhoif ..lemah dan fakir
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard