dari pandangan saya,dunia zaman sekarang sedang berlumba-lumba menyiapkan @ mengukuhkan dan menajamkan bahagian pertahanan juga serangan masing2.
rata-rata kita lihat perperangan belaku di sana sini....islam vs kafir dan islam vs islam....
kita dituntut supaya mempertahankan islam biarpun hingga ke titisan darah terakhir.bayangkan sekiranya anak @ isteri @ saudara mara @ sahabat kita dibunuh seperti yang berlaku di palestin.apakah yang akan kita lakukan???
ayohlah kita berjihad memperjuangkan islam...
firman allah dalam surah AN-NISA ayat 77
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan) dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat. (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)? Katakanlah (wahai Muhammad): Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun.
firman allah lagi dalam surah an-nisaa' ayat 95
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;
surah AL-MAAIDAH ayat 35
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
jadi bersama-samalah kita bersiap sedia untuk berjihad menegakkan kebenaran...
ALLAH MAHA BESAR..
>>harap maaf jika tersalah bahasa- hamba tidak bertujuan untuk memporak perandakan sesiapa...hanya sekadar untuk renungan sesama islam
Saya Sokong sangat dengan pandangan Saudara,Sampai Bila kita Hanya mampu Berpeluk tubuh sedangkan Saudara2 kita dibunuh dgn kejam...Mana arah perjuangan kita selama ini?satya harap semua yang berforum di sini dapat melihat dengan mata hati yang bersih...Marilah kita sama2 BERJIHAD membantu saudara2 Seagama kita...Bangunlah Bangsaku Utk Bersatu PERTAHANKAN AGAMAMU!!!