Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Agenda Yahudi-Israel di Asia Barat


Veteran

Status: Offline
Posts: 30
Date:
Agenda Yahudi-Israel di Asia Barat






 


ASSALAMULAIKUM..ahli forum yang saya hormati sekelian....





 

 

 

 

 

 

 

 

 

Serangan ketenteraan Israel di Asia Barat semakin meluas. Setelah mereka berjaya menyerang Jalur Gaza, Palestin. Israel juga berjaya menyerang Beirut dan kota-kota lain di Lubnan dengan serangan udara besar-besaran. Ratusan nyawa rakyat yang tidak berdosa telah menjadi korban serangan mereka.


Semakin payah untuk memahami kezaliman serangan Israel di kedua wilayah Asia Barat ini. Disusuli pula saat masa depan perdamaian di Palestin bertambah suram. Juga menjadi persoalan baru kepada kita semua dengan keadaan Israel memperluaskan konflik di Lubnan.


Ada cubaan yang menyatakan desakan serangan Israel di Gaza menjustifikasi sebagai usaha untuk membebaskan beberapa orang tenteranya yang di culik oleh aktivis Hamas. dan di Lubnan dengan adanya pejuang Hizbullah yang telah melakukan apa yang dianggap sebagai ‘provokasi’.


Tetapi, kebenaran seperti ini sungguh tidak boleh di terima pakai. Apatah lagi untuk menyatakan tindakan itu sebagai 'provokasi'. Secara tak langsung Israel telah melakukan satu tindakan yang bodoh dan sangat zalim, dengan bertindak melakukan serangan besar-besaran dan melanggar kedaulatan sesebuah negara.


Fenomena ini terus menjadi ketelitian untuk dikaji. Kerana di sebalik serangan besar-besaran yang dilancarkan itu hanyalah mempunyai alasan yang kecil. Ini sudah tentu mereka mempunyai suatu agenda lain. Apakah agenda sebenarnya yang berselindung di sebalik serangan itu? Terpulanglah kepada mereka yang bijak pandai untuk menilainya.


Tetapi, berjaya dari aspek apa pun agenda Israel ini, kita sebagai umat islam yang mencintai kedamaian tetap menentang keras di atas serangan Israel pada rakyat Palestin dan Lubanan. Selain melanggar kedaulatan wilayah, permainan Israel ini semakin jelas mempersulitkan lagi keadaan dalam usaha perdamaian di Asia Barat yang sudah lama dijajah dan dianiaya.


Kita lihat sikap negara-negara besar Amerika Syarikat (AS) amnya yang telah mempersetujui tindakan Israel dengan alasan 'untuk membela diri'. Sokongan negara gila kuasa AS kepada Israel ini bukanlah menjadi perkara baru.


Yang menjadi persoalan kita hari ini ialah kenapa Pertubuhan keamanan dunia seperti PBB, OIC, NAM dan LIGA ARAB tidak berusaha untuk mengambil tindakan apa-apa pada Israel?


Sedih benar hati ini bila melihat Negera-negara islam hari ini yang menjadi ketua atau pengerusi kepada pertubuhan keamanan sedunia takut kepada AS.


Dunia hari ini terutama Pengerusi OIC yang beragama islam sangat takut kepada AS dan semuanya membuta tuli ketika umat islam ditindas dengan sewenang-wenangnya.


Sikap pemimpin yang membuta tuli seperti ini jelas membuatkan Israel semakin berani untuk terus menghentam sahabat kita di Palestin, dan ini jelas sekali telah memburukkan lagi keadaan yang berlaku.


Sesungguhnya AS bijak mengambil peluang yang ada untuk mengaburi mata dunia. Kerana tindakan penaklukannya di Iraq dan Afghanistan telah menjadi kecenderungan buat Israel untuk berperang. Sekiranya selama ini AS menjustifikasikan Israel boleh menyerang Iraq dan Afghanistan, kenapa tidak boleh utuk Israel menyerang Palestin dan Lubnan, atau Syria?


Kita mengharapkan sangat pemimpin pertubuhan keamanan dunia, Pengerusi OIC amnya supaya mengambil langkah bersama untuk menentang kezaliman Israel pada umat Islam.


Mereka ini bukan sahaja telah membunuh ramai manusia yang tidak berdosa di Lubnan, malah menyulitkan lagi untuk rakyat Palestin membentuk kehidupan sendiri sebagai negara yang merdeka.



UNTUK TATAPAN SEMUA


WASSALAM



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard