berhubung topik diatas ada juga diantara kita yg bukan ahli tetapi telah pergi ataupun ingin pergi ke kursus tersebut.. apakah ianya tidak menghalang etika kita yg sentiasa berhemah bersetia dan berahsia?
__________________
'''Dimana Bumi Dipijak, Disitu Langit Ku junjung'''
Tidak jadi masalah. Anda sudah datang kursus ke belum?... jika sudah anda sudah pasti tahu isi kandung kursus itu. Semua hanya terkait dengan penjelasan halatuju Pekida saja bagi mengelak salahfaham umum tentang Pekida. Perkara rahsia hanya selepas majlis baiah di mana yg tidak sanggup (kurang sekali bilangannya) HARUS KELUAR DEWAN.
Harus di ingat apa yg menjadi rahsia dan apa yg tidak. Logo Pekida tidak rahsia lagi. Nama dan halatuju Pekida sudah keluar surat khabar dan TV...
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
quote: Originally posted by: yadi "berhubung topik diatas ada juga diantara kita yg bukan ahli tetapi telah pergi ataupun ingin pergi ke kursus tersebut.. apakah ianya tidak menghalang etika kita yg sentiasa berhemah bersetia dan berahsia?"
Menurut kata abang "PEKIDA" adalah perutusan bagi yang tersirat ..Jadi disini haruslah difahami maksud sebenar yang TERSURAT dan TERSIRAT ..Bagi saya "PEKIDA" adalah wardah untuk kita berkhidmat secara terang-terangan..
Segala salah dan silap harap diperbetulkan .
__________________
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
Disini saya ingin bertanya , adakah seseorang itu "salah" jika membuka website ini jika dia bukan ahli PEKIDA , adakah "salah" jika seseorang yang bukan ahli PEKIDA dan cuma ahli untuk Forum ini memberitahu rakan yang lain tenteng website ini ?
Tidak ... yang penting mereka memberikan maklumat yang sah tentang diri mereka. Jika mereka tidak berlaku sumbang dan merepek repek dalam forum ini kami akan izinkan. Kerana salah satu dari tujuan forum dan website ini di ujudkan oleh bahgian Publisiti dan Penerangan Taskforce ialah untuk memberi gambaran sebenar tentang hala tuju Pekida kepada bukan ahli atau orang awam...
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
PEKIDA...DULU,KINI DAN SELAMANYA!!!Betul kata Dr. tu..PEKIDA mempunyai halatujunya yang jelas,cuma sesetengah daripada yang menyalahgunakan dasar perjuangan PEKIDA ini...jadi tugas untuk membetulkan salah tanggapan sesetengah pihak terhadap PEKIDA ini bukan mudah..sama-samalah kita bersatu...bak kata'YANG RINGAN RINGAN SAMA DIJINJING,YANG BERAT BERAT SAMA DIPIKUL'wassalam...
quote: Originally posted by: pekida "Tidak ... yang penting mereka memberikan maklumat yang sah tentang diri mereka. Jika mereka tidak berlaku sumbang dan merepek repek dalam forum ini kami akan izinkan. Kerana salah satu dari tujuan forum dan website ini di ujudkan oleh bahgian Publisiti dan Penerangan Taskforce ialah untuk memberi gambaran sebenar tentang hala tuju Pekida kepada bukan ahli atau orang awam..."
Err, jadi .. jika saya ke Sg.Ramal di Kajang , saya berasa segan dan adakah saya seorang apabila saya sampai di sana? atau boleh saya membawa seorang teman dimana dia belum mempunyai "jemputan" untuk menyertai R&D ???
jgn risau.. perjuangan kita kita adlh hakikat rahsia antara kita, tetapi pekida adlh bukan satu rahsia lagi.. pekida adlh wadah perjuangan untuk bangsa kita, jadi jika dia telah faham dan ingin faham kenapa kita tak jelaskan pada dia.. Untuk saya mnyertai perjuangan ini amat sukar sekali.. saya telah dipantau oleh Abg kawasan terlalu lama.. akhirnya, saya berjaya menyertai barisan jemaah kita.. pada kami rahsia tetap rahsia berdasarkan 30 prinsip perjuangan.. cuma pekida adalah baju bagi yg tersirat..
__________________
'''Dimana Bumi Dipijak, Disitu Langit Ku junjung'''
samekom .. jika saya ingin menjadi salah seorang ahli pekida tetapi saya tiada kenalan yang terdiri daripada ahli pekida , masih bolehkah saya menyertai pertubuhan pekida , dimanakah tempat yang sesuai membolehkan saya menyertai pertubuhan ini .. untuk pengetahuan, saya tinggal di cheras ..
Alhamdulillah sekira nya saudara napi mempunyai niat ingin bersama-sama dengan kami kejalan kebaikan...sekiranya saudara napi ingin mengetahui jalan perjuangan pekida ini, saya harap saudara dapat mengikuti kursus induksi kefahaman asas pekida di unit R&D di Sg. Ramal kajang...di situ saudara napi dapat sedikit sebanyak pengetahuan tentang penubuhan ini...banyak manfaat yang kita perolehi di situ...sekiranya saudara napi ingin mengikuti kursus itu..seterusnya ingin menjadi ahli pekida, cubalah emailkan hajat saudara itu ke pekida@hotmail.com *Amar Makruf Nahyil Mungkar*...tepuk lah dada, tanya lah iman....sekian assalamualaikum...
assalamualikum, sesiapa sahaja yang mengesakan Allah s.w.t dan beriman dengan rasul nya di jemput hadir sama di R & D kajang, insyaallah kami ada bersama meraikan saudara saudara semua.....
maaf sekira terkasar bahasa.Tetapi saya rasa terpanggil untuk menyuarakan pendapat untuk menenangkan hati saya sendiri(mungkin juga saudara semua yag befikiran yang serupa).
Kematangan berfikir and kepantasan akal untuk menyelesaikan masalah (critical thinking) adalah salah cabang ilmu yang seharusnya diambil iktibar oleh semua temasuk saya.Setiap masa ada saja masalah yang membelenggu pemikiran kita.Kita disaran kan untuk menyelesaikan masalah itu.Tak dinafikan tahap kematangan, pergaulan,bidang kejaya,budaya dan etika kerja membentuk jati diri dan mendorong kepantasan fikiran untuk membuat keputusan.
Tapi tolonglah,pada sesiapa yang bekenaan,harap semak kembali soalan yang ingin disampaikan agar ianya tidak dipandang rendah oleh orang kedua.
Saya sokong dengan kata Dr.Masjuki.Semuanya sudah tersurat hanya kita saja yang MESTI untuk berlaku adil untuk diri sendiri,berusaha lebih sikit.
Contoh.Makanan sudah terhidang dengan lazatnya.siap dengan kelengkapan sekali.Jangan lah ditanya dimana nak cari pinggan, sudu, gelas minuman.Berusahalah sikit lagi untu menikmati kelazatan juadah tsb.
assalammualikum.... sebelum join PEKIDA klu bley timba ar pengetahuan dan ilmu2 agama dengan setulus-tulusnya cth nya cam saya dan yang lain...wat ape join PEKIDA sekadar untuk menunjuk-nunjuk dan x jujur dalam perjuangan..bagaimana kita nak mencari KHALIFAH yang sejati sedangkan ilmu di dada tidak penuh lagi.. adakah sikap menunjuk-nunjuk ini akan ditunjukkan di akhirat kelak,klu kat dunia boleh ar...tapi balasan akhirat cam mane plak..btol x..? wlaupn saya lom join PEKIDA tapi klu nak diikutkan dah lama saya mengikuti perkembangan PEKIDA.. so x salah untuk menambah ilmu kita.. yang kat luar sane saper sokong...?:??