Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Belum jadi ahli? Jom Pi Induksi...


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:
Belum jadi ahli? Jom Pi Induksi...


Assalamualaikum...


Lama rasanya saya tak menulis kepada forum Pekida ni. Selalunya asyik baca segala tulisan dan komen ahli forum ni. Saya ada satu cadangan untuk semua ahli forum yang masih belum menjadi Ahli Pekida dan ingin pergi ke Kursus Induksi di Kajang.


Saya cuma membuat cadangan dan jika cadangan saya ini tak elok pada pandangan ahli berdaftar Pekida, saya mohon ampun dan maaf. Tujuan saya ialah untuk mengajak semua ahli forum yang ingin menjadi ahli Pekida dan ingin pergi ke Kursus Induksi di Kajang (termasuk ler diri saya sendiri!).


Saya bercadang untuk pergi ke Kursus Induksi di Kajang pada 28 Desember 2004 selasa malam rabu (cuma cadangan saya). Sengaja saya pilih tarikh yang agak lewat kerana untuk memberi masa kepada kawan-kawan yang ingin mengikuti saya ke sana untuk merancang. Kalau kawan-kawan ada masa yang lebih sesuai, saya amat alu-alukan tarikh yang sesuai. saya ni mengikut ajer... cuma kalo boleh marilah kita berkumpul dan pergi ke sana beramai-ramai. Boleh ler kita berkongsi-kongsi kenderaan kepada sesiapa yang tidak ada kenderaan.


Ini kerana saya dah banyak baca artikel yang diterbitkan di forum ini untuk bertanya mengenai bagaimana menjadi ahli... marilah kita ke Kajang bersama-sama. Lagi ramai lagi seronok. Bagi sesiapa yang berminat boleh ler bagi reply di sini atau PM jer saya. 


Sekali lagi saya mohon ampun dan maaf kalo apa yang saya cadangkan ini salah pada pandangan mata ahli Pekida(maafkan saya Dr. kalo silap!).


Kita cuma merancang... Allah Taala jua yang menentukan.



__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Veteran

Status: Offline
Posts: 96
Date:

Wa'alaikumussalam..
bagus jugak cadangan ni..Insya Allah..saya akan ikut sekali bersama2 dgn teman2 yg lain..saya dah rancang bersama kwn..alang2 dah ada tarih utk beramai2 kita berkursus..baguslah..jumpa kita disana..

__________________
ash


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

Assalamualaikum wbt...


Nak tanye sket bleh x? Berapa had umur utk org ke Kursus Induksi tersebut? Sama seperti dlm syarat2 sebelumnyekan? Kurang pastila....


Hanya ingin mengetahui.....


Wassallam.. 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:

Pasal had umur tu kena tanya mereka yang dah menjadi ahli Pekida sahaja. Saya harap, abang-abang Pekida dapat menerangkan...

__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:

saya ingat pun nak gi jugak , tapi 28hb tu agak lambat bagi saya.lagipun ade exam.Aper kate 7hb ke 14hb ke amacam?transpot saya ader tapi jalan saya tak berapa paham walaupun saya dah tengok peta tu.

__________________
wann


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:

Berkenaan dengan tarikh tu, kena tanya kekawan di atas. pasal ada yang setuju ngan tarikh yang sya cadangkan. kita kena ikut majoriti ler.. takper, apa-apa hal kita fikir balik ok?

__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Guru

Status: Offline
Posts: 501
Date:

Assalammualaikum,


Seperti telah saya tulis sebelum ini, had umur tidak kurang 18 tahun keatas, mempunyai pekerjaan tetap, matang, anak-anak yang masih mengaji tidak digalakkan, tidak mahu membebankan mereka.


Pertubuhan ni bukan main-main, boleh keluar masuk sesuka hati berforumlah dahulu sambil-sambil menimba ilmu jangan teruja sangat ... kepada adik beradik lain dan ahli forum, maafkanlah saya sekiranya pendapat saya ni korang elok.



__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:


quote:


Thanks bro Betara... betul apa yang bro katakan tu. ini bukan pertubuhan untuk kita main-main atau bermegah-megah. kepada yang ingin ikut serta harap dapat berfikir semasak-masaknya. atau untuk lebih elok lagi, buatlah sembahyang istikharah... maaf kalo pendapat ni ada menyinggung mana-mana pihak.





Originally posted by: betara
"Assalammualaikum, Seperti telah saya tulis sebelum ini, had umur tidak kurang 18 tahun keatas, mempunyai pekerjaan tetap, matang, anak-anak yang masih mengaji tidak digalakkan, tidak mahu membebankan mereka. Pertubuhan ni bukan main-main, boleh keluar masuk sesuka hati berforumlah dahulu sambil-sambil menimba ilmu jangan teruja sangat ... kepada adik beradik lain dan ahli forum, maafkanlah saya sekiranya pendapat saya ni korang elok. "






__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:

quote:

Originally posted by: ungkuomar

"Berkenaan dengan tarikh tu, kena tanya kekawan di atas. pasal ada yang setuju ngan tarikh yang sya cadangkan. kita kena ikut majoriti ler.. takper, apa-apa hal kita fikir balik ok?"


kalau ramai nak pegi ari tu, saya ingat nak join gak.ramai ke nak pergi?


p/s ungkuomar , awak belajar kat puo ke dulu?saya pun dulu buat sijil kat sane



__________________
wann


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:

quote: Yup, saya buat Diploma kat sana tahun 1997 - 1999. buat masa skang ni dah dua orang PM saya dan confirm nak ikut. saudara fikir dulu ler macam mana tentang tarikh tu pasal diorang semua setuju ngan tarikh tu...

Originally posted by: saf_one

" kalau ramai nak pegi ari tu, saya ingat nak join gak.ramai ke nak pergi? p/s ungkuomar , awak belajar kat puo ke dulu?saya pun dulu buat sijil kat sane"



__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Senior

Status: Offline
Posts: 217
Date:

Assalamualaikum ..


insyallah saya juga ingin menyertai induksi ini bersama sama rakan yg lain..


sebelum tu ingin bertanya sikit,ungkuomar ni tinggal mana? jadi kita nak berkumpul di mana dahulu sebelum bertolak sekali ke kajang..



__________________

~Solat Tiang Agama~
wanbos@prihatin.com
0163233036


Veteran

Status: Offline
Posts: 53
Date:

alhamdulilah ramai sungguh saudara saudara yang baru..yang hendak mengenali tetapi sebelum itu ingat dahulu ape motif anda...dalam perjuangan ini...ok..

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 501
Date:

shukur, dan adalah elok dibaca artikel yang dipostkan oleh keluarag PEKIDA saudara sniper terlebih dahulu semoga dapat kita ambil iktibar.


wassalam



__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -


Senior

Status: Offline
Posts: 425
Date:

betul kata saudara redza ngan betara tu...kita perlu jelas tentang motif dan tujuan kita dengan mendalam sebelum menyertai mana-mana persatuan. setelah jelas mengenainya,cuba fikir-fikirkan apa sumbangan yang boleh kita berikan pada persatuan...

__________________
|||BATU|||


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:

Assalamualaikum ..

Betul apa yang telah di utarakan oleh saudara elie .. fikir masak masak sebelum masuk kerana ianya tiada jalan keluar kecuali melaluiNya .. ini bukan macam pertubuhan lain lain .. kerana kita nanti bukan sahaja berjanji kepada pertubuhan malah kepada Yang Maha Esa .. bila bila masa sahaja dia boleh tarik apa yang kita 'ada' .. Namun, perjuangan tetap sama .. Amal kan yang Makhruf , Elakkan yang Mungkar .. Insyallah, anda akan ditempatkan nanti bersama sama mereka yang tergolong di dalam mereka yang beriman ..

__________________
~~~@|||Andy|||@~~~


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:

insya allah,saya dah bulatkan tekad utk menyertai pekida .saya telah dapat gambaran kasar tentang apa itu pekida dan halatujunya.kepada abang-abang yang terdahulu menyertainya,terima kasih banyak-banyak atas nasihat dan tunjuk ajar dalam forum ni.saya akan menyusul abang-abang utk memperjuangkan agama,bangsa dan tanah air dalam masa terdekat ni.

-- Edited by saf_one at 10:35, 2004-12-06

__________________
wann


Veteran

Status: Offline
Posts: 64
Date:

Assalammualaikum...


untuk makluman saudara-saudara baru yang ingin menjadi ahli keluarga pekida. saya ada dapat maklumat bahawa esok7/12/2004 saudara batu kurau akan datang ke rnd kajang menngikuti kursus rnd.untuk makluman..saudara batu kurau telah pun menjadi ahli.beliau juga telah memaklumkan untuk ajak sesiapa yang belum pergi kursus sama ada ahli atau pun ingin menjadi ahli untuk datang bersama-sama esok malam.


So saya cadangkan jika ada kesempatan masa..rakan-rakan yang berminat untuk menjadi ahli bolehlah datang esok.meriah sedikit..insyallah jika saya ada kesempatan masa saya akan turut hadir untuk bersuai kenal dengan rakan-rakan sekalian.saya selalu ke rnd dulu, tetapi kebelakangan ini saya amat sibuk sedikit dengan kerja saya..


so..kepada saudara baru yang berminat untuk menjadi sebahagian ahli keluarga barisan ini..bersihkanlah hati,sucikan diri..dan jika ada kelapangan baca lah artikel muhasabah diri.semoga anda dapat manfaat darinya..ramai yang sanggup mengorbankan apa saja demi barisan ini sebelum diterima masuk..tetapi banyak yg melupai janji itu setelah diterima...


terima kasih.


 



__________________
Rendahkan sedikit Keegoaanmu, perbaiki kematanganmu, perkemaskan ilmumu..Jadilah Orang yang Disegani..Bukannya Digeruni


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:

Assalamualaikum semua ..

Saya juga akan berada di Kajang malam esok ( 7/12/04) .. di harap kita akan bersua nanti esok ..

__________________
~~~@|||Andy|||@~~~


Member

Status: Offline
Posts: 21
Date:

Assalamulaikum..


*salam semua..


mana plak nak carik artikel muhasabah diri tuh..??



__________________
~ Bongek 29~
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard