Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: JEMPUTAN MENYERTAI MAJLIS BERSAMA PAK LAH


Senior

Status: Offline
Posts: 147
Date:
JEMPUTAN MENYERTAI MAJLIS BERSAMA PAK LAH


Dengan ini kami ahli ahli Tasforce ingin menjemput saudara saudara yang mana telah mengikuti kursus induksi bersama kami dalam menjayakan MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI KELUARGA PEKIDA MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA YAB PERDANA MENTERI & PEMIMPIN PEMIMPIN NEGARA.Majlis ini akan berlansung pada hari sabtu ini.Syarat syarat yang harus diikuti sekiranya ingin menyertai kami dalam menjayakan majlis kami ini ialah;-


1-Berpakaian uniform Taskforce


>baju melayu hitam/putih


>kain sampin hitam bersalut emas


>songkok hitam


>kasut hitam


2-Penampilan diri haruslah kemas dan penuh dengan disiplin pada setiap masa sepanjang majlis itu berlangsung.


Bagi menghargai bakti saudara saudara yang akan menyertai kami dalam menjayakan majlis ini Dr.Hj.Masjuki akan menanugerahkan sijil penghargaan buat semua yang terlibat.Dalam majlis ini juga nanti akan diadakan majlis bergambar besama penaung kita 'Pak Lah' dengan ini satu lagi testimoni yang amat berharga buat saudara yang akan membantu kami.


Taklimat bagi membahagikan peranan setiap sesiapa yang akan menjayakan majlis ini akan diadakan pada hari jummaat pada jam 5.00 petang(selepas waktu pejabat) bertempat di Central Market,berhadapan dengan perhentian bas Klang.Taklimat ini juga adalah untuk mengagihkan tag tag nama untuk majlis ini.


Oleh itu kepada sesiapa sahaja yang telah mengikuti kursus induksi ayuhlah menyahut seruan ini dan tidak melepaskan peluang keemasan mendampingi penaung kita.Saudara saudara haruslah memberi butir butir penuh diri seperti nama penuh,alamat terkini,no.telefon di mana saudara saudara boleh mengirimnya di forum atau emailkan kepada webmaster.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 256
Date:

Assalamualaikum......Ucuk nak tanya.....bagaimana perjumpaan yang dijadualkan malam hari jumaat nanti di rnd?

__________________
http://www.firstmilk.com


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:

assalamualaikum...


malam nie tetap teruskan..kepada saudara ucuk..moleknya kalau ucuk hadir pada malam ini..dapat juga saudara ucuk meringankan kerja kami dalam persiapan akhir majlis terbuka itu nanti..



__________________
"WoKeY JeR"


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:

Assalamualaikum Wrh wbt


 


 Di sini saya wakil dari Unit R&D ingin menjemput  semua ahli PEKIDA di FORUM untuk berkumpul di pejabat Pusat Unit R&D. Ini kerana pihak R&D ingin mencari Ahli Task Force untuk mengendalikan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya AidilFitri PEKIDA Wilayah Persekutuan bersama Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 11 Disember 2004 ini.


 


Dengan itu sekiranya saudara ingin bersama-sama dengan kami, sila lah hadir pada malam ini di  pejabat Pusat Unit R&D di Sg. Ramal Baru dan di Central Market berhadapan dengan stesen bas klang (berdekatan pentas) pada 10/12/2004 selepas office hour.Kami akan memberi sedikit taklimat untuk menjayakan majlis itu nanti…


 


Ini lah peluang kita untuk menjayakan sesuatu majlis yang di hadiri pemimpin-pemimpin negara kita ini…Sebarang pertanyaan sila call saya (Fitri) 012-3408595, Amir Bagio 012-3687695, Faizal 017-3930080 atau terus hubungi Dr.Hj Masjuki..


 


Kepada sesiapa yang telah mengikuti kursus induksi silalah hadir ke pejabat pada hari ini untuk membantu kami dalam persiapan majlis itu nanti.


 


Sila hantarkan butir-butir anda, moleknya hantarlah sekali dengan gambar saudara untuk di buatkan tag nama.


 


Syarat-syaratnya telah di terangkan oleh saudara Amir kita..


 


Kami lebih memandang pada pengurusan diri dan keterampilan setiap ahli. Kami di Unit R&D lebih mementingkan kepada imej yang sempurna.


>keseragaman diri


>peranan diri


>cepat dan tegas


 


UNIT R&d , LATIHAN & PR


Ahmad Fitrie



-- Edited by noc graffin at 14:01, 2004-12-09

-- Edited by noc graffin at 14:02, 2004-12-09

__________________
"WoKeY JeR"


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

bagaiman pula dengan wanita pekida yang ingin menyertai dan bersama-sama membantu majlis bersama pak lah??

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:

Assalamualaikum...


ok begini, kepada wanita pekida yang ingin bersama-sama dgn kami..sila lah hadir pada malam ini..di pejabat unit R&D...untuk wanita pekida pula akan di jaga oleh puteri kita iaitu cik Nurul Fatihah..pakaian pula..


baju kurung lengkap berwarna hitam atau putih


sebarang kesulitan boleh hubungi saya, amir, faizal atau webmaster


sekian



__________________
"WoKeY JeR"


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

adeihhhh baju hitam takder lak...emmmm ada yg leh sewa tak kat R & D sana..??  

__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Senior

Status: Offline
Posts: 147
Date:

Di sini saya sebagai wakil untuk urusetia bagi majlis ini meminta agar kepada sesiapa yang sudah pasti bagi melibatkan diri agar memberi nama penuh,no telefon, ke dalam ruangan ini untuk tujuan pemberian sijil dari pihak kami.Sila serta kan sekali gambar berukuran pasport ke email fine_tunes@yahoo.com dengan secepat mungkin.


Dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak saudara saudara semua didahulukan ucapan ribuan terima kasih.



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 17
Date:

assalammualaikum.


disini sy ingin bertanya, adakah majlis ini khas utk ahli yg telah mengikut kursus sahaja?bagaimana dengan ahli2 yg lain.maaf,sekadar ingin kepastian sahaja.assalammualaikum.



__________________
assalammualaikum///


Senior

Status: Offline
Posts: 147
Date:

Majlis ini terbuka kepada semua namun sijil dan bergambar bersama Pak Lah akan dikeluarkan kepada mereka yang telah mengikuti kursus induksi.

__________________


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

ABANG BAGI KELONGGARAN


 


Mereka yang dapat mengadakan pakaian hitam atau putih dgn songket hitam bunga emas penuh dan songkok dan kasut hitam serta telah berbaiah akan di izinkan menggunakan tag nama Taskforce dan berada di bawah pengurusan rnd.


Cuma abang harap mereka akan ikuti kursus pada hari selasa depan untuk meneruskan usaha dan bakti.


 



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:

Assalamualaikum ..

Majlis tadi berjalan dengan lancar walaupun hujan yang turun agak lebat .. ramai jugak orang yang datang .. dapat berkenalan dengan adik beradik yang bukan dari KL .. satu kesyukuran buat mereka yang hadir tadi .. Alhamdullilah ..

__________________
~~~@|||Andy|||@~~~


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:

assalammualaikum wbt///


Maaflah tak dapat hadir...wah siap masuk tv3 buletin jam 7pagi... tahniah dan syabas


-wasalam///-



-- Edited by azany at 09:50, 2004-12-13

__________________
9:20 14:24 16:41 16:78 29:49 7:179 24:1 75:16 29:49 4:59


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


 


Tahniah untuk semua yg terlibat...




__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard