Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Derita Sakaratul Maut Kerana Mengutamakan Isteri


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:
Derita Sakaratul Maut Kerana Mengutamakan Isteri


Di zaman Rasulullah ada seorang pemuda yang bernama Alqomah, ia sangat
rajin
beribadat. Suatu hari ia tiba-tiba jatuh sakit yang sangat kuat, maka
isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah dan mengatakan suaminya
sakit
kuat dan dalam naza sakaratul maut. Apabila berita ini sampai kepada
Rasulullah, maka Rasulullah menyuruh Bilal r.a, Ali r.a, Salamam r.a
dan
Ammar
r.a supaya pergi melihat keadaan Alqomah. Apabila mereka sampai ke
rumah
Alqomah, mereka terus mendapatkan Alqomah sambil membantunya membacakan
kalimah La-ilaa-ha-illallah, tetapi lidah Alqomah tidak dapat
menyebutnya.

Ketika para sahabat mendapati bahawa Alqomah pasti akan mati, maka
mereka
menyuruh Bilal r.a supaya memberitahu Rasulullah tentang keadaan
Alqomah.
Apabila Bilal sampai dirumah Rasulullah, maka bilal menceritakan segala
hal
yang berlaku kepada Alqomah. Lalu Rasulullah bertanya kepada Bilal;
"Wahai
Bilal apakah ayah Alqomah masih hidup?" jawab Bilal r.a, " Tidak,
ayahnya
sudah meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya".
Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal; "Pergilah kamu kepada ibunya
dan
sampaikan salamku, dan katakan kepadanya kalau dia dapat berjalan,
suruh dia
datang berjumpaku, kalau dia tidak dapat berjalan katakan aku akan
kerumahnya".

Maka apabila Bilal sampai kerumah ibu Alqomah, lalu ia berkata seperti
yang
Rasulullah kata kepadanya, maka berkata ibu Alqomah; " Aku lebih patut
pergi
berjumpa Rasulullah". Lalu ibu Alqomah mengangkat tongkat dan terus
berjalan
menuju ke rumah Rasulullah. Maka bertanya Nabi s.a.w. kepada ibu
Alqomah;
"Terangkan kepada ku perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika kamu
berdusta
nescaya akan turun wahyu kepadaku". Berkata Nabi lagi; "Bagaimana
keadaan
Alqomah?", jawab ibunya; "Ia sangat rajin beribadat, ia sembahyang,
berpuasa
dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui
banyaknya". Bertanya Rasulullah; "Bagaimana hubungan kamu dengan dia?",
jawab
ibunya; " Aku murka kepadanya", lalu Rasulullah bertanya; "Mengapa",
jawab
ibunya; "Kerana ia patut mengutamakan aku dari isterinya, dan menurut
kata-kata isterinya sehingga ia menentangku".

Maka berkata Rasulullah; "Murka kamu itulah yang telah mengunci
lidahnya
dari
mengucap La iilaa ha illallah", kemudian Nabi s.a.w menyuruh Bilal
mencari
kayu api untuk membakar Alqomah. Apabila ibu Alqomah mendengar perintah
Rasulullah lalu ia bertanya; "Wahai Rasulullah, kamu hendak membakar
putera
ku
didepan mataku?, bagaimana hatiku dapat menerimanya". Kemudian berkata
Nabi
s.a.w; "Wahai ibu Alqomah, siksa Allah itu lebih berat dan kekal, oleh
itu
jika kamu mahu Allah mengampunkan dosa anakmu itu, maka hendaklah kamu
mengampuninya", demi Allah yang jiwaku ditangannya, tidak akan guna
sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya". Maka berkata
ibu
Alqomah sambil mengangkat kedua tangannya; "Ya Rasulullah, aku
persaksikan
kepada Allah dilangit dan kau Ya Rasulullah dan mereka-mereka yang
hadir
disini bahawa aku redha pada anakku Alqomah".

Maka Rasulullah mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata;
"Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucapkan La
iilaa
ha illallah atau tidak". Berkata Rasulullah lagi kepada Bilal ; "Aku
khuatir
kalau kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana pada aku dan
bukan
dari hatinya". Maka apabila Bilal sampai di rumah Alqomah tiba-tiba
terdengar
suara Alqomah menyebut; "La iilaa ha illallah". Lalu Bilal masuk sambil
berkata; "Wahai semua orang yang berada disini, ketahuilah sesungguhnya
murka
ibunya telah menghalang Alqomah dari dapat mengucapkan kalimah La iila
ha
illallah, kerana redha ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah
syahadat". Maka matilah Alqomah pada waktu sebaik saja dia mengucap.

Maka Rasulullah s.a.w pun sampai di rumah Alqomah sambil berkata;
"Segeralah
mandi dan kafankan", lalu disembahyangkan oleh Nabi s.a.w. dan sesudah
dikuburkan maka berkata Nabi s.a.w. sambil berdiri dekat kubur; "Hai
sahabat
Muhajirin dan Anshar, barang siapa yang mengutamakan isterinya daripada
ibunya
maka ia adalah orang yang dilaknat oleh Allah s.w.t, dan tidak
diterimanya
daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya.



|||kLANG|||


__________________
"WoKeY JeR"


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

pengajaran......:)

__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:

tak ternilai.....

__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

nunggu kat wangi dari adik nurul....satu mesia turun nanti...ekeke

__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Veteran

Status: Offline
Posts: 62
Date:

SoalanCEPU MAS lagi menarik  SIAPAKAH ***IBU*** BERKENAAN?

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:

notify deb jawab kat office laa..k.....kekekek

__________________
"WoKeY JeR"


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

tak rugged ler jawab ket opis...kami pun tak tahu gok...mokekekek...

__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:

sobab den tak tau laa den nak jawab kat office...kekekekek...bang batu kurau esok malam dtg cini tak

__________________
"WoKeY JeR"


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

hehehe...InsyaAllah akan turun...jumpa kita mlm esok ya...

__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Senior

Status: Offline
Posts: 200
Date:



__________________
Amal Makruf Nahyil Mungkar
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard