Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ku Wanita kau Jejaka..Apa bezanya...


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:
ku Wanita kau Jejaka..Apa bezanya...





ku WANITA kau JEJAKA..Apa bezanya.................


Beza Lelaki & Wanita

Lelaki

-Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya
dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan
isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti
gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah
SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.

Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada
isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di
tempatyang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan
dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya
3 kali lebih utama dari bapanya.

Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk
ALLAH di ukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid ecil.

Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: erinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung
oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan
turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi
seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah
istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga
dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.
(Ali-Imran:103). Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan
segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan Alasan untuk membela diri "


       


-nurul- 


 


 


 



__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:

Assalammualaikum wbt///


Alhamdulillah...untunglah lelaki yang bakal jadi suamimu(takde canlah lelaki yang bergelar suami macam saya hehehe....jangan marah ye)...ini yang minat ni dan tertunggu-tunggu artikal dari unit puteri dan wanita ni (boleh saya jadi peminat no 1 unit ni ke)


-wasalam///- 



__________________
9:20 14:24 16:41 16:78 29:49 7:179 24:1 75:16 29:49 4:59


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

woooo merisaukan...menakutkan...jika patuh & taat pada hukum...menggunung kelebihannya...jika cuai..Na'uzubillah...



__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:

Tepuk dada tanya iman....




__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:

Assalammualaikum..


wanita...dijadikan dari sebaik-baik kejadian dari rusuk lelaki sebelah kiri yang bengkok..menjadikannya untuk sentiasa inginkan disayangi/diberi perhatian dan dilindungi oleh lelaki....tulang rusuk yang bengkok menjadikannya mudah terjerumus ke perkara-perkara yang tidak elok jika tidak dibimbing sebaik-baiknya...dikurniakan dengan satu akal..sembilan nafsu...berbanding lelaki..dikurniakan dengan 9 akal dan satu nafsu..menjadikan setiap keputusan yang dibuat amat berbeza...wanita..amat sensitif dan ingin dibelai dan dimanja.,..


Kesimpulannya...adam dan hawa amat saling memerlukan..dimana akhirnya si anak adam ini..dapat membimbing si hawa ke jalan yang baik dan harus dilindungi dan disayangi, hakikatnya semua wanita ingin dicintai dan disayangi...oleh anak adam...si hawa pula..akan dapat memberikan layanan yang baik kepada si adam...


"allah jadikan anak adam dengan berbagai bangsa,agama dan suku-suku serta jantina..untuk salin kita mengenali antara satu dengan yang lain...


wassalam



 


 



__________________
Risik_03


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:



__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:

macam pernah ku dgr ayat tue...tapi di mana ya abg notify....oh yeeeee saya dgr sambil makan roti canai...saya ingat pesanan abg tue...saya pun ader cerita kat kak long kita tue pasai tumpuan kasih sayang ini...(bukan tuk saya bang jgn salah faham)


 


 


|||poie pokan|||



__________________
"WoKeY JeR"


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

assalamualikum semua///


for adik nurul...


Hawa di ciptakan dari rusuk adam, Bukan dari kepalanya untuk di jadikan
Pemimpinnya, Bukan dari kakinya untuk di jadikan alasnya, Melainkan dari
sisinya Untuk di jadikan teman hidupnya, Dekat dengan lengannya untuk di
lindungi, dan dekat di hatinya untuk di cintainya....


 



-- Edited by zerofill at 15:29, 2004-12-14

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Senior

Status: Offline
Posts: 426
Date:
hehehe...


amboiii bro zerofill, ashik2 cik nurul jugak, ashik2 cik nurul kita jugak. haaa, bunga sudah berputik yaaaa...

__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
RE: ku Wanita kau Jejaka..Apa bezanya...


"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.
(Ali-Imran:103).


Tali Allah adalah ikatan yang mengikat dan menyatupadukan manusia.


Tanpa ikatan ini manusia akan berpecah belah.


Ilmu (keupayaan memahami dan melaksanakan firman) adalah Nikmat paling agung dari Allah untuk kita. Manusia kini mempunyai berbagai bagai fahaman yang tidak tentu hala. Berpecah belah kerana berselisih faham. Penyatuan manusia yang kini bermusuh musuhan hanya boleh diperolehi melalui pendidikan, mendidik dan mentarbiahkan mereka dengan satu faham, iaitu faham Allah, melalui pelajaran alkitab. Lihat surah ArRahman (surah 55) ayat 1,2 dan 13. Allah Pemurah, yang mengajarkan alqur'an.... maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang akan kamu dustakan.


Ini saja formula yang boleh membuatkan kita merasa bersaudara, yang sebenar benarnya. Kerana semua ahli berfaham dengan faham yang satu, berbuat dan bekerja dengan matlamat yang satu... satu cara , satu hati, satu janji, satu jemaah, satu tujuan.


Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan Alasan untuk membela diri "


Qiam (berdiri/tegak/bangkit/menang). Hari Qiamat =  adalah hari di mana satu satu projek berjaya. Maka ketua (pengatur) akan mengagih agihkan pahla, hadiah, upah ler... Waktu perancangan ramai yang memberi idea itu dan ini, waktu perlaksanaan, ramai yang memonteng dan menghilangkan diri, waktu post mortem atau majlis sambutan kemenangan ramai yang kembali, menceritakan seribu satu macam sumbangan, terutamnya yang mengulau... HANYA PENGATUR YANG LURUS MENGGUNAKAN FORMULA ALLAH saja yang tahu menilai keikhlasan ahlinya dan mengagihkan pahla... anggota taskforce yang diatur menjadi pemerhati antara satu sama lain akan bercerita, sedangkan ampunya diri terpaksa diam menerima berita. Sumbangan hasil kerja oleh kaki dan tangan saja yang berhak menjawab.


Mengikut hukum keseimbangan alam, apabila satu pihak bangkit/naik/bangun... sebelah pihak lagi akan turun. Oleh itu, tamatlah, berakhirlah masadepan dan riwayat orang yang membangkang, yang tadinya tidak yakin dengan keberkesanan sistem ukhwah islamiah sejati ini, yang mengulau, yang mengherdik, yang mengkeji... itulah AKHIRAT  


RENUNGKANLAH...


 


 


 



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

PUIHHHH...


 


Memang tak silap kita sebulat suara melantik dinda nurul jadi Pengatur unit Putri dan wanita ini... tahniah dinda ... ramai lak yg jatuh hati kat dinda... tak apa kanda gembira melihat kehebatan dinda dan ramai lagi yang telah mulai berubah isi komentar ... beransur ada isi dan padat ... jelas berkesan dengan komen komen atau artikel yang semakin berilmu...



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Veteran

Status: Offline
Posts: 64
Date:

quote:

Originally posted by: Notify

"tak boleh berkasih sayang sesama manusia ianya tak kekal, kasih sayang cuma untuk Allah, kasih sayang tak boleh diminta, dikorbankan, dipaksa ianya dtg dari Allah, kalau sayang sesama manusia itu dtg dari berkatnya kasih kita muhammad pada Allah, awk dah lupa ker abg_long Sniper kena bedal nanti baru tau...A.K.U"


datangnya perasaan kasih dan sayang..dengan berbagai kaedah...dari mata turun kehati..dalam hati menerbitkan rasa..rasa itu rahsia...hanya kau dan aku mengetahui sejauh mana perasaan aku terhadap kamu...awalnya..kenali lah dulu hati budinya...selami hatinya...ketahui apa kesukaan/apa yang tidak digemarinya...bagaimana untuk mengawal emosinya....


tanpa ada perasaan kasih dan sayang..maka tiada lah ikatan..contoh...jika kita berkawin dengan seseorang..adakah kita berkawin hanya untuk suka-suka...mestilah kita telah mengenali hati budinya...mempunyai keserasiaan bersama dan yang penting..kita tahu dia memmang diciptakan untuk menjadi milk kita...datangnnya sayang  baru terbitlah nafsu...[untuk menjadi kawan,sahabat,kekasih dan isteri].biarpun kasih sayang itu hanya sementara, tetapi kita dituntut untuk saling menyayangi antara insan,haiwan dan semua mahkluk allah.Dimuka bumi ini perjalanan hidup hanya sementara sahaja...akhirnya kekal diakhirat...


yang palig utama...kasih kepada allah sehingga akhir hayat..



 


 


 



-- Edited by Sniper_03 at 14:07, 2004-12-15

__________________
Rendahkan sedikit Keegoaanmu, perbaiki kematanganmu, perkemaskan ilmumu..Jadilah Orang yang Disegani..Bukannya Digeruni


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:

Berkata Imam Nawawi:
"Aku menyintaimu krn agama yg ada padamu, jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah cintaku padamu"


__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:

ASSALAMUALAIKUM...


FUHHH...BISA BISA BELAKA .APA MACAM BROTHER BATU KURAU,BERANI DUDUK RAPAT RAPAT KE?SNIPER 03  BAIK KAWIN CEPAT,NANTI TERSEPIT,SAYA SHUKUR UDAH NIKAH,SELAMAT SIKIT.SUSPEN JUGA BACA CORETAN ADIK NURUL KITA.


SEKIAN



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Jangan buat panduan atau iktibar. Untuk layan kepala time bengan kat opis. Kak Nurul dan kaum hawa lain, jangan ambik hati. Gurau2 je. 


 


Lunch time

Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan

2. Sampai kedai makan, masuk

3. Ambik Pinggan

4. Letak nasi

5. Letak Lauk

6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali

7. Makan

8. Habis

9. Balik Opis or

10. G surau

Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan

2. Perhatikan orang waktu jalan

3. Sempat mengumpat dulu

4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri,
tgk kaki

5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik
dr baju sendiri.

6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu

7. Ramai orang, cari kedai lain.

8. Jalan lagi

9. Dah puas ati..masuk..

10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.

11. Carik2 pinggan, ambik pinggan

12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak
bersih?..eeeeiiii..

13. Dah puas ati, ambik nasi

14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit

15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali

16. Buang balik nasi.banyak..

17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal
sejemput)

18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit

19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk
sana, tenguk sini

20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit

21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi

22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-
jeling

23. Ambil lauk

24. Pusing lagi

25. Carik sayur pulak!

26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit

27. Ke kaunter bayaran

28. Tgk2 nasi dlm pinggan

29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku
ambik"

30. Sampai depan kaunter "berapa?"

31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah
kad2 nama, celah gambar2..

32. Keluarkan duit

33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi
mahal)

34. Bayar.Berdiri masukkan duit baki

35. Tutup dompet. Ambik nasi

36. Tinjau-tinjau tempat duduk.

37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!

38. Cari tempat duduk lain

39. Jumpa.Duduk..

40. Alamak.Air tak order lagi

41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan
betulkan0 tudung

42. Order air

43. Bangun

44. Ambik sudu

45. Duduk

46. Bangun

47. Ambik Tisu

48. Duduk

49. Air sampai

50. Belek dompet (Step tadi)

51. Bayar

52. Tutup

53. Minum air

54. Start makan

55. Tengok-tengok orang sambil makan

56. Makan separuh..kenyang

57. Sebab dah minum air

58. Letak sudu, letak garpu

59. Pinggan tolak tepi

60. Borak2 kater makanan tak sedap

61. Ngumpat2..tgk orang

62. Pukul 2, naik opis..

63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

No wonder women are more complex than men
emotionally



__________________
dan


Veteran

Status: Offline
Posts: 34
Date:

Hahahahhaaaaaaaaa....................

maklumat yg zack berikan tu manyak caktik ooooooooooooo. but dalam pedih tu ada benarnya. jgn marah:D manusia takge yg perfect tetapi kita kena cuba jadi insan yg terbaik.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:

Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.


Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.



Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...


Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan.

Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.



__________________
wann


Veteran

Status: Offline
Posts: 51
Date:

bawak bersabar jer laa...




__________________
Pemerhati Dina
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard