Semua anggota r&d PEKIDA MALAYSIA di minta mengemaskini biodata dan dapatkan kad ID R&D untuk menikmati diskaun dari pelbagai sumber.
Pihak Pembangunan korporat dan perniagaan telah mengadakan perjanjian dengan sebuah Kedai tayar gergasi di Sg Chua Kajang, Produk accessori kereta, produk Jozaco///, chat kereta (sham spray///, Bengkel Kereta Jo///) untuk diskaun khas bagi ahli Taskforce yang menunjukkan kad kita. Di antara kemudahan dan kebaikan yang lain ialah,
kita disambut sebagai satu organisasi, atau korporat, walaupun datang sendirian, tidak terbiar dan ditindas sewenang wenang.
Kita dapat jimat belanja kerana harga diskaun sangat menarik.
Kita dapat menyumbang kepada program pembangunan dengan lebih banyak dengan penjimatan itu.
Lebih memberikan manfaat moral dan financial kepada ahli. Sambil kita mempromosikan Pekida.
Di samping itu, kami sedang berusaha untuk mendapatkan kemudahan diskaun dari kentucky, McD, Petrol station, Maidin, Kamdar , kedai motor, celcom products dan banyak lagi. Segalanya dengan perbincangan korporat dan perjanjian khas untuk kebajikan ahli.
Insyaallah, unit perniagaan dan korporat Pekida akan menganjurkan suply barang dapur kering secara bulanan kepada ahli yang perihatin tentang peri pentingnya penyatuan ahli dalam program amwal (harta) melalui penyatuan diri ini.
Jangan lepaskan peluang, inilah hasil penyatuan dan kefahaman yang kita cari selama ini. Sedikit demi sedikit dan istiqomah untuk hasil jangkamasa panjang.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
wowwwww Dr. Mas !!!...berita baik nie...maksudnya anggota R & D nie bagi mereka-mereka yang pernah berkursus Induksi ke...? atau maksudnya bagi anggota TaskForce saja..? jika maksudnya bagi mereka-mereka yang pernah berkursus Induksi pastilah ada dari mereka yang tiada kad ID..seperti saya kad ID tiada...tapi nombor kat ID ada...kad ID saya ada di Penang (rumah abg Mail Bom)
untuk maklumat semua..sesiapa yang telah mengikuti kursus induksi..secara automatik menjadi ahli Task Force...tapi kena la slalu lawat kami serta hadir aktiviti yang di anjurkan oleh kami...
Bagi mereka yang tidak mendapat penjelasan tentang kaedah pendaftaran Task Force.
Di borang kursus Induksi ada di tanyakan kemahiran anda, dan kesanggupan anda untuk menyumbang di unit mana. Apa bila anda mengisi ruang unit di mana anda ingin ditugaskan, itu bermakna anda berminat untuk menyertai Taskforce.
Kemudian pastikan anda telah mendapat sijil kursus tersebut dan bergambar dengan jurufoto kami. Kad dan gambar berbentuk ic akan dikeluarkan oleh taskforce dengan bayaran RM 10 semuanya. Dengan kad itu, segala keistimewaan yang kami siapkan untuk taskforce akan anda nikmati sertamerta.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
quote: Originally posted by: nattmb "sangat berminat tetapi masih kabur /// harap dapat tunjuk ajar //"
datanglah ke Kajang....kursus induksi, pukul 8 kalau boleh ada di sana, setiap selasa... datang lah...biar pun seorang.....insyaallah.... anda takkan keseorangan setibanya di sana.... MEMANG BERBALOI!