Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sekadar Pengetahuan


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:
Sekadar Pengetahuan


assalamualaikum...///


HATI DAN PERASAAN

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum
menemui insan yang betul supaya
apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu
bagaimana
untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian
tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi
lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama
hinggakan
kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian
dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan
pulang
dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah
dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita
punyai
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu
apa
yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka
akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan
sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak,
pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa
seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai
seseorang,
satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang
hidup
untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
kejar
kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan
anda
tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan
hari
yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu
ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang
sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan
sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana
yang
ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya
memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara
yang
ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan
yang
cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup
untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam
kasut
seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin
menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang
terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang
datang
di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka
yang
boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan
tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang
lalu
yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan
sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
andalah
yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang, tanda peringatan
anda
pada mereka....


amacam notify cara tak...


|||Klang|||



__________________
"WoKeY JeR"


Senior

Status: Offline
Posts: 425
Date:

wah fitri...best sungguh info nie....teruskan...

__________________
|||BATU|||


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:

assalamualaikum...


biasalah liee...sekadar pengetahuan jerrr....khas mana baru nak bercinta dan lepas putus cinta,,,


 


 


 



__________________
"WoKeY JeR"
wan


Veteran

Status: Offline
Posts: 34
Date:

akum fit ..


peh..! makin majulah kwn den sorg nie..x sangka.syabas aku ucapkan...buyut nagn fazal ape citer?krm salam pd mereka dan x luper bos besar abg masjuki ngan akak skai ok..korg makan slow la skit,sian aku tgk akak..jgn marah abg mas..:)


wan aka bunpuchong



__________________
FARID


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

Wannnnn.... di mana dikau kami rindu sangattttt....

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard