Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: rilek sekejap dgn iklan nih


Senior

Status: Offline
Posts: 296
Date:
rilek sekejap dgn iklan nih



 


 check dulu email address sebelum menghantarnya (jgn main reply all/forward all)




Fikirkanlah………………..


 


 Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah
 komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk
 menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip
 alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus
 menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang balu
 baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian
 suaminya. Balu tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya
 untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya.
 Selepas membaca e-mail pertama itu si balu tersebut pun pengsan. Anak
 lelaki balu tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya
 terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

 To : Isteri kesayanganku
 Date : 16 May 2002
 Subject : Abang telah selamat sampai



 Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka
 telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh
 menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
 Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang
 lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari
 esok.
 Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini
 nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.


 


 


 


 



__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

nasib baik pengsan jer mau selamat sekali dah kes berat dah hehehe

__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard