Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tersentuh Hati


Veteran

Status: Offline
Posts: 82
Date:
Tersentuh Hati


Maaf mengganggu... saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru2 ini. Ustazah yg menceritakan ini sekarang mengajar di kisas. ceritanya begini.suatu hari,dia travel, saya kurang ingat ke mana dan dari mana. dia singgah di rumah seorang sahabatnya yg mana pasangan suami isteri tersebut dalah guru biasa.

Si suami seorg guru pen. kanan. beliau tiba di
rumah sahabatnya ini sekitar tgh hari tapi belum zohor. Kedua2 suami isteri ini
masih di sekolah.Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 org anak mereka
yg kesemuanya lelakiyg mana yg paling tua dlm tingkatan satu & yg paling
muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk. abang yg
tua mengajak semua adik2nya yg baru pulang utk solat berjemaah dgn
dia sendiri sbg imam.

Sewaktu dlm rakaat kedua, salah seorg adiknya yg berumur lingkungan
8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yg
sedang solat,dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah. dia
ikut ruku' apb imamruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai
imam memberi salam, ia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yg
tertinggal. Subhanallah...
adik yg berumur 8 thn ini sudah pandai masbuk...
ustazah yg melihat terkejut dan kami yg mendengar mengucap memuji
ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak2 yg masih kecil ini menunaikan
perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua org tua mereka atau mana2 org dewasa dan
tanpa disuruh2.

Cerita tak berakhir di situ. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya
itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yg paling
awal bangunkerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang
kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya
anak2 kecil semuanyasedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 org budak lelaki
dgn yg paling tua berumur 13 thn dan yg ke tujuh ntah berapa tahun sibuk
mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu
anak2nya di tikar sembahyang dgn sabar sambil berzikir. Mereka solat
jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat, si
ibu meletakkan anak bongsu nya yg masih bayi (yg sedang jaga) di
sisinya. Ajaibnya anakini tidak menangis mengganggu jemaah spjg mereka
solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ. Ustazah tersebut ingatkan
hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah
terkejutnya dia apb hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap
jemaah sambil berkata,"anak2... hari ni ayah nak beri kuliah
mengenai solat dan puasa...". Dan 8 org anak termasuk si ibu dgn
tekun mendengar kuliah subuh yg disampaikan.

Subhanallah... bila ditanya kpd si ibu mengapa
didikan sedemikian diberi kpd anak2 nya dia menjawab bahawa itu persediaan
dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak2 lelakinya yg
8 org itu dpt membacakan sekurang2nya fatihah utk
mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak2 mereka semuanya
lelaki... pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak2 mereka
terabai tanpa pedoman...cubakita tanya diri kita sendiri... berapa ramai
keluarga Islam hari ini yg dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga...
berapa ramai anak2 Islam berumur 8 thn yg pandai solat masbuk... berapa
ramai anak2 berumur 13thn yg pandai mengimami solat memimpin adik2 mereka...
dan berapa ramai ibubapa yg berjaya mendidik anak2 mereka sedemikian rupa
yg taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka
yg lebih dewasa...
subhanallah...alhamdulillah... moga apa yg saya
sampaikan ini menjadi pedoman dan i'tibar buat kita semua yg rata2nya
masih belum berumahtangga....

"Teruskan Perjuangan dengan IMAN dan UKHUWWAH"
********************
Ditakdirkan dicabut nyawa seorang ayah....
mampukah seorang anak sekurang
kurangnya berjemaah
mensolatkan jenazah ayahnya........??
takala satu jenazah dimandi dan dikapan kan... roh
nya berada disisi nya.... dapatlah roh tersebut melihat anak anak
yang disayangi sibuk
menolong menyempurnakan batang tubuhnya yang telah
kaku itu.... bayang kan
anda sebagai roh tersebut melihat anak anak anda
yang baik baik itu lari (berbagai alasan) bila tiba masa mensolatkan
jenazah anda.......

nauzubillah



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard