Maaf mengganggu... saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru2 ini. Ustazah yg menceritakan ini sekarang mengajar di kisas. ceritanya begini.suatu hari,dia travel, saya kurang ingat ke mana dan dari mana. dia singgah di rumah seorang sahabatnya yg mana pasangan suami isteri tersebut dalah guru biasa.
Si suami seorg guru pen. kanan. beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tgh hari tapi belum zohor. Kedua2 suami isteri ini masih di sekolah.Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 org anak mereka yg kesemuanya lelakiyg mana yg paling tua dlm tingkatan satu & yg paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk. abang yg tua mengajak semua adik2nya yg baru pulang utk solat berjemaah dgn dia sendiri sbg imam.
Sewaktu dlm rakaat kedua, salah seorg adiknya yg berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yg sedang solat,dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah. dia ikut ruku' apb imamruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam, ia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yg tertinggal. Subhanallah... adik yg berumur 8 thn ini sudah pandai masbuk... ustazah yg melihat terkejut dan kami yg mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak2 yg masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua org tua mereka atau mana2 org dewasa dan tanpa disuruh2.
Cerita tak berakhir di situ. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yg paling awal bangunkerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak2 kecil semuanyasedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 org budak lelaki dgn yg paling tua berumur 13 thn dan yg ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak2nya di tikar sembahyang dgn sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsu nya yg masih bayi (yg sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anakini tidak menangis mengganggu jemaah spjg mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ. Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apb hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,"anak2... hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...". Dan 8 org anak termasuk si ibu dgn tekun mendengar kuliah subuh yg disampaikan.
Subhanallah... bila ditanya kpd si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kpd anak2 nya dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak2 lelakinya yg 8 org itu dpt membacakan sekurang2nya fatihah utk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak2 mereka semuanya lelaki... pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak2 mereka terabai tanpa pedoman...cubakita tanya diri kita sendiri... berapa ramai keluarga Islam hari ini yg dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga... berapa ramai anak2 Islam berumur 8 thn yg pandai solat masbuk... berapa ramai anak2 berumur 13thn yg pandai mengimami solat memimpin adik2 mereka... dan berapa ramai ibubapa yg berjaya mendidik anak2 mereka sedemikian rupa yg taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yg lebih dewasa... subhanallah...alhamdulillah... moga apa yg saya sampaikan ini menjadi pedoman dan i'tibar buat kita semua yg rata2nya masih belum berumahtangga....
"Teruskan Perjuangan dengan IMAN dan UKHUWWAH" ******************** Ditakdirkan dicabut nyawa seorang ayah.... mampukah seorang anak sekurang kurangnya berjemaah mensolatkan jenazah ayahnya........?? takala satu jenazah dimandi dan dikapan kan... roh nya berada disisi nya.... dapatlah roh tersebut melihat anak anak yang disayangi sibuk menolong menyempurnakan batang tubuhnya yang telah kaku itu.... bayang kan anda sebagai roh tersebut melihat anak anak anda yang baik baik itu lari (berbagai alasan) bila tiba masa mensolatkan jenazah anda.......