Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: remaja Islam skrg


Veteran

Status: Offline
Posts: 35
Date:
remaja Islam skrg


Assalamulaikum wbt


 


Ramai pihak yg melontarkan persoalan, “ Mengapa semakin banyak gejala negatif di era kebangkitan Islam sekarang ini?”. Kedapatan pula golongan yang merasa gelisah dengan kedua-dua keadaan yang kontra ini, yakni mereka merasakan gejala negatif menganggu kelancaran dan keselesaan kebangkitan Islam.


 


Kepedulian sosial ini merupakan petanda baik kerana itu akan bakal pendorong kepada tindakan susulan. Sebenarnya tiada kayu ukur yang dapat menentukan dengan tepat sama ada maksiat semakin meningkat atau menurun. Lebih2 lagi dalam banyak aspek ianya sangat bersifat relatif.


 


Ini bukan bererti hendak menafikan betapa berleluasanya maksiat dan kemungkaran, Cuma sekadar menyatakan bahawa sukar untuk menentukan peningkatan atau penurunannya. Mungkin juga dulu lebih banyak dan lebih berleluasa Cuma tidak daring umpama hari ini. Anak luar nikah pun dulu banyak terjadi, bezanya tidak dibuang merata tempat.


 


Adakalanya bukanlah berlaku peningkatan tetapi berlakunya perubahan sikap. Kalau dulu kita sendiri mungkin menjadi sebahagian dari penyumbang kepada kerja maksiat dan mungkar tersebut. Pada ketika diri kita sendiri menjadi sebahagian dari mereka tentu tiada rasa resah atau gelisah. Selain itu kita tidak langsung mempersoalkan keadaan yang berlaku tersebut. 


 


Walaupun begitu usaha bersungguh perlu dilakukan kerana perkara mungkar dan maksiat itu bukan mesti tunggu sudah terlalu parah baru hendak bertindak. Langkah proaktif iaitu membendung adalah lebih baik dari mengubati.


 


Kita tentulah berbangga dengan kesedaran yang semakin meningkat di kalangan semua pihak. Dalam pada kita melihat banyak dan pelbagai pendekatan program Islam khususnya dalam soal dakwah, keberkesanan program tersebut perlu sangat diambil kira. Memang kedapatan program yang nampaknya hebat tetapi masih menghasilkan vacuum di hati audition (pendengar).


 


Katakan, contohnya, tiga orang ahli panel bercakap mengenai ciri2 keluarga yang sempurna. Semua bercakap pasal suami isteri yg ideal. Ciri2 anak yg baik, sikap yg perlu ada pada ibubapa. Pendekata semua ciri2 sebuah keluarga sempurna itu sudah diperincikan. Namun aspek penting iaitu bagaimana mencapai ciri2 tersebut langsung tidak disentuh. Atau apa langkah yg perlu diambil, caranya, kaedahnya dan di mana atau oleh siapa tidak dipaparkan. Ini membuat pendengar merasa macam satu khayalan.


 


Contoh lain, kita berseru agar remaja mengubah sikap tapi bagaimana atau bermula dari mana dan apa resipi untuk mengubah sikap itu tidak ditunjukkan. Sifat taqwa menjadi idaman semua orang dan memang sering diserukan. Tapi bagaimana mencapai taqwa itu tidak pernah diperincikan. Menjadikan kita ini orang yg asyik menyebut buah tetapi tidak pernah menunjuk jalan bagaimana cara sehingga terhasilnya buah tersebut.


 


Jadi di dalam masalah remaja atau apa pun masalah sosial di dalam negara kita hari ini, khasnya masyarakat Islam, langkah untuk membendungnya adalah lebih utama daripada menghukum seseorang itu atau sesebuah masyarakat. Sebab menghukum itu belum tentu dapat menyedarkan seseorang itu. Contohnya kita lihat undang2 dunia hari ini. Berapa ramai yang takutkan hukuman mati kerana mengedar dadah sedangkan hukuman itu sudah jelas.


 


Sebenarnya Islam ada kaedah yang tepat untuk mengubat penyakit masyarakat terutamanya remaja. Allah telah memberitahu kita melalui lidah Rasulullah SAW, “ Di dalam diri anak adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging daging itu, baiklah seseorang itu. Sebaliknya kalau jahat daging itu, maka jahatlah seseorang itu. Ketahuilah oleh mu itulah dia hati.” Jadi di sini jelaslah kpd kita Allah telah memberi panduan bagaimana kita nak membaiki seseorang atau masyarakat iaitu dengan menumpukan pembangunan hati atau yang disebut bina insan.


 


Kenapa? Untuk pengetahuan kita, hati adalah wadah, raja diri, yang menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan. Dari hatilah bermulanya segala perangai, perbuatan, tingkahlaku, sikap seseorang itu. Buktinya, bila ada oarng menolong seseorang, orang ramai akan berkata, “ Baiknya hati orang itu.” Orang tak kata tangan orang itu yang baik atau kaki orang itu baik. Begitu juga kalau ada orang memaki seseorang, maka orang akan kata busuk hati orang itu.


 


Jadi bila syaitan dapat menguasai hati seseorang itu, maka syaitan akan memperalatkan nafsu seseorang itu untuk melakukan kejahatan dan akan menyebabkan manusia itu hidup dalam dorongan nafsu kerana sifat nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan. Nafsu dan syaitan ini memang bekerjasama antara satu sama lain. Segala kejahatan manusia ini adalah bermula dari nafsu. Jadi kalau hati itu sudah dikontrol oleh nafsu dan syaitan, maka akan lahirlah tangan2 yg. jahat, kaki yg jahat, matanya mata keranjang, telinganya mendengar yg jahat2, lidahnya suka mengumpat dll. Memanglah dari segi lahirnya yg mencuri itu tangannya tapi tangannya itu adalah didorong oleh hati yang jahat, yang telah dikuasai oleh nafsu dan syaitan.


 


Sebaliknya kalau hati itu dikuasai oleh iman yg kuat, rasa kehambaan dan rasa bertuhan yang tinggi, maka hati itu akan mendoronglah fikiran, perangai, sikap, perbuatan seseorang itu kepada perkara2 kebaikan sahaja. Rasa kehambaan itu seperti tawadhuk, berkasih sayang, bertolak ansur, redho, sabar, tawakal dsb. Manakala rasa bertuhan itu spt. rasa Allah maha melihat, rasa Allah maha mendengar, rasa Allah maha mengtahui sekalipun lintasan hati dll. Maka akan lahirlah akal berfikir yg baik2, tangan buat kerja yg baik, kaki mengarah ke tempat yg baik, mulut bercakap yg baik2 dll.


 


Jadi jelaslah kepada kita segala fikiran, tindaktanduk, sikap, perbuatan seseorang itu adalah berpunca dari hati. Maka apa jua persoalan yang berkaitan dengan manusia, hati itulah yang menjadi sasaran utamanya.


 


Kita sebenarnya dah letih dengan pihak2 yang membuat kajian, penyelidikan, rumusan dan kaedah yang diketengahkan untuk mengatasi masalah remaja tapi semuanya dalam bentuk cuba jaya atau trial & error. Tak ada satu pihak pun mengambil kaedah sebagaimana yg digaris oleh Allah dan Rasul. Banyak kaedah yg diketengahkan bukan sahaja tidak sampai matlamat ataupun mengurangkan masalah tersebut, bahkan menambahkan lagi masalah.


 


  Kalaulah dengan kaedah panjat bukit, berkayak, menyanyi, masuk hutan, berenang itu boleh menyelesaikan masalah sosial yang ada, kenapa kita tak minta semua banduan2, bawa mereka panjat gunung everest. Jadi kaedah itu bukanlah kaedah yg tepat. Malah ianya membazirkan wang negara. Negara terpaksa menanggung berjuta-juta ringgit untuk menyelesaikan masalah sosial.


 


Jadi kaedah sebenarnya untuk menyelesaikan masalah sosial terutamanya remaja di negara kita ini ialah dengan kembalikan manusia kepada Tuhan yang mencipta mereka. Manusia sekarang ni telah kehilangan Tuhan. Seolah-olah Tuhan tidak ada dalam hidup mereka. Bila manusia sudah kehilangan Tuhan, maka Tuhan akan biarkan masalah manusia itu diselesaikan oleh mereka sendiri.


 


Untuk manusia kembali kepada Tuhan, manusia mestilah kenal dulu akan Tuhan yang mencipta mereka. Kenal Tuhan bukan macam manusia kenal haiwan atau benda2. Kenal Tuhan ialah dengan kita mengenali sifat2 Tuhan yang tak terkira banyak. Kenal bukan hanya di akal tapi di hati sebab yang boleh mengenal Tuhan hanya hati. Macamlah kita kenal harimau. Bila kita masuk hutan, kita terjumpa dengan tapak kaki harimau, secara automatiknya hati kita akan merasa cemas. Seolah-olah harimau ada dekat dengan kita. Begitulah dengan Tuhan. Tapi siapa yang dah kenal Tuhan, hati dia akan terasa diperhatikan oleh Tuhan, rasa Tuhan melihat, rasa Tuhan mendengar dsb. Maka bila ada semua rasa2 itu, tergamakkah seseorang itu untuk melakukan apa yang dilarang oleh Tuhan?


 


Itulah serba ringkas kaedah untuk menyelesaikan masalah masyarakat hari ini dan  marilah kita sama2 berusaha kembalikan manusia kepada Tuhan supaya dengan itu akan damai dunia ini daripada kejahatan. Wassalam.



__________________
hUsiEn


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

tahiah.../// saudara husien satu artikel yg bagus untuk dikongsi bersama2.../// di akhir zaman ni perubahan makin ketara yang kita sendiri dapat melihat di merata2 tempat tak kira di surat khabar,di depan mata dan di media masaberlongok2 remaja melayu kita membuag masa dengan aktivi yang tak berfaedah...///


w`salam/// 



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard