Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ANTARA MUSIBAH DENGAN TAKDIR


Veteran

Status: Offline
Posts: 35
Date:
ANTARA MUSIBAH DENGAN TAKDIR


Assalamualaikum WBT.
>
>ANTARA MUSIBAH DENGAN TAKDIR
>
>AGAR kita rela menerima apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
kepada
>kita, maka di dalam hal ini perlu kita mengetahui hakikat daripada
takdir
>yang telah ditentukan Allah SWT kepada kita itu. Dengan demikian kita
akan
>mengetahui mana-mana akan ketentuan-ketentuan yang harus kita terima
apa
>adanya, dan ketentuan-ketentuan yang perlu untuk kita berusaha
merubahnya.
>Di dalam hal ini ada dia takdir yang perlu kita ketahui iaitu:
>
>A. TAKDIR MUBRAM
>
>Yang dimaksudkan dengan takdir mubram ialah qadha dan qadar yang tidak
>dapat untuk dielakkan, ianya pasti terjadi pada diri manusia sedangkan
>manusia tidak mempunyai kesempatan atau tidak ada ikhtiar untuk
mimilihnya.
>
>Sebagai cth:
>
>Ketentuan tentang jenis kelamin lelaki atau perempuan, terjadinya hari
>kiamat, tibanya ajal maut dan yang lain sebagaimana firman Allah SWT
>maksudnya:
>
>"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang
waktunya
>mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat
pula
>memajukannya:"
>
> (Al-Araf:34)
>
>Dengan ini kita semua tahu akan takdir mubram ini adalah satu takdir
yang
>tidak dapat manusia nak elakkan. Berbalik kepada yang seharusnya kita
>bincangkan iaitu:
>
>B. TAKDIR MU'ALLAQ
>
>Yang dimaksudkan dengan takdir mu'allaq ialah qadha dan qadar yang
>bergantung kepada ikhtiar seseorang, usaha menurut kemampuan yang ada
pada
>manusia. Dalam menghadapi takdir seperti ini Allah telah mengurniakan
akal
>fikiran iaitu anugerah yang paling baik untuk berusaha kerah
tercapainya
>cita-cita.
>
>Bangsa yang dijajh akan berusaha untuk merdeka. Orang yang termasuk
dalam
>lumpur akan berusaha naik ketempat yang selamat, orang yang sakit akan
>berusaha pergi berubat supaya lekas sihat ini adalah semua jalan usaha
>manusia untuk merubah keadaan dari sesuatu keadaan yang tidak baik
kepada
>keadaan yang sempurna. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah
firmannya:
>
>"Sesungguhnya Allah tidak akan merubahkan keadaan (nasib) seseuatu
bangsa
>sehingga bangsa itu mahu merubah keadaan (nasib) mereka sendiri.
>
> (Ar-Ra'ad: 11)
>
>Justeru itu, sebagai makhluk yang berakal, sebenarnya manusia harus
>bertanggungjawab diatas kelakuannya sendiri kerana segala perbuatan itu
>dilakukan dengan kesedaran.
>
>Firman Allah SWT maksudnya:
>
>"Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah, dan apa saja
bencana
>yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri.
>
> (An-Nisa':79)
>
>Ayat Al-Quran di atas menjelaskan ktab bahawa apa saja kenikmatan dan
>kebaikan yang diperoleh manusia adalah dari anugerah Allah, akan tetapi
>nasib yang menimpa manusia itu tidak terlepas daripada kesalahan
memilih,
>salah sangka, salah jalan,salah usaha, baik dengan sengaja ataupun
tidak.
>
>Firman Allah SWT maksudnya:
>
>"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adlah disebabkan oleh
>perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari
>kesalahan-kesalahanmu)"
>
> (aSY-sYURA:30)
>
>Orang-orang yang beriman akan menerima segala takdir Allah itu dengan
penuh
>rasa kesabaran dan kerelaan, kerana ia mengetahui bahawa dirinya tidak
akan
>mungkin dapat melawan kehendak Allah Ta'ala ketahuilah bahawa diri
sedang
>diuji oleh Allah SWT.
>
>
>Begitulah juga yang telah ditakdirkan Allah dengan kehidupan kaya atau
>miskin sebagaiamana firman Allah Ta'ala maksudnya:
>
>"Bahawa Dia yang membuat orang kaya dan miskin."
>
> (An-Najm:48)
>
>Pada yang kaya hendak bersyukur dan gunakanlah harta kejalan Allah
>sebaliknya Allah SWT. juga yang menentukan takdir seseorang itu hidup
dalam
>kesusahan, kemiskinan akan selalu diterima nya dengan rasa
syukursebagai
>nikmt dan ujian dari-Nya. Firman -Nya:
>
>"Bahawa kepada Tuhanmulah akhir kesusahan."
>
> (An-Najm:42)
>
>
>
>Begitu juga dengan takdir kematian. Takdir yang telah ditentukan oleh
>Allah SWT kepada seseorang tidak sama sekali dapat dielakkan. Pakai lah
>kamu baju bsi , duduklah kamu dalam bilik besi namun tidak sama sekali
ajal
>itu dapat dielakkan. Kalau kamu ditakdirkan mati akibat kemalangan
>bagaimana keadaan selamat pun kamu tetap akan berada ditempat kejadian.
>Maksud firman Nya:
>
>" Katakanlah: sekiranya kamu berada di rumahmu, bagi orang -orang yang
>telah ditakdirkan akan mati terbunuh, dan jeluar juga je tempat mereka
>terbunuh."
>
> (Al-Imran:154)
>
>
>Dan sama sekali kita tida boleh mengelakkan kematian. Firman Allah
Ta'ala
>maksudnya:
>
>"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada
Kami
>kamu akan dikembalikan. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan
>amal-amal yang soleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada
>tempat-tempat yang tinggi dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai
>dibawahnya, mereka kekal didalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi
>orang-orang yang beramal." Iaitu yang bersabar dan bertawakal kepada
>Tuhannya."
>
> (Al-Ankabut:57-59)
>
>
>
>
>
>
>Sekian wassalam



__________________
hUsiEn


Veteran

Status: Offline
Posts: 53
Date:

Memang betul... Redhalah dengan takdir yang ditentukan oleh Allah s.w.t... Wassalam...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard