PRAI: Umat Islam diminta berhati-hati ketika mendapatkan khidmat menggunting rambut berikutan sesetengah kedai gunting didakwa menggunakan berus buih mencukur yang diperbuat daripada bulu babi. Penyelaras Projek, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin ketika mendedahkan perkara itu berkata, ramai umat Islam yang tidak mengetahui perkara itu berikutan kurang pendedahan atau maklumat mengenainya.
Beliau berkata, selain berus buih mencukur, pelbagai berus lain terutama yang diimport dari China turut diperbuat daripada bulu haiwan terbabit termasuk berus lukisan dan berus cat.
Kelmarin, akhbar Malay Mail mendedahkan 80 hingga 90 peratus daripada berus lukisan yang dijual di sekitar Lembah Klang diperbuat daripada bulu babi.
Selasa lalu, Jabatan Kimia mengesahkan sampel berus lukisan yang dihantar PPIM untuk diuji diperbuat daripada bahan terbabit.
Noor Nirwandy menyatakan kebimbangan pihaknya terhadap perkara itu berikutan sebahagian besar berus lukisan digunakan pelajar sekolah terutama ketika penggal persekolah baru akan dibuka tidak lama lagi.
“Kebanyakan pengguna kurang kesedaran terhadap perkara ini menyebabkan mereka tidak ambil kisah berhubung barangan yang digunakan.
“Selain itu pengguna kita juga tidak dididik bagaimana untuk memastikan sama ada sesuatu bahan itu diperbuat daripada bahan haram seperti bulu babi,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Beliau berkata, ciri-ciri bulu babi ialah bahagian hujungnya terbelah kepada tiga bahagian jika dilihat di bawah sinaran cahaya.
Ia akan lebih jelas jika dilihat menggunakan kanta pembesar. Bagi kulit babi pula, ia tertera tiga titik sekata dan boleh dilihat dengan mata kasar.
bahaya ni kan , so kenalah berjaga - jaga , tapi , macammana nak bezakan atau nak tahu berus itu bulu babi ? ada sesiapa tahu perbezaannya ? kalau ada tolong lah beritahu kalau tak susah lah kita ..
For all..berus cam tu hanya diguna kat kedai ha ya nun xxx.tak pun kedai melayu yang dah sizen.tu patern lama..la ni depa tak pakai cam tu dah..la ni dok guna tissue celup dlm air sabun.tu kira lekeh laa..ada yang pakai gillete spray yang ada buih tu...kira canggih la sikit..cuba pi jengok kat kedai gunting,masih guna yang tu.. jangan dok try..tukar kedai lain..
Aduhshh!!! habis la kite kene potong rambut sendiri nanti tobek malu la...
Berus yg digunakan di sekolah sekolah tu pun mesti ade diantarenye... so boleh la kite memberitahu kepada kepada yg masih bersekolah tu nak beli berus kene pilih dgn berhati hati...