Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: info buat semua


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:
info buat semua


Edisi Utara: Berus cukur bulu babi

Oleh Muhamad Safar Ahmad
safar@hmetro.com.my

PRAI: Umat Islam diminta berhati-hati ketika mendapatkan khidmat menggunting rambut berikutan sesetengah kedai gunting didakwa menggunakan berus buih mencukur yang diperbuat daripada bulu babi.
Penyelaras Projek, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin ketika mendedahkan perkara itu berkata, ramai umat Islam yang tidak mengetahui perkara itu berikutan kurang pendedahan atau maklumat mengenainya.

Beliau berkata, selain berus buih mencukur, pelbagai berus lain terutama yang diimport dari China turut diperbuat daripada bulu haiwan terbabit termasuk berus lukisan dan berus cat.

Kelmarin, akhbar Malay Mail mendedahkan 80 hingga 90 peratus daripada berus lukisan yang dijual di sekitar Lembah Klang diperbuat daripada bulu babi.

Selasa lalu, Jabatan Kimia mengesahkan sampel berus lukisan yang dihantar PPIM untuk diuji diperbuat daripada bahan terbabit.

Noor Nirwandy menyatakan kebimbangan pihaknya terhadap perkara itu berikutan sebahagian besar berus lukisan digunakan pelajar sekolah terutama ketika penggal persekolah baru akan dibuka tidak lama lagi.

“Kebanyakan pengguna kurang kesedaran terhadap perkara ini menyebabkan mereka tidak ambil kisah berhubung barangan yang digunakan.

“Selain itu pengguna kita juga tidak dididik bagaimana untuk memastikan sama ada sesuatu bahan itu diperbuat daripada bahan haram seperti bulu babi,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, ciri-ciri bulu babi ialah bahagian hujungnya terbelah kepada tiga bahagian jika dilihat di bawah sinaran cahaya.

Ia akan lebih jelas jika dilihat menggunakan kanta pembesar. Bagi kulit babi pula, ia tertera tiga titik sekata dan boleh dilihat dengan mata kasar.

__________________
9:20 14:24 16:41 16:78 29:49 7:179 24:1 75:16 29:49 4:59


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

terima kasih atas info dari azany..

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 501
Date:

aduss ... sungguh kurang sopan dia oeg nie yaaa .. ade aja dia org nak buat utk sakitkan hati kita ni. Emmm dah tak ada bulu lain gamaknya ..

__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -


Senior

Status: Offline
Posts: 255
Date:

thanks bro azany!!!mmm...macam2 ada!kalau saya tahu sesapa tukang gunting yang buat camtu...

__________________
salam perjuangan...


Senior

Status: Offline
Posts: 425
Date:

bahaya ni...cmner kita nk kenai?? ada sesape yg tau? leh terangkan tak?

__________________
|||BATU|||
Am


Senior

Status: Offline
Posts: 337
Date:

bahaya ni kan , so kenalah berjaga - jaga , tapi , macammana nak bezakan atau nak tahu berus itu bulu babi ? ada sesiapa tahu perbezaannya ? kalau ada tolong lah beritahu kalau tak susah lah kita ..




__________________
http://pics-53.hi5.com/userpics/3/9144153.img.medium.jpg *********************** http://www.team-soviet.h10.ru/serp.gif


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Macamana dengan label Bristle pada berus tu? Bulu babi ke?

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 21
Date:

    PedanG pun tekejut bila baca petikan atasTerima kasih saudaraku azany,Atas keprihatinan mu itu,


lepasni kena hati-hati bila p kedai gunting takut kena sapu ngan bulu babi,


tak nak!!!!kena samak plak?



-- Edited by PedanG at 16:06, 2005-01-16

__________________
BERSATU UNTUK:-AGAMA,BANGSA&TANAH AIR.


Veteran

Status: Offline
Posts: 81
Date:

For all..berus cam tu hanya diguna kat kedai ha ya nun xxx.tak pun kedai melayu yang dah sizen.tu patern lama..la ni depa tak pakai cam tu dah..la ni dok guna tissue celup dlm air sabun.tu kira lekeh laa..ada yang pakai gillete spray yang ada buih tu...kira canggih la sikit..cuba pi jengok kat kedai gunting,masih guna yang tu.. jangan dok try..tukar kedai lain..


rgds.


 



__________________
aku yang akur


Senior

Status: Offline
Posts: 149
Date:

ASSALAMMUALAIKUM'''


Aduhshh!!! habis la kite kene potong rambut sendiri nanti tobek malu la...


Berus yg digunakan di sekolah sekolah tu pun mesti ade diantarenye... so boleh la kite memberitahu kepada kepada yg masih bersekolah tu nak beli berus kene pilih dgn berhati hati...


 




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

terimakasih

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard