quote: Originally posted by: nagasakti363 "salam... nagasakti melaporkan diri buat pertama kali.pohon tunjuk ajar nagasakti asal dari kedah dan berkasih syg dgn team2 masjid india,chowkit dan kg baru. nagasakti nak tanya sikit...nagasakti ada lebih kurang 20 org teman seperjuangan dan sehidup semati tapi belum di baiah.nagasakti fikir mahu mentarbiah mereka supaya kenal erti perjuangan,kenal Allah,kenal Rasul namun nagasakti sendiri tidak berapa mahir dlm bab ini.pohon tunjuk ajar kepada nagasakti..."
Assalamualaikum ,
Meniaga di Masjid Jamek ke? jual apa ? dekat ngan Jalan Masuk dari Putra Masjid Jamek? ada kenal sesiapa yang meniaga kat area area jual rokok tu?
Saya AM dari Gombak,Taman Setia
*ada kawan meniaga kat area situ,tak la ramai sangat.
Topic ni paling "wow" sebab saya terfikir masa baca semua komen,apa maksud semua itu? tapi dahpun terjawab....so...harap banyak tunjuk ajar dari abg-abg yang lebih arif ...
Originally posted by: pekida " SEE.....TOLD U ALREADYY..... THIS IS HAPPENNING... I m listening...!!! mmm... (dalam hati berkata kata... padan dengan muka... ada mesej yang nak di cipta... suka melihat jemaah R&D di cerca... sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina... ) Mulanya saya tidak ingin mengulas cerita dan komen komen yang terselit agenda tersendiri ini... namun kasihan akan mereka yang tidak berdosa ... yang jahil akan isi cerita ... takut mudah terpedaya... Ada mata-mata dan telinga yang sedang memerhati... dengan harapan dapat dapat dia tumpang tui... agar R&D terus di caci... dan akhirnya di anak tiri... Maafkan hamba yang hina dina ini... sekadar di sini kerana di printah ulil amri... untuk meneraju dan mengembangkan unit R&D... semuga pekida tidak lagi di caci... bila program kebajikan dan dakwah dapat di realisasi... tidak sekadar berita kenduri dan mati... Para ahli forum kini bijak bistari... dapat memberikan maklum balas yang bernas dan berisi... tidak mudah lagi di pimpin emosi... dari mereka yang suka menghasut dan berhasad dengki... TAPIS MENAPIS : R&D bergerak berdasarkan pengisian dan kefahaman. Asas Tapisan juga atas dasar kefahaman. Kefahaman itu ditagih pula dengan kesanggupan... berjanji tidak bersama sekadar untuk menambah beban... Setiap calun di risik dahulu... oleh JK penapis R&D yang telah diperaku..., kebanyakkan nya orang lama dan dilatih dahulu... Penerimaan kami terlebih dahulu di kaji... bukan diterima sekadar minum secawan kopi... tak guna simpan bertahun kalau tidak di isi... bersama sekadar disuruh itu dan ini... jika mereka membuat onak dan duri... kembalikan saja kepada kami... jangan sekali kali mereka di perduli... kerana bukan itu matlamat penapisan kami... Tapisan bukan berasaskan kekuatan tenaga..., tetapi berasaskan kefahaman jiwa... yang amat jelas dan memberi keyakinan rasa... tentang peri pentingnya kita semua bersama... membentuk dan menggerakkan jemaah kita... agar pekida menjadi idola, contoh untuk semua... Dalam pengisian mereka di seru... agar mendengar baik-baik penyampaian ilmu... agar kemasukkan mereka bukan kerana segan silu... bahkan semata mata kerana ingin maju... bersama membangun ummat yang satu... Ayuh Maju bersama jemaah... duduk bersama contoh perpaduan ummah... agar Pekida menjadi Uswah... Biar Sana sini kita di segani ... bukan bersama untuk ditakuti... sebagai contoh Jemaah Islam sejati... berdasarkan pendekatan Islam hadhari... pedoman itulah menjadi kunci... prinsip perjuangan unit R&D. Janganlah ada sesiapa yang merasa sangsi... anggota R&D berniat suci... jauh sekali merasa iri... ingin membantu Pekida berdiri... sebagai NGO ulung di negara sendiri... Tiada anggota R&D yang akan memberi beban... dididik agar tidak memberi masalah kepada mana mana kawasan... bahkan di didik agar menunjuk contoh tauladan... menjaga disiplin dan ketaatan... sebagai ummat pilihan pembawa rahmat sekalian alam... di mata umum nampak menawan... Penjelasan adik beradik R&D jelas dan nyata... berbaiah itu adalah amalan baginda... di dalam AlQur'an telah Allah minta (surah AlFath, 48 ayat 10 dan 18)... Barang siapa tidak melaksana ... nescaya tidak di akui sbg umat baginda... dan redho allah juga tiada ... lantas apakan jadi nasib mereka... Jika demikian sudah layaknya... siapa lah kita yang ingin menyulitkan mereka... tuntutan agama Allah yang ingin mereka laksana... Apalah hak kita sehingga begitu sukar untuk pekida di sertai... sedangkan ia bukan merupakan isi missi dan visi... yang ditetapkan oleh allah dan nabi... yang sebenarnya tidak kita ketahui... Jika baiah dan janji setia pekida yang asal kita kaji... pasti kita tidak akan bertindak begini... seolah olah pekida itu milik kita sendiri... menidakkan hak umat Islam yang ingin berbakti... setelah faham akan tuntutan Allahurobbi... Kita banyak mencerca sidia sipulan... yang berlinang air mata siang malam penuh kesedaran... yang bersyukur dengan hidayah yang allah berikan... yang sanggup berjuang walau dalam kesusahan... bersengkang mata semua nya menahan... mengatur langkah untuk membuat pembaikan... segala milik diri rela diwakafkan ... tanda kasih pada perjuangan... Jauh sekali kita pujuk diri kita... untuk duduk berfikir seketika... selama ini sebanyak mana kah jasa... sumbangan kita untuk agama... tahun 2004 sudah tiada... 2005 melangkah tiba... adakah kita ingin duduk di takuk lama... dengan diri dan pertubuhan di caci cerca... gara gara tiada hala tuju yang kita rangka. Orang lain sudah ke bulan... kita masih berangan angan... jika ada yang ingin maju ke depan... kita sibuk mengatur rancangan... agar mereka tak sampai tujuan... Dalam forum semua buat karangan... idea orang kita pastekan... idea sendiri tak ketahuan... dalam AGM semua menyaman... Pemimpin semua konon nya tidak melaksanakan... tiada tarbiah tiada bimbingan... namun yang sudah ada tidak diperdulikan... tak sudi menerima ilmu allah untuk bekalan perjuangan ... yang cuba r&d berikan... Ketam cina ketam melayu... cerita lama yang masih laku... tak perlu lah lagi kita peraku... ayuhlah saudara sakalian adik beradikku... buang yang lama ambil yang baru... Orang bercerita tahu tujuan... kefahaman satu malam tidak disia-siakan... lepas faham kita atur rancangan... pelbagai program kebajikan kita laksanakan... bersama jemaah kita praktikkan... tak banyak sedikit ada perubahan... berbeza mereka yang hanya berangan... beribu bulan tak memberi kesan... dibenak hati penuh dengan sangkaan... akhirnya fitnah mereka ditaburkan... Lupa kah kita akan pesanan nabi... dari alkitab wahyu di beri... bahawa fitnah itu amat pedih sekali... lebih berat dari membunuh saudara sendiri... seperti kita memakan daging si mati... Ya Allah... ampuni lah saudara seperjuangan ku... berilah mereka akan hidayah mu... lindungilah hamba yang mengabdikan diri padamu... selamatkanlah bangsa ini... dari perpecahan dan hasad dengki... kesan dakyah dan hasutan yahudi... sejak sebelum 1511 obor dibawa lari... hingga kami jadi begini... gelap gelita mencari cari... Kami di R&D redo dengan ujianmu... seperti dijanji kepada semua penegak agamamu... selama ini tiada hasad dengki kami temu... kerana jalan yang lurus masih belum kami tahu... kerana itulah pembangunan dicuba gagal selalu... Syukurlah ada R&D... penerangan yang jelas dapat diberi... Malang sekali nasib hambamu... Apabila jalan lurus telah kami temu... ramai yang tidak mahu perubahan, jadi tak sebulu... kerana kesilapan amat berat untuk di peraku... rela bergelap daripada berlampu. Lupakah kita siapa Snouch Hurgronje itu... dengan nama Kiai Hj Ab Ghafur ia mengaku... Memporak perandakan Aceh dan Melaka... kepintarannya mampu menarik hati raja... hingga jadi mufti Istana... 11 tahun menjadi mata telinga ... 11 tahun lagi ilmu Islam dituntutnya... doktrin palsu Islam ditabur merata... hingga Melaka dapat ditembus Belanda... Kerajaan Melaka beraja musnah hingga hilang rajanya... hanya kerana perjuangan Melayu Islam sudah dipinda... hasad dengki dan kejahilan kembali bermaharaja lela... hingga Melayu mudah di kuda... ummat yang telah disatukan berselerak semula... Ya robbi... ya robbi.. ya robbi... Kini Melayu sudah lupa... segala sejarah yang telah mereka cipta... sanggup berperang kerana bangsa... malangnya diam saja melihat agama di cerca... RENUNGKANLAH SEDALAM MUNGKIN WAHAI BANGSAKU... WAHAI ADIK BERADIKKU... LUPAKAN AGENDA DIRI... TINGGALKAN KEPENTINGAN PERIBADI... JANGAN DI LAYAN RASA IRI... KEMBALIKAN SEGALANYA KEPADA ILAHI... Maaf hamba sebanyak banyaknya... hubungi lah kami secara berdepan... dengarlah dahulu isikandung kursus kami... sebelum berpendirian yang tidak selari... sebelum di hambur caci dan maki... Salam sejahtera untuk semua... semuga allah selamatkan kita dari ribut yang lebih besar dari Tsunami ... sebesar banjir Nabi Nuh yang tak mustahil berulang kembali...
Originally posted by: noc graffin "assalamualaikum.../// saya rasa memang tepat dan jelas yang telah di katakan oleh saudara andy itu... setiap umat islam perlu di baiahkan (janji setia)... Surah Al-Fath ayat-18: Sesungguhnya Allah telah ridha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon , maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya) bai'ah (janji setia)... wajib bagi setiap umat melakukan janji setia...mengikut ayat di atas itu sesiapa yang belum melakukan janji setia, adakah Allah telah ridha...so, come on laa wahai umat Islam...jgn cuma junjung Al-Quran sahaja ketika berbai'ah... buka, baca dan fahamilah ayat-ayat isi kandungan Al-Quran itu... agar tepat tindak tanduk kita... agar berhasil perjuangan kita. janganlah saudara rahimking mempertikaikan cara berbai'ah...tahukan saudara bahawa dulu rasulullah mambai'ahkan sahabat-sahabatnya dan umat islam yang lain dgn secara berjemaah... berjemaah itu lebih afdal sebenarnya...*tidak Islam kalau tidak berjemaah* Adakah cara rasulullah itu tidak afdal...? kenapa saudara tidak mempertikaikan cara rasulullah itu...takpe mungkin saudara rahim kuarang fahami cara berbai'ah... dulu saya sendiri pun berjanji setia secara berjemaah di kawasan saya sendiri dengan khalifah yang lain... ketika itu kami bertiga...sedikit pun saya tak pertikaikan... Adakah cara baiah itu yang perlu di pertikai... atau perlakuan kita selepas baiah yang lebih perlu kita ambil kira... ? KENAPA TIDAK KITA FIKIRKAN SALAH LAKU... TIPU MENIPU... PERGADUHAN SESAMA SENDIRI... YANG SEDANG BERLELUASA DI KALANGAN ADIK BEADIK KITA...??? SAHINGGA DATO' PRESIDEN, PARA KHALIFAH... BAHKAN PENAUNG KITA JADI MANGSA...??? SEMUA KERANA SALAH LAKU KITA?... BUKAN KAH ITU LEBIH PENTING SAUDARA FIKIRKAN...? AGAR BERUBAH MASA DEPAN BANGSA INI?... R&D hanya memberi pendidikan kepada yang memerlukan. Tidak seharusnya mereka berbaiah di Kajang. Tidak timbul isu R&D mencuri adik adik kawasan. Tapi tahukah saudara... berapa ramai yang tidak rela diri di pimpin oleh orang yang perangainya tidak mereka suka... walaupun ingin untuk bersama... membela agama bangsa dan negara...? Baiklah... setakat ini sahaja dari saya....sekian, yang buruk dan lemah datang dari saya...yang baik datangnya dari Allah yang maha besar... assalamualaikum... urus setia R&D--
quote: Originally posted by: Andy_9126 "Assalamualaikum .. Kepada RahimKing, di sini saya ingin mengulas serba sedikit mengenai apa yang anda pertikaikan sangat nie .. Anda sepatutnya faham akan maksud baiah. Tahukah anda bahawa Rasullulah mewajibkan umatnya untuk berbaiah ? Jika kita menghalang orang lain untuk berbaiah dan orang yang belum berbaiah itu siapa akhirnya ? Kafir = Ingkar .. Tahukah anda bahawa anda bukan berjanji dengan Ayah atau Abg Mas, tetapi berjanji denganNya ? Beranikah anda untuk berbaiah main main ? Anda tidak sedar semasa didalam kursus itu, anda semua sedang ditapis. Dengar betul betul apa yang Ayah Malik dan Abg Mas cakap, buka mata anda, dengar betul betul, simpan di dalam hati anda, nescaya anda tidak akan tergelongsor keluar dari landasan itu. Buat pengetahuan anda, R&D merupakan satu satunya badan di dalam PEKIDA yang tidak ada kena mengena dengan mana mana ranting. Ianya berdiri di akarnya sendiri. Presiden kita sendiri yang menyarankan agar ditubuhkan satu badan R&D dan inilah hasilnya. Kami berdiri atas kaki kami sendiri dan kami meliputi seluruh tanahair. Minta faham dengan jelas. Mengenai Abg Long, saya telah berkesempatan berjumpa dengan Abg Paq di Mesyuarat Agong baru baru nie dan dia memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada malam itu kerana sibuk dengan persiapan mesyuarat tersebut. Dan saya juga ingin mencelah, kita dinasihatkan supaya mencari sendiri adik beradik kita dan Abg Long kita. So apa tunggu lagi ? Aktifkan diri anda !! Jangan duduk berpeluk tubuh dan tunggu je. Jangan ingat anda masuk lepas tu nak rileks je. Anda jangan lupa maksud PEKIDA itu. Dimanakah kebajikan anda ? Dimanakah dakwah anda ? Kepada RahimKing, kalau boleh bawak kawan awak Man Senai tu datang ke Kajang. Baiah ramai-ramai tak afdal, baiah sorang sorang itu afdal .. kalau macam tu saya pun nak cakaplah .. Solat sorang sorang Afdal, solat berjemaah tak Afdal .. Dia masih tak faham lagi tu. Suruhlah dia datang ke Kajang, cakap sendiri dekat Ayah Malik dan Abg Mas apa yang dia pertikaikan itu. Pertikaian mengenai baiah bukan perjuangan yang sebenar, DIK OIII !!! Diharap dengan ini, dapat membuka mata saudara RahimKing dan meng"refresh"kan balik memory anda semasa kursus hari tu. Jika ada terkasar bahasa, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua. "
quote: Originally posted by: adik_langat "kanda mas you are the best!!!! penjelasan kanda mas yang lebih terperinci menunjukkan kepada kita bahawa r&d bukanlah pertubuhan yang calang2 orang boleh mengendalikannya.. tanpa ilmu di dada dan kesungguhan yang jitu disamping ahli2 taskforce r&d yang menjadi tunjang dibelakang pertubuhan ini taK mungkin r&d akan dapat bertahan... hope god bless you'll...... now i'm listening thinking and try to keep it in my heart insyaallah ///"
quote: Originally posted by: ungkuomar "Alhamdulillah/// Kanda Mas dah menerangkan apa yang yang telang terang/// menggilapkan apa yang yang telah digilap/// moga pemahaman semua dapat ditingkatkan/// terima kasih kekanda Mas/// Dinda mu ini sentiasa menyokong dan bersama mu dalam perjuangan ini///"
quote: Originally posted by: zackbikers "Assalamualaikum.../// Terkedu saya apabila membaca teguran kekanda Mas. Ingin saya sisipkan disini untuk renungan saudara-saudara seperjuangan saya. Kenapa perlu ada rasa sangsi dan ragu sedangkan apa yang kita perjuangkan dengan moto Amal Ma'ruf Nahi Mungkar sudah jelas. Saya ambil sepotong ayat yang saya jumpa; Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Seutama-utama amal ialah amar ma'ruf dan nahi mungkar (menganjurkan kebaikan dan mencegah kejahatan), dan membenci orang yag fasiq (melanggar hukum). Maka siapa yang menganjurkan kebaikan bererti memperkuat orang mukmin dan siapa mencegah mungkar bererti menghina orang munafiq. Dan pada pendapat saya yang cetek akal fikiran lagi merasakan, apa yang R&D cuba dan sedang lakukan ialah mengajak umat Islam ke arah kebaikan dengan saluran perjuangan iaitu kebajikan dan berdakwah. Lebih-lebih lagi sesuai dengan nama Pekida sendiri yang dirangkumi agenda dakwah dan kebajikan dengan jalan Islam. Usaha yang R&D cuba lakukan iaitu ke arah kebaikan secara tidak langsung memperkuatkan lagi orang2 Islam menentang segala musuh yang kafirun. Bak kata kita umpama batu-batu yang disusun menjadi tembok besar atau bangunan kukuh yang boleh menahan segala terjahan musuh2. Janganlah hanya kerana perkara yang kecil, tembok ini goyah dan runtuh. Lupakan segala perkara2 kecil hingga boleh melupakan diri kita pada tujuan sebenar perjuangan kita. Belum lagi kita ke medan perang, tapi sudah bertelagah siapa yang perlu ikut, siapa yang perlu menyerang, siapa perlu bertahan, siapa yang perlu membawa senjata atau peluru, dan bermacam2 hal lagi yang boleh menggugat semangat perjuangan. Belum lagi berperang kita sudah kalah dan ditertawakan oleh musuh. Dengan ini, ingin saya menyeru kepada semua pejuang2 Allah agar embali ke inti perjuangan kita. Jika terdapat kemyuskilan dan rasa ragu2, ajukanlah kepada kanda Mas yang sentiasa ada di R&D bagi memberi penjelasan, kerana bagi saya beliaulah yang lebih arif dalam hal ini. Jika ada tersilap bahasa atau info, harap abang2 dapat perbetulkan diri saya ini. W'salam.../// "
salam ukwah persaudaraan untuk semua, buat saudara RAHIM KING khusus nya.
MENGENAI yg di persoalkan oleh saudara, amat MEMBINGUNGKAN saya kerana SEOLAH-OLAH saudara ini tiada ARAH TUJU.
Saudara rahimking, kita ini hamba PENGABDI pada yg UHUD. patut kah kita menolak qada dan qodar ALLAHU TAALA??? Masalah timbul mengenai BAI'AH tak jadi masalah. JANJI anda tahu PEGANGAN anda ketika itu, nak angkat BAI'AH atau pun TIDAK??? (abg mas ada tanya kan KETIKA itu??? ? timbul MASALAHkah TIME tu? ataupun ANDA ini hanya TURUT PUNGKOQ org yg di DALAM majlis pada MALAM di angkat BAI'AH???
RAHIMKING, " TEPUKLAH DADA, TANYALAH IMAN SAUDARA", anda di PIHAK mana??? anda PEGANG yang mana? ataupun anda ini memang tak terpakai dan makan ajar? RUGILAH dari JAUH anda datang (tak kira mana tmpat), TAPI masih MACAM TAK ADA PEGANGAN.
Saya lihat beberapa kali, anda persoalkan mengenai cara BERBAI'AH ini??? apa KESS nie? Lepas tu, anda terus CANANG pada adik-beradik di luar sana megenai HAL di dalam sini. Bukan caranya, macam tu. IKUTLAH RESAM PADI, harap anda dapat MENGERTI.
Oleh kerana kess mulut saudara ini, ramai yg masih ragu-ragu dan sangsi dengan saudara. Rasanya, tak MOLEK kan kalau macam nih? Yerlah, sapalah tak terasa kalau KENA batang hidung SENDIRI. Bagi saya, SAUDARA INI, MASIH BINGGUNG dan seolah MENOLAK Qada dari ALLAH TAALA. Macam-macam yg saudara pertikaikan. Buat saudara rahimking sekali lagi, AKRAK lah diri anda semula dan kaji SIRAH perjuangan ini untuk MEMATLAMATKAN WADAH PERJUANGAN AD-DIN KITA. Ini sahaja, yang DAPAT kita BEKALKAN buat anak, cucu, cicit kita di KEMUDIAN hari. Nakkah kita, MENGKONGONG DIRI DARI TERJAHAN REJIM KUFUR??? Fikirkan lah saudara, renungkanlah saudara... maksud saya yang HUDUH ini dlm benak hati saudara. Maafkan saya yg hina di sisi PENGATUR, yang BAIK itu datangnya dari DIA, dan yg buruk, kecelakaan dan keujupan itu dari DIRI saya. wassalam.
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"