*perjuangan ini atas landasan cinta Ilahi. *berbuatlah apa sahaja selagi ia benar kerana Allah
-- Edited by nurul at 14:43, 2005-01-05
-- Edited by nurul at 15:30, 2005-01-05
__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
quote: Originally posted by: ungkuomar "Agak simbolik petikan ni/// maaf Kak Nurul, saya agak kurang faham isi kandungnya tapi bukan semua/// maklumler say ni bukan dari jenis Mat Bunga///"
*perjuangan ini atas landasan cinta Ilahi. *berbuatlah apa sahaja selagi ia benar kerana Allah
ni bukan pasal bungan la ungkuomar.../// ni pasal kuntum kot
quote: Originally posted by: nurul " *perjuangan ini atas landasan cinta Ilahi.*berbuatlah apa sahaja selagi ia benar kerana Allah-- Edited by nurul at 14:43, 2005-01-05 -- Edited by nurul at 15:30, 2005-01-05"
Alhamdulillah,
terima kasih Kak Nurul...
kata-kata ni memang mendalam,tapi setelah diselidiki...maksudnya memang sudah tersurat,cuma terlindung disebalik yang tersirat///
quote: Originally posted by: Amir Bagio " benar andai cintakan kan Ilahi ketemulah nanti akan damai di hati... p/scam nama lagu ku cari damai di hati jerk nie..."
ya btol tu
__________________
~~~Aku Adalah Pejuang Fisabilillah Di Bumi Allah~~~
quote: Originally posted by: ayen_langkawi " Alhamdulillah, terima kasih Kak Nurul... kata-kata ni memang mendalam,tapi setelah diselidiki...maksudnya memang sudah tersurat,cuma terlindung disebalik yang tersirat/// fikir-fikirkanlah... "
Yang tersirat.....
Sebenarnya telah lama hati gadis terhiris. Begitu lama tanpa dapat dibilang waktunya. Pabila parut lama belum hilang, datang pula parut baru. Hati memang begitu payah mahu sembuh. Hati yang hampir sembuh pula seolah-olah telah ditakdirkan untuk terhiris kembali. Parut pula makin besar sehari-hari. Tidak ada tanda mahu kecil.
Rutinnya gadis... Bangun tidur menghadap Tuhan, hati turut sama bangun. Nafsu mendesak hati agar terus lena dibuai mimpi tetapi kekuatan spiritual milik gadis menyebabkan hasutan nafsu itu ditempis bulat-bulat. Gadis menuju ke kamar mandi. Hati ikut sama. Tiba-tiba, gadis tersentak. Hati tidak lepas untuk tersentak juga. Tetapi, gadis tidak tahu sebab sentakan itu. Sentakan sepantas halilitar itu tidak dapat dinilai gadis. Gadis terus mengambil wudhuk. Hati masih diam memikirkan sentakan tadi. Ada sesuatu yang dirasai hati. Sesuatu yang abstrak, yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. Oleh kata-kata hati...
Gadis tersentak lagi. Tidak dapat merasai manisnya iman. Tidak dapat mengecapi cinta Ilahi. Gadis mula mengerti. Hati yang telah lama mengerti tidak keruan. Dirasakan semakin jauh dari gadis. Makin jauh dari Ar-Rahim. Berdikit-dikit air mata gadis turun ke bumi. Semakin lama semakin rancak tangisnya. Hati juga begitu. Cuma hati sebenarnya telah kering air mata merasai kejauhan yang baru saja disedari gadis. Hati telah lama tahu
Kan perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik? Dah tahu, kenapa masih cari nahas? Hati membidas. Tapi, Tuhan juga suruh berusaha. Tidak Aku ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri berusaha untuk mengubahnya. Berusaha sampai meninggalkan yang wajib? Gadis hanya pandai mengeksploitasi ayat Tuhan. hati terus menyalahkan. Jangan salahkan gadis. Mana pernah gadis meninggalkan yang wajib. Kenapa? Sedangkan gadis yang buat dosa, hati melenting. Gadis tidak mengabaikan solat. Hatilah yang salah kerana gagal menghadirkan diri dalam pertemuan dengan Tuhan itu. Sebetulnya, gadis yang membuat keputusan melulu sehingga melupakan Dia, hati masih tidak berpuas hati.
Dia Dia tidak hebat sebagaimana hebatnya ahli sufi terhadap pengabdiannya. Dia juga tidak punya kelebihan istimewa berbanding makhluk Tuhan yang lain.Atau rupa paras yang cantik bak bidadari. Yang dimiliki dia hanyalah hati yang tulus ikhlas mengasihi, dan mencintai.Gadis tetap mengikut hawa nafsu sehingga tanpa sedar gadis telah melupakan Kekasih kekalnya.
Gadis begitu bahagia. Bahagia dalam dunia ciptaan sendiri. Hidup gadis penuh dengan senyuman, dan keceriaan. Kedamaian menyelubungi jiwa. Hadirnya dia mengganti tempat Kekasih yang semakin lama dilupakan.
*perjuangan ini atas landasan cinta Ilahi. *berbuatlah apa sahaja selagi ia benar kerana Allah
-- Edited by nurul at 14:18, 2005-01-10
__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...