Hak Harta Intelek atas ciptaan dan pengedaran lagu rasmi Pekida Malaysia telah di serahkan dengan rasminya oleh Penggubah dan Komposer lagu tersebut iaitu Tok Ki di pejabat R&D malam tadi.
Beliau yang datang sendiri untuk menandatangani surat perjanjian serah kuasa serta penerimaan bayaran telah mengucapkan syukur kerana ada juga orang yang perihatin dan menilai titik peluh beliau sehingga terciptanya lagu rasmi Pekida ini.
Bermula dari saat ini, Pekida R&D adalah satu satunya badan yang berhak sepenuhnya ke atas Hak Milik Harta Intelek ciptaan Tok Ki ini. Selepas ini, segala cd lagu tersebut yang telah di cetak harus di serahkan kepada Pihak R&D SEBAGAI PEMILIK INTELEK SERTA HAK PENGEDARAN ke atas lagu ini.
Sesiapa yang ingin mendapat bekalan lagu tersebut harus mendapatkannya dari Pekida R&D atau wakil nya yang sah. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat R&D atau hubungi terus Dr Hj Masjuki. Menjual CD lagu ini tanpa kebenaran pihak R&D adalah merupakan satu kesalahan yang boleh di dakwa di mahkamah di bawah akta cetak, kawalan harta intelek dan hak cipta terpelihara.
Sekian harap maklum.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
syukur ke hadrat illahi atas kejayaan tersebut. diharap semua adik beradik dapatkan yang original, kalo beli yang copy punya maksudnya anda telah menganiaya PEKIDA sendiri///
Tahniah buat RnD///
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
tiga/// kalung tahniah bang mas.... sempat gak pelok arab ngan to'ki malam tadik... ekeke bebaloi hasil titik peluh to'ki, terukir kegembiraan diwajah nya.... first time dengar lagu ni kat lakum pahang, pasal nak dengar den duduk depan pentas ekeke.. tapi sobab kan dah tak cukup tempat untuk ayah ayah dan abang abang.. pihak urusetia mintak pindah... kono la den pindah kat belakang sekali ekeke... ehh apo den melalut ni... apa apa pun sekarang lagu tu dah milik kita, mana mana pihak tu kena la akur...
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"