Assalamualaikum ||| kepada semua saudara seperjuangan...
kat sini saya hendak menceritakan kepada semua user dalam web ini, dari padangan dan pemerhatian saya selama ini, kebanyakan ahli saudara yang lama tidak dapat menerima perjuangan kita seperti ini (seperti menghebah dan mengumumkan). Mereka juga tidak dapat menerima ahli baru yang ingin bersama memperjuangan kita.
saya rasa kecewa dengan saudara-saudara yang baru setahun jagung dalam perjuangan kita ni, sepatutnya kita sebagai orang lama atau baru bersama-sama dengan hati terbuka menyambut kemasukan ahli baru. sekurang-kurangnya kita patut gembira dengan kesedaran bangsa kita yang ingin memperjuangan AGAMA, BANGSA, dan TANAHAIR kita yang tercinta.
Jgan hanya melihat dengan mata kasar, lihat lah dengan mata hati kalian. mengapa kita hendak mengotorkan perjuangan putih suci kita ni.
__________________
- Demi Agama -
Demi Bangsa - Demi
TanahAir - ahmadzaki@pekida.org
saya hamba allah yg terhimpit dlm dilema , saya hormat pada perjuangan org lama pekida pada ketika dulu , utk pengetahuan saya bukanlah ahli pekida seumur hidup ataupun sementara. Setahu saya org lama takde berkelakuan menunjuk-nunjuk seperti ahli yang baru , dan terkejut juga apabila ade yang ahli kebanyakkan pekida memasuki pusat hiburan,disko , membawa perempuan , minum arak .. saya sampai sekrg keliru situasi skrg , ketika dulu ada saudara pakcik saya menjemput saya masuk sebagai ahli dlm persatuan ini yg memegang teguh pada ajaran islam , tapi apabila saya melihat ini semua rasa sudah menyimpang dari ajaran yg sebenar dan lebih keliru ahli pekida ini juga mempunya dua kategori .. 30 ahli yg baik , alim , teguh pada islam dan 36 ahli yang bersosial, rosak akhlak , samseng ..
Jangan serkap jarang.Pekida bukan pertubuhan haram atau kongsi gelap serta tidak ada kaitan langsung dengan mereka.Basically Pekida pertubuhan yg telah didaftarkan untuk memperjuangkan Agama,Bangsa dan Negara.
buat pengetahuan saudara semua...ini lah pihak R&D ingin perbetulkan...tapi kenapa ada pihak tidak ingin berkerjasama dgn R&D untuk memperbetulkan keadaan..malah ada yang menghentam R&D...kami di R&D bukan buat kerja main-main...kami memang memandang serius apa yang telah berlaku di dalam PEKIDA ini...saya menyeru agar kita bersatu...saya sedih melihat gelagat org lama dalam perjuangan ini...(bukan semua)...apalah yang diorang perjuangkan?saya sebagai org baru terkejut?sedih kalau antara kita sendiri tak nak bersatu...astarfirullah..
salam sejahtera untuk saudara hamba alllah, assalmualaikum.
BIJAK BENAR BAHASA DAN BICARA saudara kita ini. MOLEK BENAR ILMU DLM perjalanan 3 line dlm BENAK FIKIRAN beliau.
biar lah dia dengan FIKIRAN beliau. bagi saya, dia bercakap macam tak ada ilmu dan fikiran. tak tau lah, apa nak jadi dengan orang KITA sekarang. KITA nak laksanakan MAKRUF, KEMUNGKARAN yang di persoalkan.
BIARLAH DIA DI BAWAH TEMPURUNGNYA, bagai katak KODOK.
salam untuk pejuang semua.
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
pernah saya bertanya seorang saudara...mengapa tidak mengikuti RnD dari kajang, dia berkata aku telah diajar oelh abg long aku untuk jadi macam nie....
__________________
- Demi Agama -
Demi Bangsa - Demi
TanahAir - ahmadzaki@pekida.org
pernah juga Ucuk bertanya soalan yang sebegitu, jawapannya.....
"Aku sebelum dibaiah...memang diajar perkara-perkara macam yang hangpa dok cakap kat aku (dah diinduksi lah ...diterangkan hala tuju, matlamat, apa yang diperjuangkan, apa yang diikut bla...bla...bla....) ...so, sebenaqnya, kami tak perlu kan Kursus Induksi tersebut."
anyway... kalau dah buluh tuh....memang payah.... tapi kalau rebungnya.... sodap dimasak lomak cili api....tapi... alangkan batu yang keras tuh... dititik air setiap hari..lekuk jadinya...insyaAllah...mudah mudahan ada kesannya nanti...tak banyak, sedikit...
Bagi si Rebung, satu hari nanti pastikan jadi buluh.... cuma make sure jadi buluh yang boleh dibuat RAKIT. Tapi hati hati... mintak tolong si PEKEBUN sentiasa perhatikan. Sentiasalah mintak diBAJA dan diJAGA. Kalau buleh... mintak dipagarkan sekali.... bukan diSANGKAR!.
Bagi si PEKEBUN... juga..hati-hati... takut-takut GAJAH mai menyerang... habis rebung yang nak bertunas nanti....
iskh apalah yang Ucuk dok merepek nih....
baik, CANTIK, TERSUSUN, 6 - ALLAH
Buruk, HUDUH, BERTERABUR - ucuk
AMPUN kan Si Celupar ini.... kot-kot AYAQ payau ka, PAHIT ka.... baru belajaq nak bancuh ayaq nih...
Rasanya saya, walau macamana keliru kita mengenai cabang perjuangan kita, yang mana yang perlu diikut... kita berbalik pada kitab besar kita iaitu Al-Quran. Kita bandingkan apa yang tertulis dalam Al-Quran dan garisan perjuangan yang ada. Jika apa yang ada di R&D itu terdapat dalam Al-Quran, kita bersama-sama lah R&D. Jika apa yang ada di R&D itu bercanggah dengan apa yang ada dalam Al-Quran, kita boleh memalingkan muka.
Tapi, alhamdulillah dan insyaallah, apa yang saya lihat, R&D bertindak berpandukan kitab Al-Quran dan menjadikan ia panduan menjadikan saya yakin dan tidak sangsi.