Abang Long Senawang, Kekanda Yus Herman Tino Selendang telah dimasukkan ke Hospital Besar Seremban pada hari Ahad / 09.01.2005. Sekarang beliau telah dimasukkan ke Wad 3B katil no.5........
Nampak nya seorang lagi sedara dari senawang memberitahu abg long senawang di serang sekumpulan india semasa beliau membantu satu kemalangan di tepi jalan .. Alfatihah ... semoga kanda cepat sembuh ...
Kekanda Yus Selendang telah diserang secara tiba-tiba oleh sekumpulan kaum India yang telah mabuk... Kekanda Yus ketika itu sedang menguruskan penarikan sebuah kereta yang terbabit dgn kemalangan jln raya.... berita ini pun disampaikan kpd saya oleh adk-bradik senawang sendiri......
Bersama-samalah kita doakan supaya Kekanda Yus Herman Tino sembuh dan diampunkan dosanya oleh Allah s.w.t.
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Aku menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda dalam keadaan tidak sihat. Aku menggosok baginda dengan tanganku. Aku katakan kepada baginda: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar tidak sihat. Rasulullah s.a.w bersabda: Memanglah, apa yang aku alami sekarang ini adalah sama seperti yang di alami oleh dua orang di antara kamu. Aku berkata: Kalau begitu engkau beroleh dua pahala sekaligus. Rasulullah s.a.w bersabda: Benar. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Setiap orang muslim yang ditimpa musibah atau sakit dan sebagainya, maka Allah akan mengampunkan kesalahan-kesalahan dari sakitnya, sebagaimana daun yang gugur dari pokoknya